Rabu, 7 Disember 2011
Isu Taman Kamunting Aman: PKNPk tampil dengan kenyataan bertulis.
http://peraktoday.com/wp/?p=38365
PKNP |
Setelah hampir sebulan isu tanah mendap yang berlaku di Taman Kamunting Aman dipaparkan dalam PerakToday.com, akhirnya mendapat maklum balas secara bertulis dari pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).
Berdasarkan kenyataan tersebut pihak PKNPk menerangkan bahawa mereka menyedari akan masalah tanah mendap yang dihadapi penduduk kawasan terbabit walaupun projek berkenaan telah mendapat kelulusan sijil layak menduduki serta tamat tempoh ‘Liability Period’.
Bagi mengenalpasti masalah sebenar punca dan tahap kerosakkan yang dialami pemilik, siasatan dan pemeriksaan terhadap bangunan rumah telah dilakukan oleh perunding dan jurutera dari Bahagian Teknikal dan Pembinaan.
Malah siasatan awal itu dilakukan bagi mendapat gambaran awal terhadap dakwaan penduduk termasuk berkaitan tahap kerosakkan unit-unit rumah yang terlibat.
Dalam usaha untuk PKNPk mendapat keputusan yang tepat, pemeriksaan penuh juga telah dijalankan selama lima hari dimana proses terbabit turut melibatkan pemilik-pemilik rumah yang berkaitan.
“Pihak perbadanan juga telah melantik perunding bebas bagi membuat kajian lain berkaitan kestabilan struktur tanah dimana ia merupakan antara kaedah yang digunapakai bagi mendapat penyelesaian jangka panjang.
Selain itu, beberapa usaha lain juga telah dilakukan oleh PKNPk terutama selepas penduduk Taman Kamunting Aman menyuarakan permasalahan mereka kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Hasil daripada aduan tersebut, PKNPk telah melantik pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat kajian sekali lagi selain pemeriksaan ke atas bangunan rumah yang mengalami kerosakan.
Bagaimanapun, berikutan permasalahan itu seperti yang didakwa penduduk dimana ia membahayakan keselamatan maka pihak PKNPk telah mengambil tindakan bersesuaian bagi mengurangkan risiko yang ditanggung pemilik rumah.
Walaupun beberapa kajian telah dilakukan sama ada oleh pihak PKNPk sendiri mahupun pemeriksaan yang dibuat oleh perunding bebas dan JKR hasil yang sama tetap diperolehi.
Susulan daripada itu, pada 11 Julai lalu, hasil penilaian pemeriksaan termasuk berdasarkan ujian JKR Proba mendapati intergriti bangunan asal rumah di Taman Kamunting Aman langsung tidak terjejas dimana tiada keretakan pada rasuk, tiang dan bumbung ditemui.
Malah, berdasarkan ujian terbabit, keretakan hanya berlaku pada dinding luar dan bangunan yang dibina tanpa ditanggung oleh struktur asas atau lebih tepat pada bahagian yang bangunan yang ditambah oleh pemilik rumah.
Bagaimanapun, pihak PKNPk mengakuir pemendapan tanah yang berlaku adalah disebabkan oleh keadaan struktur tanah yang lemah di kawasan perumahan terbabit.
“Kesan dari pertambahan beban pada bangunan asal menyebabkan pemendapan tanah berlaku dalam satu tempoh yang panjang.
Pada dasarnya, pihak PKNPk tidak mempunyai obligasi undang-undang untuk memulihkan rumah berkenaan namun bantuan membaik pulih bahagian-bahagian tertentu tetap dilaksanakan atas dasar simpati.
“PKNPk telah mengambil langkah proaktif iaitu dengan membuat koordinasi dengan pemaju bagi melaksanakan kerja-kerja membaikpulih rumah yang melibatkan struktur asal bangunan sahaja.
“Kerja-kerja baikpulih berkenaan tidak termasuk pada kerosakkan di bahagian binaan bangunan tambahan selain bahagian kerosakkan yang memerlukan proses penyelesaian jangka panjang.
Segala usaha yang bersesuaian telah dilaksanakan namun pihak PKNPk tidak dapat menimbangkan sekiranya penduduk memohon untuk mendapat rumah gantian kerana ia tidak bukanlah dibawah justifikasi agensi terbabit.
Pada 12 November lalu, paparan mengenai masalah tanah mendap yang dialami lebih 100 penduduk Taman Kamunting Aman dimana mereka terpaksa menanggung kesengsaraan berikutan retakan teruk pada dinding rumah mereka.
Bagaimanapun pada 16 November, satu lagi artikel telah dikeluarkan setelah PerakToday.com mendapat beberapa maklumat yang mendakwa wujudnya unsur politik dalam perlaksanaan Projek Perumahan itu.
David Nga perlu mohon maaf
David Nga Kor Ming, 39 tahun, bapa kepada 3 anak dan isteri yang dirahsiakan identitinya daripada umum perlu memohon maaf kepada YAB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Seri Paduka Sultan Perak.
David yang bermazhab Medhodist perlu berjumpa secara peribadi dengan Zambry dan disaksikan oleh Media untuk membuktikan permohonan maafnya.
Beliau juga perlu mengadap Sultan untuk memohon ampun kerana malabelkan Perak sebagai Darul Kartun.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Maruah Pas tercalar
Pas dan Harakah wujud dan mendokong Islam, tetapi Islam Pas ialah Islam sesat yang kuat menfitnah,
Fitnah satu dosa yang amat besar.
Mahkamah Rayuan hari ini perintah Syarikat Prema bayar RM50,000 kepada Ummi Hafilda Ali kerana fitnah beliau dalam Harakah, 12 tahun lalu
12 tahun hidup menfitnah . Bloggers Pas juga bapa fitnah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Fitnah satu dosa yang amat besar.
Mahkamah Rayuan hari ini perintah Syarikat Prema bayar RM50,000 kepada Ummi Hafilda Ali kerana fitnah beliau dalam Harakah, 12 tahun lalu
12 tahun hidup menfitnah . Bloggers Pas juga bapa fitnah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Akhirnya digemuk boncit menyerah kalah juga.
Sigemuk boncit yang merasakan dirinya terlalu bagus dan handal akhirnya menyerah dirinya untuk dibicarakan di mahkamah syariah.
Sebelum ini bukan main lagi mulut lasernya mengutuk orang yang tidak sehaluan dengannya. Artis-artis yang pernah bergelumang dengannya juga menjadi bahan cacian dan tohmahan. Ini lah kesilapan Bok Lokman.
Lain kali kalau nak jadi pendakwah , jangan lah kutuk orang, sebaliknya hendaklah mendekati mereka dan mengajak ke jalan kebaikan. Baru lah Bok Lokman di katakan seorang pendakwah.
Seperkara lagi, sebelum jadi pendakwah , lihat lah sendiri keluarga kamu, betulkan akidah anak-anak kamu yang kamu dakwa sudah hanyut dengan keduniaan.
Kamu menuduh kerajaan tak betul kerana mengajar anak kamu ilmu alam, sains dan teknology. Tahukah kamu bahawa ilmu itu semuanya datang dari Allah.
Kepada Bok Lokman, apa kamu nak takutkan, bukannya berat sangat hukuman kamu , mungkin didenda sahaja. hukuman yang berat akan menunggu kamu di akhirat nanti kerana kemunafikan kamu.
Kemungkinan juga Bok akan lepas bebas seperti kisah khalwat Mat Sabu dengan Azizah [bini orang] di Hotel Perdana Kota Bharu dahulu.
Bebas kerana puak-puak pendakwaraya semuanya orang Pas, Mat Sabu dikhilafkan dengan kesilapan nombor bilik 121 jadi 212.
Akhirnya pengikut pecacai Pas bertakbir diluar mahkamah apabila Mat Sabu digugurkan tuduhan kerana kesalahan teknikal.
Jika pengaruh Pas kuat, mahkamah mungkin akan membebaskan beliau, harapan TM ialah mahkamah syariah Kajang tidak menjadi seperti mahkamah syariah Kota Bharu.

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Pengacara, pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Kajang pada 14 Februari 2012 depan kerana didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah.
Perbicaraan kes beliau akan berlangsung pada waktu pagi, tetapi masih belum ditentukan waktunya, hasil rundingan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengannya.
Menurut Bob, rundingan tersebut telah diadakan beberapa kali di beberapa tempat termasuk di Pejabat Jais di Shah Alam, selain di beberapa tempat lain setelah pihak Jais sendiri yang datang menemuinya.
Katanya, hasil rundingan-rundingan itu, akhirnya beliau bersetuju untuk dibicarakan dan berjanji akan hadir ke Mahkamah Syariah Kajang pada 14 Februari nanti.
Kepada Bok Lokman, apa kamu nak takutkan, bukannya berat sangat hukuman kamu , mungkin didenda sahaja. hukuman yang berat akan menunggu kamu di akhirat nanti kerana kemunafikan kamu.
Kemungkinan juga Bok akan lepas bebas seperti kisah khalwat Mat Sabu dengan Azizah [bini orang] di Hotel Perdana Kota Bharu dahulu.
Bebas kerana puak-puak pendakwaraya semuanya orang Pas, Mat Sabu dikhilafkan dengan kesilapan nombor bilik 121 jadi 212.
Akhirnya pengikut pecacai Pas bertakbir diluar mahkamah apabila Mat Sabu digugurkan tuduhan kerana kesalahan teknikal.
Jika pengaruh Pas kuat, mahkamah mungkin akan membebaskan beliau, harapan TM ialah mahkamah syariah Kajang tidak menjadi seperti mahkamah syariah Kota Bharu.
Langgan:
Catatan (Atom)