Rabu, 26 September 2012

Perhimpunan 926: Selamatkan Malaysia Dari Dong Zong

Dong Zong, sebuah pertubuhan ektremis Cina yang bertopengkan pendidikan Cina bercadang untuk mengadakan satu Perhimpunan yang dipanggil 926 di Parlimen hari ini bagi melindungi kuasa Lembaga Pengarah sekolah-sekolah Cina.

Menurut Timbalan Presidennya, Chow Siew Hong, perhimpunan tersebut perlu diadakan kerana terdapat usaha dari Jabatan Pendidikan untuk memanipulasi perlantikan lembaga pengarah melalui penolakan pendaftaran jawatankuasa di SJKC Jinjang Utara, dengan tujuan untuk mengawal Dong Zong.

Bagaimanapun, pihak Jabatan menjelaskan bahawa pendaftaran jawatankuasa tersebut telah ditolak kerana Presiden Dong Zong, Yap Sin Tian serta Siew Hong sendiri gagal menepati syarat iaitu melantik tiga ahli dari badan yang berkaitan dengan sekolah tersebut, seperti pihak alumni dan PIBG.

Walaupun masalah ini adalah masalah teknikal yang berpunca dari pihak mereka, tetapi seperti biasa, Dong Zong cuba menimbulkan prasangka buruk terhadap kerajaan. Sedangkan, hakikat sebenarnya ialah kedua-dua Sin Tian dan Siew Hong takut kehilangan jawatan dan tidak dapat bertanding dalam pemilihan Dong Zong yang akan datang apabila pendaftaran tersebut ditolak.

Namun begitu, pengumuman rasmi mengenai perhimpunan 926 tersebut tidak menyebut mengenai masalah lembaga pengarah atau jawatan mereka secara spesifik sebaliknya menonjolkan isu pendidikan Cina secara umum dengan membawa slogan 'Save Chinese Education Campaign' atau Selamatkan Pendidikan Cina.

Antara yang menjadi asas 'perjuangan' ini selain masalah di SJKC Jinjang Utara, ialah isu lama yang telah pun ditangani dan dijawab oleh kerajaan iaitu berkenaan kekurangan guru dengan latarbelakang pendidikan Cina dan sekolah persendirian Cina di Kuantan.

Di masa yang sama, Dong Zong juga menjadikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong sebagai sasaran dalam perhimpunan ini dan menuntut beliau meletakkan jawatan seolah-olah terdapat isu peribadi antara Dong Zong dengan beliau. Mungkin puak ektremis ini menganggap pemimpin berbangsa Cina yang menjunjung semangat jati Malaysia seperti Datuk Wee Ka Siong atau Chua Soi Lek, sebagai mengkhianati kaum Cina.

Di celah-celah itu, terdapat juga usaha dari satu pihak lain yang bercadang untuk memprotes tindakan Dong Zong untuk membuat perhimpunan dan membela Datuk Wee. Alasan kumpulan ini, fakta dan angka telah membuktikan bahawa Datuk Wee, dan juga Soi Lek telah banyak berjasa kepada pendidikan Cina. Fakta dan angka ini adalah benar dan tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa.

Namun, sebagai pemimpin yang rasional dan bertanggungjawab, Datuk Wee ataupun Soi Lek pastinya sentiasa memastikan bahawa jasa yang disumbangkan untuk pendidikan dan kaum Cina tidak seharusnya memaksa mereka mengabaikan hakikat kemajmukan dan jati diri negara Malaysia. Kepentingan Malaysia secara kesuluruhan wajib didahulukan dari kepentingan satu kaum sahaja, iaitu Cina. Selain itu, perjuangan membela kaum Cina seharusnya berlandaskan jalan yang benar dan tidak harus sampai menidakkan atau menukar sejarah serta mengenepikan perlembagaan.

Mungkin pendirian sebeginilah yang membuatkan Dong Zong begitu 'geram' dengan mereka kerana prinsip Dong Zong adalah kaum Cina wajib didahulukan dan kepentingan mereka mesti diletakkan lebih tinggi dari kaum-kaum lain.

Melihat dari apa yang telah kerajaan sumbangkan kepada pendidikan Cina serta sikap tolak ansur kaum majoriti negara ini yang sanggup membenarkan sekolah vernakular diteruskan menyebabkan slogan 'Selamatkan Pendidikan Cina' kedengarannya begitu lucu sekali.

Mana tidaknya, apabila Sekolah Vernakular tetap dijamin selamat oleh kerajaan walaupun kewujudannya jelas menjamin perpecahan yang berkekalan di kalangan rakyat Malaysia. Hakikatnya, Sekolah Cina, Bahasa Cina dan kaum Cina tidak pernah terancam di Malaysia. Tetapi Sekolah Cina yang sebenarnya mengancam kedudukan Bahasa Kebangsaan, perpaduan, kestabilan dan keamanan negara ini.

Oleh itu, slogan yang sepatutnya dilaungkan ialah, 'Selamatkan Malaysia dari Pendidikan Cina' kerana ia menjadi punca jurang perkauman menjadi semakin besar. Ini terbukti apabila akhir-akhir ini anak-anak Cina tidak lagi menghormati kaum dan agama lain sehingga sanggup secara terbuka mencemuh dan menghina kaum dan agama lain melalui laman-laman sosial termasuklah youtube.

Jika ada pun yang perlu Dong Zong selamatkan melalui perhimpunan tersebut, hanyalah kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden mereka yang menghadapi risiko tidak dapat bertanding lagi. Atau, mungkinkah inilah tujuan sebenar perhimpunan tersebut? Iaitu kedua-dua mereka ingin meraih sokongan melalui publisiti, menjadi hero dengan mencabar Timbalan Menteri?

Hari ini, produk dari latarbelakang pendidikan Cina kebanyakannya tergagap-gagap dan lintang pukang menutur atau menulis Bahasa Kebangsaan mahupun Bahasa Inggeris.

Mereka ini seeloknya digelar warganegara separuh masak kerana tidak peka adat resam dan pantang larang atau budaya kaum lain, tidak sensitif dan tidak hormat kepada agama lain, tidak mampu bertutur dan bergaul dengan semua kaum dengan baik serta sukar menyesuaikan diri dalam acara yang melibatkan berbagai kaum apatah lagi majlis-majlis rasmi dan upacara adat.

Dan mereka inilah produk yang Dong Zong banggakan.

Ketika negara China semakin terbuka dan belajar menyesuaikan diri dengan dunia, Dong Zong terus berdegil ingin membawa kaum Cina di Malaysia ke belakang – ke era nenek moyang mereka di Tanah Besar yang mindanya tertutup rapat dan pandangannya terhad setakat tembok besar yang memisahkan negara mereka dengan dunia.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Azalina londeh seluar Salahuddin Ayub

Kalau jadi ahli syurga, mulut kenalah jaga, jangan jadi pembohong dan adu domba. Cakap jangan munafik. Apa nak jadi dengan Pas ni, bercita-cita nak jadi MB Johor tetapi cakap serupa longkang. Baca cerita dia.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan penubuhan MANTAP, sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat akan bertanggungjawab menangani isu pengambil alihan tanah di Pengerang ekoran projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).
Jelas ahli Parlimen Kubang Kerian (gambar) ini lagi, MANTAP akan  mengambil peranan pada ketika ini bagi memastikan pembangunan yang ingin di bawa tidak menjejaskan kepentingan penduduk.
“Kepentingan penduduk menjadi kepentingan kami ... kami tidak menolak projek tersebut, namun hanya ingin memastikan penduduk setempat mendapat pampasan setimpal dengan nilai tanah mereka.”
“Kami menyokong penuh pembangunan, namun apa yang MANTAP perjuangkan adalah isu pengambilan tanah,” katanya lagi.
Jelas Salahuddin, pihaknya difahamkan, penduduk ditawarkan nilai RM2.80 sekaki persegi untuk tanah penduduk yang diambil berikutan projek tersebut.
“Saya difahamkan tanah di kawasan Pengerang yang diambil hanya dibayar pampasan RM2.80 sekaki persegi ... jika ada satu ekar, penduduk hanya menerima RM80,000.
“Sudahlah penduduk hilang tanah, kampung juga hilang, pampasan pula tidak setimpal, rumah yang disediakan kerajaan juga perlu dibeli.
“MANTAP akan memperjuangkan harga pampasan tanah yang diberikan akan dapat menjamin masa depan penduduk,” tambahnya lagi merujuk kepada 10 kampung tradisi yang bakal dipindahkan daripada lokasi mereka sekarang ekoran projek tersebut.
Salahuddin turut menegaskan, walaupun terdapat segelintir penduduk yang menerima pengambil alihan tanah tersebut, masih ada yang tidak bersetuju tanah mereka dirampas.
“Menteri Besar Johor (Datuk Abdul Ghani Othman) cuba pencilkan isu ini daripada menjadi isu nasional.
“Kami akan bawa isu ini untuk dibahaskan dalam perbajasan bajet, malah akan bawa ke peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Salahuddin juga berkata, Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan 15,000 hingga 20,000 ahlinya akan menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang yang dijadualkan 30 September, Ahad ini di Dataran Sungai Rengit.
Himpunan anjuran NGO Pengerang dengan kerjasama Himpunan Hijau itu melontarkan tiga perkara utama yang menjadi tumpuan mereka, antaranya isu pengambilalihan tanah, kehilangan sumber pendapatan, dan kesan projek tersebut terhadap alam sekitar.

Setelah kita baca cerita munafik mari bacan cerita yang sebenarnya.

Dap Perak bergolak lagi

Sekumpulan ahli DAP akan membuat sidang akhbar bagi mendesak Pengerusi Dap Perak YB Datuk Ngeh Koo Ham meletakkan jawatan dari jawatan tersebut. Sidang media akan diadakan di Kedai Kak Yam (hadapan IPD Sungai Siput).

Dap Perak pernah bergolak kerana Dap mengabaikan orang India dan beberapa orang pemimpin Dap telah mengugut untuk keluar parti, tetapi dengan bantuan majlis tertinggi Dap kemelut tersebut berjaya diselesaikan.

Baru-baru ini timbul lagi isu majlis jamuan mengutip dana pilihanraya. Beberapa orang pengerusi daerah telah bercanggah pendapat dengan Ngeh sehingga wujud ketegangan antara pemimpin-pemimpin Dap peringkat daerah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Timbalan Ketua Menteri Wajar Letak Jawatan Jika Bermaruah

Dua hari lepas berita TV3 telah mendedahkan kenyataan rakaman menyuarat PKR yang mana Dr Mansor Osman mengutuk bossnya Ketua Menteri Pulau Pinang dengan perkataan mengkeji seperti cocy, arrogant dan tokong.

Sebelum itu Mansor menafikan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Siap buat sidang media bersama Ketua Menteri yang konon disayanginya.

Hari ini Pkr timbul cerita baru pula iaitu mahu mengambil tindakan terhadap individu yang menghantar rakaman ke TV3.

Kalau diikutkan Rafizi Ramli, PKR menyokong dan membela orang yang mendedahkan maklumat untuk kebaikan. Jadi Rafizi telah menyokong ahli Pkr yang mendedahkan maklumat tersebut. Dr Mansor kena akur dengan cara pemikir strategic Pkr itu. Jangan lawan cakap Rafizi.

Oleh itu Pkr Pulau Pinang tidak perlu mendedah dan menghukum ahlinya yang memberi maklumat kepada TV3.

Apa yang perlu dilakukan ialah Dr Mansor perlu melepaskan jawatan dan keluar dari Pkr.

Mansor telah mencemarkan nama baik Pkr dan memalukan Anwar Ibrahim.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Muhyiddin Saran PPD Turun Padang Kenal Pasti Masalah Setempat

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) disaran turun padang untuk mengenal pasti masalah yang berlaku di kawasan mereka dan menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tinjauan mesra oleh PPD boleh menyelesaikan isu setempat dan mampu memupuk semangat kekeluargaan antara mereka dan guru, guru besar serta pengetua.

"Dalam konteks mengurus, kita tidak boleh lagi merancang pembangunan sekadar melihat dari jauh atau dari atas. Kita perlu turun melihat dan rasai sendiri pengalaman permasalahan yang berlaku terutama di kawasan pedalaman.

"Berdasarkan keputusan unjuran semata-mata tidak mencukupi tanpa usaha untuk mendapatkan maklum balas berhubung sebab-sebab dan akibat daripada kelewatan penyelesaian yang mengundang kesan yang lebih buruk," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Pemantapan Profesionalisme Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah Peringkat Kebangsaan 2012 di sini, Selasa malam.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata peranan luas yang perlu diberi perhatian oleh PPD adalah bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Beliau berkata PPD merupakan barisan hadapan bagi mencapai sistem pendidikan yang berkualiti tinggi pada masa hadapan dan tidak ketinggalan dalam peringkat global.

Katanya PPD, sebagai entiti yang hampir dengan sekolah, harus memahami dasar-dasar kerajaan agar dapat melestarikan program tranformasi untuk masa hadapan negara.

Muhyiddin berkata dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kementerian telah memulakan profil kecekapan dan membina pelan penggantian bagi memastikan peranan PPD diisi oleh individu yang berkemahiran tinggi dan mampu mentransformasikan sekolah yang dikendalikan mereka.

Katanya langkah tersebut untuk memantapkan PPD sebagai pemimpin terbaik yang akan diberi lebih kuasa melalui pengurusan transformasi seperti diberi keupayaan untuk membuat keputusan operasi yang utama dalam hal ehwal bajet, urusan lantik kerja seperti pelantikan guru dan guru besar.

Beliau berkata penstrukturan PPD tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan mantap sepenuhnya menjelang 2014.

– BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.