Rabu, 18 April 2012
Siaran Sukan Berkepentingan Negara Dikongsi Bersama Stesen Penyiar Mula ...
Mulai 1 Mei, hak penyiaran kandungan sukan bercirikan kepentingan negara dikongsi stesen penyiar televisyen, sekaligus memecah monopoli stesen penyiaran berbayar ASTRO, sebelum ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, berkata ini bermakna semua stesen penyiaran televisyen di Malaysia yang mendapat hak penyiaran sukan berkenaan mesti bersedia untuk berkongsi kandungan tersebut dengan semua televisyen bebas ke udara (free to air) yang tidak mendapat hak itu.
“Sekiranya acara sukan tersebut tidak disiarkan oleh televisyen bebas ke udara, kandungan tersebut seterusnya akan dikongsi dengan stesen televisyen berbayar.
“Antara acara sukan yang disenaraikan adalah Sukan Olimpik Musim Panas, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA, Sukan Malaysia (SUKMA), Piala Thomas dan Uber, All England, BWF Super Series, AFC Asian Cup, ASEAN Football Federation Cup, FIFA World Cup (separuh akhir dan akhir) serta English Premier League (perlawanan akhir).
“Acara ini dipilih kerana ia bercirikan kepentingan negara dan menggalakkan intergrasi nasional dan perpaduan di bawah semangat 1Malaysia.
“Ianya dilaksanakan melalui Penentuan Menteri di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan bertujuan membolehkan ramai rakyat Malaysia menonton dan mengikuti acara sukan yang popular dan melibatkan pasukan negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi RTM Mobile di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, petang tadi.
Katanya, selain ASTRO, dua stesen penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Media Prima juga akan diberi hak penyiaran kandungan sukan itu selain ulasan turut diberi melalui siaran radio terpilih.
Sementara itu, aplikasi RTM Mobile yang diperkenalkan stesen penyiaran negara itu katanya, memberi nafas baru dan titik permulaan kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan negara bangsa yang hebat.
Pelbagai program yang memupuk nilai murni dan serta berkaitan Perlembagaan Persekutuan seperti Bakat TV dan Tiada Lama Tiada Yang Baru akan diteruskan bagi mencapai matlamat berkenaan.
RTM Mobilke adalah satu aplikasi streaming secara langsung di telefon pintar mudah alih yang menyediakan perkhidmatan khas menonton televisyen dan mendengar radio di mana sahaja untuk pengguna di Malaysia.
Ia menawarkan siaran streaming ke atas tiga saluran televisyen merangkumi TV1, TV2 dan TVi (saluran 180 Astro) yang dijangka dapat memenuhi trend semasa kalangan penonton dan pendengar setianya.http://peraktoday.com/wp/?p=57642
Industri Lokomotif bakal jadi projek gergasi Perak DS Zambry
Perak bakal melaksanakan satu lagi projek gergasi dalam industri lokomotif atau pembuatan kepala dan gerabak keretapi melalui pelaburan dari syarikat CSR Corporation Limited yang merupakan syarikat pengeluar lokomotif elektrik terbesar di dunia dari negara China.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas mendengar taklimat dari beberapa wakil syarikat berkenaan memberitahu pelaburan dari CSR Corp merupakan usaha penting antara kedua-dua pihak dimana ia bakal menawarkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat berkaitan di sekitar Asia serta Timur Tengah.
“Kita jangka dalam masa dua tahun, projek pembuatan dan penyelenggaraan koc keretapi ini akan siap dan ia bakal menjadi satu industri besar di negara atau di Perak khususnya memandangkan syarikat terbabit merupakan pembekal lokomotif kepada KTMB ketika ini.
“Setakat ini, perbincangan sudah berada di peringkat akhir dan kita telah mengenalpasti kawasan Batu Gajah seluas 50 ekar iaitu berhampiran dengan Akademi KTMB akan dijadikan sebagai lokasi pembinaan kilang berkenaan,” katanya.
Jelas Zambry lagi, bagi fasa awal projek terbabit ia bakal melibatkan kos mencecah RM 500 juta dan jumlah itu akan meningkat sehingga RM 1 billion untuk fasa-fasa seterusnya.
Katanya lagi, dengan kewujudan kilang itu nanti, kerajaan negeri menjangkakan jumlah pelaburan boleh menjangkau RM 400 juta dan jika dihitung dalam aspek kapasiti dalam tempoh 5 tahun ia mampu meningkat sehingga RM 25 billion dalam nilai pasaran.
“Ia adalah satu projek besar dan sebab itu kita anggap dengan adanya kilang itu nanti, ia akan memberi impak besar kepada projek strategik dan juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.
Turut hadir dalam sesi taklimat berkenaan adalah barisan Exco kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Puhat Nayan.http://peraktoday.com/wp/?p=57578

Amaran Hujan Lebat
KUALA LUMPUR 18 April - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut dan hujan lebat peringkat jingga berlaku di Selangor, Perak dan Kuala Lumpur, yang dijangka berterusan sehingga malam ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan Bernama sebentar tadi, jabatan itu turut mengesahkan beberapa kawasan yang terbabit termasuklah di negeri Perak meliputi Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang, manakala di Selangor kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur . Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Sepang dan Putrajaya serta banjir kilat mungkin melanda kawasan berkenaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pegawai Kerajaan Persekutuan jadi pengkhianat.
Kelmarin TM dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa seorang ustaz yang mengajar di sebuah sekolah menengah telah menjual kupon kepada pelajarnya untuk makan sate bersama Bob Lokman pada 16 April 2012 Isnin.
Kalau ya pun ustaz tu penyokong Pas, tak perlu lah tunjuk samseng sampai jual kupon dalam sekolah. Time mengundi nanti pi lah pangkah parti yang hang sokong.
Apakah Pas terdesak sehingga sanggup mengutip duit RM 15 .00 dari setiap pelajar ..ini sudah kira zalim.
dipetik dari blog Dato Khusairi Adun Tanjung Malim

SYIAH SESAT - "Yazid Celaka" - Kata Khalid Ismath
Published on Apr 16, 2012 by abuaqif
http://abuaqifstudio.blogspot.com/
Komen Abu Aqif: Post Sebelum ni si KHALID ISMATH menghina Ustaz Fathul Bari. Tetapi kali ni dia dengan berani dan kurang ajarnya menghina YAZID BIN MUAWIYAH. Selamba dia kata YAZID tu CELAKA! Sapa yang CELAKA sebenarnya. Semoga Allah memberikan dia hidayah dan mengambalikan dia kepada SUNNAH!

Langgan:
Catatan (Atom)