Isnin, 16 Julai 2012

Pas patut demo depan kedutaan-kedutaan di Malaysia

Pas perlu mengadakan demo di depan kedutaan Thailand, China, Indonesia, Taiwan, Australia, Sepanyol, Kuwait, Veitnam dan Perancis.

Ia bagi membantah tahanan terhadap 2500 rakyat Malaysia yang ditahan atas pelbagai-bagai kesalahan jenayah.

Baru-baru seorang tahanan yang dibebaskan dari Argentina menceritakan dia diberi makan nasi yang berulat.

Wah! Kejam seperti penjara Abu Garib dan Guantanamo laa!

Ini dok menyebok pasai 45 tahanan di Kamunting yang ditahan kerana kesalahan yang boleh memudaratkan negara.

Kelmarin ada beberapa keluarga tahanan turut datang dalam demo Pas dan GMI kononnya Syed Ibrahim berjanji boleh jumpa orang tahanan.

Biarlah mereka duk dalam bagi peluanglah mereka insaf dan menyesal akan perbuatan mereka.

Selagi keras kepala dan degil eloklah ditahan. Pas sibuk nak tutup kem tahanan tetapi jangkaan TM, jika mereka menang kem tersebut adalah tempat mereka membalas dendam terhadap musuh mereka sekarang.

Dalam beberapa animasi karikatur Pas membayangkan akan menyumbat perdana menteri dan bekas perdana menteri atas kesalahan yang tak perlu dibicarakan.

Pas juga akan menyumbat kepala-kepala Dap agar mereka tak dapat melawan keputusan Pas.

Pas hari ini sudahpun menggunakan pedang sebagai lambang jihat mereka dan tertera perkataan Jihat the final solution. Tidak hairanlah jika ada yang nak jadi hero seperti Ibrahim Libya, Al-Ma' unnah, dan terbaru Imam Mahadi yang menyerang Putrajaya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Kota Bharu bercakap macam orang sakit mental di wad gila

Pas pernah menjemput penyanyi Dato Siti Norhaliza hadir untuk menghiburkan tetamu Pas dalam beberapa program sebelum ini. Di Pahang, Siti dijemput untuk menyanyi dalam usaha Pas mengumpul dana PRU 13 dengan program Makan Nasi Arab bersama Siti, (kalau tak silap).

Tiba-tiba apabila Ketua Umno Kota Bharu Dato Mohd Fatmi Che Salleh menjemput Siti ia menjadi isu besar.

Kononnya ia berlaku perlanggaran Enekmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 1998.

Pas juga menuduh Siti dibayar RM 50 ribu untuk buat persembahan.

Hairie Osman bekas pelakon mendedahkan bahawa beliau dibayar RM 50 sekali ceramah dalam kenyataan twitternya.

Kalau Hairie dapat 50K apa salah dengan Siti dapat 50K. Pas bayar berapa ratus kepada Siti dalam program makan nasi Arab?

Wah! Pas Pis Pus, depa buat boleh, Umno buat tak boleh.

Esok mungkin Pas akan pertikai tentang penglibatan Wazi bekas pelumba motosikal handalan negara yang menyertai program Rempit anjuran Umno di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dahsyat Pas, cakap berbelit macam bewak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Larut pertikai kejujuran Datuk Fauzi bekas pegawai polis

Datuk Fauzi mungkin rasa menyesal apabila menjadi ahli Pas atau dia memang tidak sekepala dengan Ustaz Akmal yang mencadangkan Datuk Fauzi sebagai Pengerusi Bersih 4.0.

Akmal tak berapa nak setuju dengan Datuk Fauzi yang dianggap pengacau dalam Pas Larut.

Dahulu Pas Larut tidak belaga angin dengan Ustaz Tajudin Mat Jali, lantas menuduh bekas calon Pas dun Batu Kurau sebagai Syiah dan makan duit. Akhirnya Tajudin dipecat dari Pas.

Dalam kes Datuk Fauzi, jelas menunjukkan Pas sengaja ingin meletakkan beliau sebagai perisai hadapan dalam sebarang aktiviti yang tidak releven dengan undang-undang.

Bila Datuk Fauzi gagal dipecacaikan oleh Akmal, Pas Larut mula mempertikaikan kesetiaan beliau dalam parti.

Weh! Muma ni bodoo supa tulaaa, datuk tu pesara kerajaan, dia pun hidup senang, kaya raya, stesen petrol pun bukan sebiji dua.

Apa kes dia nak turun berpanas di depan Kemta? Itu kerja pecacai Pas dan Dap seperti, Tantawi, Nizar Jamaludin, Bob Lokman Mana Raja Lawak, Aisah Seri kundi Pkr,

Apa kelas Datuk Fauzi nak buat kerja bodoo macam tu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Oren diiktiraf Agong?

Dalam satu laman blog bahalol pakatan harami menyatakan Agong menerima baik memorandum dari peserta demo Oren.

Memang laaa, bila hangpa pi bergayut depan pintu Istana memang lah pegawai bertugas akan datang ambik.

Ada Agong ajak Mazlan Aliman masuk dan bersantap dengan Agong?

Kalau macam tu bantahan yang dibuat oleh NGO yang menentang kerajaan zalim PKR Selangor pun sama lah, Bila pegawai dia keluaq ambik memo, makna Khalid iktiraf NGO, macam tu?

Wah! Panadai pula Mazlan kata Tindakan Undang-undang akan diambil ke atas Najib. Maknanya Agong terima memo dan Agong akan bertindak terhadap Najib, macam tu?

Hahaha, Oi mangkun anak lelaki Aliman, FVG dah masuk papan utama saham, semua prosedur undang-undang telah dipatuhi. Hang nak kelentong apa lagi.

Aku tau lah, La ni setiap minggu Pas akan buat rally atau demo, selagi parlimen tak bubar selagi tu lah bermacam-macam aktiviti haram akan dirancang oleh lebai kera Pas.

Buat la, rakyat dah meluat dengan Pas. Tunggu hari nak dikuburkan. Jom baca link berikut.

http://kualalumpurpost.net/perhimpunan-oren-mendapat-pengiktirafan-yang-di-
pertuan-agong-tindakan-undang-undang-terhadap-perdana-menteri/

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kisah penerima Datuk di Penang

Sabtu lepas ialah hari anugerah bintang kebesaran sempena ulangtahun TYT Pulau Pinang.

Kenapa Lim Guan Eng tidak diberi anugerah Datuk Seri?

Tak pasai-pasai Malik itik dan Mujahid Gorilla yang mai dari Parit Buntar dapat Datuk.

Malik tak pa la sebab di Exco Penang.

Ni yang heran Guan Eng tak dapat Datuk pasai apa?

Dah masuk 4 tahun tak terima apa-apa anugerah.

Yang sebetuinya ialah dia ni anti Raja-Raja Melayu dan Ketuanan Melayu. Sebab YTY tu orang Melayu juga sama macam raja lah kut.

Kalau dia terima Datuk bermakna dia kena hormat kepada ketuanan Melayu. Kalau tak terima orang akan panggil dia Tuan Guan Eng. Mana satu yang dia nak? Mestilah Tuan dan bukannya Datuk.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Himpunan Oren: Usaha Pembangkang Untuk Mendapat Publisiti Murah


Pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lepas, pihak pembangkang hanya berjaya mendapatkan sekitar 25,000 peserta iaitu jauh tersasar dari jumlah sasaran seramai 500,000 orang.

Mungkin kerana tidak puas hati, dan ingin ‘test power’ memandangkan Pilihanraya semakin hampir maka satu lagi percubaan untuk menggerakkan seramai mungkin penyokong mereka melalui demonstrasi, diadakan pada siang tadi. Kali ini, dengan memakai nama Himpunan Oren pula yang bertujuan kononnya untuk ‘menyelamatkan Felda’.

Menurut mereka, para peserta adalah terdiri dari anak-anak Felda tetapi kita mendapat tahu bahawa ada pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS untuk mengerahkan ahli-ahli mereka turun beramai-ramai menyertainya.

 Perlu diingatkan bahawa tiada pula pekeliling yang sama dikeluarkan oleh DAP, bukan hanya kerana DAP tidak cukup bodoh untuk menyertai balaci mereka di dalam PAS untuk berbuat sesuatu yang sia-sia, tetapi juga kerana DAP tidak berminat dengan isu ini memandangkan Felda adalah isu orang Melayu. Dari laporan laman-laman web pro-pembangkang, Himpunan Oren dikatakan mencapai sasaran iaitu disertai oleh 20,000 orang.

 Namun, mengikut laporan rasmi akhbar-akhbar utama, ianya hanya berjaya mengumpul sekitar 2,000 – 3,000 orang. Jika dilihat dari gambar-gambar yang dipaparkan oleh kedua-dua belah pihak dan dibandingkan dengan gambar-gambar dari BERSIH 3.0 yang disertai oleh 25,000 orang, nampaknya jumlah peserta Himpunan Oren adalah tidak sampai separuh pun dari BERSIH 3.0.

Dan penulis percaya, majoriti peserta-peserta adalah orang-orang yang sama yang menyertai demonstrasi BERSIH sebelum ini, dan juga demonstrasi Hijau, demonstrasi PTPTN dan entah apa-apa demonstrasi lagi yang didalangi pembangkang.

 Pendek kata, apapun demonstrasi yang diadakan oleh pembangkang, jumlah maksima peserta yang mampu dicapai ialah sekitar 20,000 sahaja. Dan selalunya jauh tersasar. Jika pembangkang boleh berbangga dengan angka ini, jelaslah mereka benar-benar berada dalam keadaan yang amat kronik.

Apapun, sekali lagi kita mengucapkan tahniah kepada pembangkang kerana berjaya melakukan satu lagi kerja sia-sia dan kerana berjaya memperbodohkan orang-orang Melayu.

 Hakikatnya, FGV telah disenaraikan dengan jayanya pada 28 Jun lalu. Ia mendapat perhatian meluas dari pelabur di seluruh dunia sekali gus menunjukkan keyakinan mereka. Kita pasti, suatu hari nanti Felda akan berjaya menjadi sebuah konglomerat global.
https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=444212b793&view=att&th=13886f3fe3a5a4b2&attid=0.2&disp=inline&realattid=f_h4n2mvx40&safe=1&zw&saduie=AG9B_P-eo0PkspHVprHq7zS6BT-i&sadet=1342395563369&sads=5filGQMkvmgMyHGAPK86KOiRQak


Semua ini mampu dicapai tanpa se-inci pun tanah peneroka tergadai. Malah, peneroka telah pun mendapat manfaat darinya dalam bentuk ‘durian runtuh RM15,000’ dan bakal mendapat lebih banyak lagi dari segi dividen, bonus dan berbagai-bagai lagi, terutamanya dalam jangka masa panjang dan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai.

Justeru, sikap pembangkang yang memperdaya segelintir anak-anak Felda untuk membantah sesuatu yang baik untuk mereka amatlah tidak bertanggungjawab. Sedangkan, pembangkang cukup maklum bahawa kerja mereka hari ini adalah sia-sia kerana penyenaraian telah pun dilakukan dan majoriti peneroka tidak ada masalah dengannya.

Memorandum yang mereka serah tidak ada nilai sama sekali. Lebih dari itu, analisis yang dilakukan oleh pemerhati politik menunjukkan bahawa sokongan terhadap BN semakin meningkat di kalangan warga Felda.

Kita tahu bahawa apa yang pembangkang ingin capai hari ini bukanlah untuk membatalkan penyenaraian atau apa-apa yang berkaitan dengannya kerana mereka tahu itu adalah mustahil. Tujuan pembangkang hanyalah untuk meraih publisiti, selain beberapa orang kroni mereka ingin membuat sedikit wang dengan membuka gerai menjual T.Shirt, air mineral dan beberapa barangan lain.

Jelas sekali yang pembangkang sudah ketandusan isu dalam menuju pilihanraya. Maka, kerana ketiadaan isu, mereka akan melakukan apa saja semata-mata untuk memastikan rakyat tidak lupakan mereka