Ahad, 1 Julai 2012

Kempen Politik yang Menyinggungkan Hati Pengunjung Pasaraya Mydin Meru, Ipoh, Perak

Email panas hari ini;

Saya ingin memaklumkan satu peristiwa hari ini sekitar pukul 12.00pm-01.30pm semasa saya membeli belah bersama keluarga di pasaraya Mydin Meru , Ipoh, Perak hari ini Ahad 01 Julai 2012.

Terdapat sekumpulan dipercayai angota PAS telah menyebarkan risalah di pasaraya ini. Saya sendiri menerimanya ketika berada di escalator (menuruni aras 1 ke aras bawah) dan risalah ini diberikan oleh seorang wanita,

Selepas selesai membeli belah ketika berada di aras bawah, kelihatan seorang lelaki juga dipercayai anggota PAS menunggu di ruang bawah escalator dengan memberikan risalah kepada pengunjung-pengunjung pasaraya ini. Saya sempat mengambil beberapa gambar aktiviti tersebut.

Ketika hendak ke tandas di aras bawah, saya ternampak sekumpulan wanita juga dipercayai anggota PAS menyebarkan risalah tersebut. Ada diantara mereka memakai pakaian hijau dan membawa anak-anak kecil seolah-olah berkeliaran bermain dengan kanak-kanak ini memakai baju hijau tertera himpunan hijau,


Tindakan ini telah menyinggungkan hati saya dan saya percaya sebahagian besar pengunjung beragama Islam di pasaraya ini turut tersinggung sama kerana paparan risalah tersebut adalah berbentuk politik dari tujuan asalnya. Risalah tersebut cuba hendak membuat satu kaedah propaganda (branding marketing) yang mengelirukan umat Islam seolah-olah solat hendak disinonimkan dengan pemimpin PAS dan parti PAS sebagaimana terpapar di risalah itu. Adakah terdapat elemen propaganda dengan menggunakan agama dalam meraih undi? Seolah-olah apabila solat maka akan dikaitkan dengan pemimpin PAS dan parti politik tersebut. Kenapa tidak menggunakan gambar mufti besar Perak sedang solat atau lebih neutral hanya menggunakan pak-pak imam biasa di kampung saja. Ianya diperkukuhkan lagi apabila tertera PAS Tambun di bawah risalah tersebut. Alangkah bagus kalau risalah seumpama ini yang mengajak solat dan selamat menyambut Ramadan tidak dicampuradukkan dengan politik.

Saya juga terkilan melihatkan anak-anak yang masih kecil yang sepatutnya menjalankan aktiviti berguna telah disalahgunakan oleh penjaga dengan memakai baju tertera perkataan politik.

Adakah tindakan kumpulan ini mendapat restu dari pihak pasaraya Mydin Meru? Memandangkan mereka ini berada dalam tempoh yang agak lama dan pihak keselamatan Mydin seolah-olah membiarkan ianya berlaku.

Justeru, adalah diharapkan peristiwa ini tidak berulang kerana kegagalan pihak pasaraya Mydin Meru mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti negatif seperti ini di premis mereka akan memberikan signal negatif kepada sebahagian besar pengunjung pasaraya ini yang tidak sukakan Islam disalahgunakan. Ini secara tidak langsung akan memberi implikasi negatif terhadap perniagaan Mydin di kalangan orang Melayu.

Sekian Terima Kasih

Anti Salahguna Agama

Sk:

Pejabat Perdana Menteri

Pejabat MB Perak

Utusan Malaysia, Berita Harian

Bloggers
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

20 ulasan:

  1. ya lah...... ajak amal makruf nahi mungkar le tu

    BalasPadam
  2. Apa hukum menunjuk2 ketika bersolat. Bukan kah riak namanya.

    BalasPadam
  3. jangan gangu orang nak beli belah...mydin kena berbuat sesuatu...halang mana2 parti politik gangu pelanggan...

    BalasPadam
  4. betul tu... islam telah disalah gunakan untuk tujuan politik yg tak diberkati...

    BalasPadam
  5. Kempen politik murahan!!! Menumpang di atas polisi azan Pasaraya Maidin!!! Pasaraya membuat polisi diatas kesedarannya sendiri untuk memertabatkan ugama Islam BUKAN anjuran parti PAS!!!! PAS ni menumpang tui jer!!!

    BalasPadam
  6. penganut agama PAS PIS PUS ni ingat diorang je sembahyang kot...kughang ajaq punyer orang....

    BalasPadam
  7. jom lah solat bersama-sama

    BalasPadam
  8. xpa..nnt kita edarkan risalah anjurkan konsert mungkin xsalah dan ramai yg tidak akan tersinggung..pasti ramai yg gembira..

    BalasPadam
  9. HANYA ORG UMNO YANG TAK SOLAT SAHAJA YANG TERSINGGUNG,,,SOLATLAH-DENGAN BERSOLAT KITA AKAN KENAL FAHSHAK DAN MUNGKAR,,DAN SOLAT AKAN MENCEGAHNYA,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macamler orang pas tu tak pernah langan pelacur.dah tu tak mandi wajib plak.

      Padam
  10. tanpa nama 3:27, sholat tu wajib....jangan le dipolitikkan....tak kira org umno atau pas...

    BalasPadam
  11. ya lah..kalau nak ajak solat pun..xyah gunakan parti..,banyak lagi cara lain..sebenarnya ada agenda lain..bukan ajak solat yg jadi 'main' tetapi menyebar risalah...kenapa tempat2 lain tak edar sama sepanjang tahun??ramai diluar sana org Pas yg tak solat..kaki skodeng,kaki 'kavaet'tanah sedara mara..dan mcm2 lagi.jika nak tunjuk baik..tak usah tuduh2 org UMNO saja..atau jika mereka org ikhlas...tentu tak tergamak nuduh2 org lain tak solat...solat kita pun belum tentu lagi nilainya wALLAHU a'lam.

    BalasPadam
  12. ye ke... kalau gitu tak payah la kita sibuk2 nak ikut imam... masing2 kan dah tau solat,puasa ibadah lain, jadi buat aje la ikut suka... wa memei tak setuju ngan pendapat kowang buyers... nampak sangat

    BalasPadam
  13. PAS NI INGAT DEPA NI SAPE YE. KALAU DAH KAT MERU, IPOH TU TENTULAH DIPERAK. YANG LETAK GAMBAR ULARMAK MANGKUK DARI KELANTAN TU BUAT APE. APA KAT PERAK NI DAH TAK ADA KE ORANG YANG SEMBAHYANG KE. MUNTAH LAH TENGOK TUA SIAM NI.

    BalasPadam
  14. Peliklah dengan puak PAS ni. Seolah-olah kalau sokong UMNO, orang tu tak solat, tak puasa, tak amalkan ajaran Islam.. Ni mesti kesan Fatwa Haji Hadi dulu..

    Tak usahlah skeptikal dengan idealogi politik. Buruk kesannya kepada perpaduan masyarakat Islam..

    BalasPadam
  15. toke besar pasaraya mydin tu menetap di kelantan...
    berhenti sekejap segala urus niaga semasa azan, sudah lama di amalkan di kelantan,
    sebabtu lah tokey mydin buat benda yang sama sebagaimana yang telah dibuat di kelantan...
    bermakna kelantan adalah negeri yang sangat sesuai di contohi terutama dari segi amalan....

    BalasPadam
  16. setiap apa yang di buat ke arah kebaikan berhak untuk mendapat pujian....
    tahniah pas kawasan berkenaan, kerana andalah satu satunya pihak yang memuji kebaikan orang lain...
    harapkan umno...dia sendiri pun tak pernah amalkan, macamana nak puji....
    melayu... melayu... melayu... last sekali melayu juga yang tertipu....

    BalasPadam
  17. Melayu, Melayu! tak payahlah berlakun banyak-bayak lagi kerana bilangan hipokrit Melayu Islam sudah terlalu ramai ! Kalau benar ada keikhlasan dalam beragama bertakwalah dan serah seluruhnya pada Allah! yakni berbuat amal pun orang lain tak perlu tahu!

    BalasPadam
  18. kalau umno buat macam ni.. ianya tidak menyinggung perasaan org lain kerana ianya UMNO yang buat... orang lain buat akan menyinggung perasaan pengunjung mydin...

    BalasPadam
  19. Nampakgaya pasaraya maidin sket lg depa tutop kot pasay ni bagi ruang kapada pati poltik pas amek kesempatan menyinggong perasaan orang orang yang tak semayang, ih ih kesian pulak depa buat gitu sampai hati sungoh. Baguih gugak kita pakat cari pasay tutop pasaraya maidin sket lagi nak pi beli barang dapog tang mana pulak? Giant kan ada, kita pakat sokong la. Hidup melayu.. Hidop melatu... kampong tegaday. Contoh kereja orang ceredik, orang melayu hat tak semayang tu lah.

    BalasPadam