Wan Azizah nak buat sidang media bersama dengan
Shamsidar Taharin minggu depan? Biar betul. PC untuk membetulkan pesepsi, masyarakat tahu dan sedia maklum bahawa mereka berdua sebenarnya berkonfrantasi akibat skandal seks yang melibatkan Anwar Shamsidar tahun 90an.
Punca utama sidang media ini dirancang ialah kerana sudah ada desakan dari akar umbi PKR supaya Azmin membersihkan nama keluarga yang dikritik hebat oleh Umi Hafilda dalam ceramahnya.
Menurut Umi, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai skandel Anwar Shamsidar. Dahulu mungkin orang sukar menerima cerita yang dibawa oleh Umi tetapi tahun lalu sewaktu Azmin membuat rumah terbuka hari raya puasa, hanya kelibat Anwar sahaja yang dilihat hadir ke rumah Azmin.
Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak kelihatan. Ini telah menimbulkan persoalan kepada ahli-ahli PKR dan pemimpin parti.
Nasihat kepada penyokong dan ahli Pkr agar tidak terlalu menaruh harapan yang
sidang media itu akan menjadi kenyataan.
Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan ‘stunt’ tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan ‘stunt’ tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Bermula dari saman terhadap Chandra Muzaffar dan
kini Nallakarupan yang difail tetapi tidak diserahkan, sehinggalah
kepada keengganan menjelaskan ke mana hilangnya jam Omega, mengacah
konon ingin bersumpah dan penubuhan kerajaan 16 September, maka penulis
rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong PR diperdaya.
Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu
bahawa Wan Azizah dan Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa. Semua
orang tahu, Wan Azizah tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar
juga menghadirinya. Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam
muka. Ketegangan antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi.
Itu hakikat.
Wan Azizah juga tidak begitu ‘ngam’ dengan Azmin dan
cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar
memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya.
Maka,
untuk seorang penulis di Laman Suara PR cuba menipu kita dengan kisah
dongeng keakraban kedua wanita ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat
kini bagaikan lemas dalam peluru yang bertali arus sama ada ditembak
musuh atau tertembak sendiri tanpa sengaja.
Jika benar Wan Azizah dan Shamsidar akan membuat
sidang media bersama, kenapakah berita ini tidak datang dari kedua-dua
mereka sendiri dan dilaporkan oleh media rasmi mereka? Kenapakah hanya
Laman Suara PR yang menghebahkannya?
Malah mereka juga berdiam diri apabila khabar
kononnya Umi Hafilda mempunyai bukti bergambar hubungan Anwar-Shamsidar
dihebahkan oleh laman yang sama.
Nampak sangat
ini adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang dilontarkan
Nallakarupan. Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk
menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan
dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4
segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka.
Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba
tak kena. Jika didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka,
tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan terjerat diri
sendiri.
Seperti biasa menurut ramalan ramai penulis media sosial, sidang media itu tidak akan berlaku dan Pkr akan melupakan begitu sahaja dengan pelbagai alasan yang bakal dikemukakan.
Anwar sejak 1998 berjanji untuk bersumpah tetapi sampai sekarang tidak berani berbuat demikian. Pelbagai alasan telah diberikan untuk mengelak daripada membuat sumpahan.