Khamis, 19 Julai 2012

Ketua Eksekutif PKNK Bakal DiPecat?

Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan menghadapi bahaya dipecat kerana telah memalukan PAS dalam isu pembelian saham FGVH.

Dato’ Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan yang PKNK membeli sejumlah 500,000 saham FGVH yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari pembangkang. Tindakan beliau menjadi tamparan hebat kepada Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah kerana bertentangan dengan pendirian dan perjuangan Pakatan Rakyat.

Mazlan Aliman, yang menjadi ‘juara’ isu ini di dalam PAS dikatakan amat berang dengan tindakan tersebut serta menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan PAS pusat.

PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH. Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut, telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar, malah pelik, manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut.

Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil. Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya. Justeru, tindakan PKNK membeli sahan yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar. Untuk itu, seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya.

Dato’ Seri Azizan Razak yang sentiasa kabur, keliru dan ‘kosong’, cuba memperbaiki keadaan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi ialah masalah teknikal semata-mata dan PKNK boleh saja menjual kembali saham tersebut.

Jelas, beliau yang merupakan Pengerusi PKNK, telah mengambil sikap enggan bertanggungjawab, seperti biasa. Oleh yang demikian, kesalahan kini terletak seratus peratus di bahu Dato’ Abdul Rahman, Ketua Eksekutif PKNK.

Sedangkan keputusan yang diambil oleh Dato’ Abdul Rahman pastinya bukan berupa keputusan peribadi, tetapi keputusan Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan PKNK. Tidak mungkin bagi beliau untuk bertindak melabur sejumlah lebih RM2 juta wang PKNK tanpa berunding dan tanpa kelulusan ahli-ahli lembaga pengarah.

Dato’ Abdul Rahman adalah ‘orang lama’ dalam PKNK dan beliau mendaki anak tangga ke atas dengan mengikut jalan yang lurus dan secara perlahan-lahan. Berlatarbelakang pendidikan di Santa Clara University, USA dan University Malaya, beliau adalah antara ‘beberapa kerat’ pegawai-pegawai kerajaan di Kedah yang berwibawa, berdedikasi dan berkelayakan.

Dengan pengalaman kerja yang merangkumi bidang hartanah, pelaburan, pembangunan dan pengurusan di beberapa organisasi termasuk Bank Negara, Bina Darulaman, KTPC, KSDC Insurance dan berbagai-bagai lagi, beliau merupakan aset penting, bukan sahaja bagi PKNK tetapi juga negeri Kedah.

Sudah tentulah dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki beliau, cadangan membeli saham FGVH merupakan cadangan yang telah difikir dan ditimbangnya masak-masak. Beliau pastinya melihat keuntungan dari pembelian itu.

Malang sekali apabila beliau kini menghadapi tekanan agar menjual kembali saham tersebut.

Nampaknya, segala pengalaman dan ilmu Dato’ Abdul Rahman ini tidak diambilkira oleh PAS yang meletakkan politik mengatasi segala-galanya. Dato’ Abdul Rahman kemungkinan besar akan dijadikan kambing hitam dalam isu ini bagi menyelamatkan maruah Azizan dan meredakan kemarahan PAS.

Jika ini berlaku, maka PKNK akan mengalami dua kali kerugian iaitu kerana menjual kembali saham FGVH dan juga kerana kehilangan kepimpinan Dato’ Abdul Rahman. Namun, semua ini tidak menjadi masalah bagi PAS, asalkan mereka mempunyai isu atau bahan untuk berceramah dan berkempen dalam pilihanraya nanti. Jika tindakan mereka merugikan rakyat, negeri atau negara, ia bukanlah masalah bagi mereka.

20120506 Lawatan ke Terowong air Langat 2

Krisis Air Bakal Jahanamkan Ekonomi Selangor



Tidak berapa lama dulu Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP) di Kedah pernah di timpa dengan masalah bekalan air bersih yang pada peringkat awalnya menyebabkan banyak pelabur menanggung kerugian kerana terpaksa menghentikan operasi kilang mereka secara berkala.

Apabila masalah bekalan air bersih masih berterusan disebabkan sikap sambil lewa kerajaan PAS Kedah, akhirnya para pelabur mengambil keputusan drastik menutup operasi masing-masing menyebabkan beratus-ratus pekerja hilang mata pencarian.

Sedangkan sejak KHTP dibangunkan pada 1996, sekurang-kurangnya RM23 bilion nilai pelaburan asing berjaya dibawa masuk sekaligus membantu meningkatkan aktiviti ekonomi negeri dan rakyat.

Namun setelah pembangkang (PAS) mengambil alih kerajaan negeri, kawasan industri tersebut mula layu disebabkan ketidak mampuan kerajaan negeri mengurus tadbir dengan baik termasuklah gagal menyelenggara bekalan air untuk kegunaan kilang-kilang di kawasan tersebut.

Semacam sudah menjadi badi di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang apabila diberi peluang memerintah negeri, mereka akan menjadi seperti 'tikus membaiki labu', mengubah itu ini sesuka hati konon atas sebab untuk penjimatan atau tambah baik perkhidmatan, tapi akhirnya bukan kebaikan yang diperolehi sebaliknya banyak mengundang bala dan menjahanamkan.

Apa yang terjadi di KHTP tidak mustahil bakal berulang di Selangor kerana polisi dan dasar kerajaan negeri Selangor hampir sama dengan kerajaan Kedah - gemar mengubah perancangan asal pembangunan kemudian banyak beretorik bermain politik tanpa mengambil kira kesannya pada rakyat dan ekonomi.

Apabila MB Selangor, Khalid Ibrahim dari PKR secara rasmi dua tahun lalu menolak pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dengan alasan untuk penstrukturkan semula bekalan air bersih, kesan negatifnya kini sedikit demi sedikit mula terasa.

Para pelabur mula menjauhkan diri, yang mana sudah bersetuju sebelum ini untuk membina kilang operasi mereka, kini masing-masing mengambil keputusan samada membatalkan atau menangguh kan dulu pelaburan kerana ragu dengan sistem bekalan air di negeri ini.

Angka terkini menunjukkan Selangor telah kehilangan sekurang-kurangnya 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM dan sepatutnya mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada 12,000 orang.

Mudah untuk Khalid Ibrahim ataupun pemimpin pakatan pembangkang yang lain berkata projek Langat 2 atas alasan bekalan air mentah mencukupi sehingga tahun 2019.

Tapi, kilang mana yang sanggup menggunakan bekalan air mentah dari lombong atau sungai untuk menjalankan operasi kilang mereka?

Isu sekarang bukannya soal air mentah masih memenuhi empangan atau sungai, sebaliknya isu sekarang ialah bekalan air bersih yang telah dirawat untuk kegunaan rakyat dan kilang-kilang.

projek Langat 2 bukan sekadar tambahan satu loji baru yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang, ia juga satu perancangan jangka masa panjang yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat dan pembangunan ekonomi Selangor.

Tapi, perkara sebegini sukar difahami oleh pemimpin-pemimpin negeri yang lebih selesa beretorik mencipta polemik politik.

Mereka hanya nampak banyak air di empangan tapi gagal memahami isu asas yakni sebahagian besar loji rawatan air sudah beroperasi melampaui kemampuan sebenar. Mahu tidak mahu, loji rawatan air yang baru tetap diperlukan dan penyelesaian jangka masa panjangnya ialah Langat 2.

Namun disebabkan Khalid Ibrahim terasa terlebih cerdik, tanpa berfikir panjang ditolaknya pembangunan loji rawatan air yang baru di Sungai Langat. Dua tahun berdolak dalik gagal mencari penyelesaian, masuk angin keluar asap.

Kesannya nanti sekiranya krisis air mula meluas ke seluruh Lembah Klang, bukan sahaja ekonomi Selangor akan jahanam, silap-silap pelabur asing pun akan menjauhi Malaysia.

Ketua Eksekutif PKNK Bakal DiPecat?



Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dikatakan menghadapi bahaya dipecat kerana telah memalukan PAS dalam isu pembelian saham FGVH.

Dato’ Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan yang PKNK membeli sejumlah 500,000 saham FGVH yang menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari pembangkang.  Tindakan beliau menjadi tamparan hebat kepada Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah kerana bertentangan dengan pendirian dan perjuangan Pakatan Rakyat.

Mazlan Aliman, yang menjadi ‘juara’ isu ini di dalam PAS dikatakan amat berang dengan tindakan tersebut serta menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan PAS pusat.  

PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH.    Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut, telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar, malah pelik, manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut. 

Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil.  Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya.  Justeru, tindakan PKNK membeli sahan yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar.  Untuk itu, seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya. 

Dato’ Seri Azizan Razak yang sentiasa kabur, keliru dan ‘kosong’, cuba memperbaiki keadaan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi ialah masalah teknikal semata-mata dan PKNK boleh saja menjual kembali saham tersebut. 

Jelas, beliau yang merupakan Pengerusi PKNK, telah mengambil sikap enggan bertanggungjawab, seperti biasa.  Oleh yang demikian, kesalahan kini terletak seratus peratus di bahu Dato’ Abdul Rahman, Ketua Eksekutif PKNK. 

Sedangkan keputusan yang diambil oleh Dato’ Abdul Rahman pastinya bukan berupa keputusan peribadi, tetapi keputusan Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan PKNK.  Tidak mungkin bagi beliau untuk bertindak melabur sejumlah lebih RM2 juta wang PKNK tanpa berunding dan tanpa kelulusan ahli-ahli lembaga pengarah. 

Dato’ Abdul Rahman adalah ‘orang lama’ dalam PKNK dan beliau mendaki anak tangga ke atas dengan mengikut jalan yang lurus dan secara perlahan-lahan.  Berlatarbelakang pendidikan di Santa Clara University, USA dan University Malaya, beliau adalah antara ‘beberapa kerat’ pegawai-pegawai kerajaan di Kedah yang berwibawa, berdedikasi dan berkelayakan.  

Dengan pengalaman kerja yang merangkumi bidang hartanah, pelaburan, pembangunan dan pengurusan di beberapa organisasi termasuk Bank Negara, Bina Darulaman, KTPC, KSDC Insurance dan berbagai-bagai lagi, beliau merupakan aset penting, bukan sahaja bagi PKNK tetapi juga negeri Kedah. 

Sudah tentulah dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki beliau, cadangan membeli saham  FGVH merupakan cadangan yang telah difikir dan ditimbangnya masak-masak.   Beliau pastinya melihat keuntungan dari pembelian itu. 

Malang sekali apabila beliau kini menghadapi tekanan agar menjual kembali saham tersebut. 

Nampaknya, segala pengalaman dan ilmu Dato’ Abdul Rahman ini tidak diambilkira oleh PAS yang meletakkan politik mengatasi segala-galanya.  Dato’ Abdul Rahman kemungkinan besar akan dijadikan kambing hitam dalam isu ini bagi menyelamatkan maruah Azizan dan meredakan kemarahan PAS. 

Jika ini berlaku, maka PKNK akan mengalami dua kali kerugian iaitu kerana menjual kembali saham FGVH dan juga kerana kehilangan kepimpinan Dato’ Abdul Rahman.   Namun, semua ini tidak menjadi masalah bagi PAS, asalkan mereka mempunyai isu atau bahan untuk berceramah dan berkempen dalam pilihanraya nanti.  Jika tindakan mereka merugikan rakyat, negeri atau negara, ia bukanlah masalah bagi mereka.

FITNAH ManjungMari: Buat Kerja Keji Kerana Ingin Popular


Inilah bekas MB Boneka DAP yang melancarkan Media Perak media pemfitnah 



Media Perak, sebuah laman yang ditubuhkan hasil persepakaran pakatan Rakyat negeri Perak yang diketuai oleh pemimpin Cina DAP. Media Perak akan bergerak aktif dalam program-program yang mampu menggugatkan pemimpin cina DAP.

Baru-baru ini Media Perak, balacinya adalah orang Melayu yang mengganggur telah dikerah mengganggu majlis ramah mesra YB Dato Hamidah bersama penduduk Taman Desa Aman dan Taman Pegoh Aman.
Mereka seboleh-boleh mahu menjadikan isu bantahan yang dibuat oleh Lee Boon Chye adalah wajar dan munasabah. 
Dengan gangguan itu mereka menuduh YB Dato Hamidah menghalau penduduk walhal dalam video yang disiarkan oleh Sungai Rapat Online YB Dato Hamidah tidak pernah menghalau penduduk, cuma orang luar yang tidak berkenaan iaitu cina samseng dari Gopeng diminta meninggalkan majlis.
Begitu juga berlaku dalam majlis zikir munajat dan ceramah Ustaz Kazim di hadapan Sekolah Agama Rakyat Taman pegoh Aman, mereka bukan sahaja membuat provokasi malah memotong dan membuang 22 banner ceramah yang dipasang diseluruh kawasan berdekatan
Kini mereka buat fitnah lagi berlaku pada Ustaz Kazim Elias, dalam ceramahnya di program Wacana Intelek Perdana bertajuk Sokong Islam Anda Selamat, di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung pada 15hb Julai 2012.
Ustaz Kazim telah meramalkan beberapa blogger (termasuk “manjongmari”) akan membuat pelbagai pembohongan, tohmahan serta memutar-belitkan apa yang diucapkannya dalam program malam itu.

Ramalan Ustaz kazim mamng benar belaka, belum pun habis ceramah beberapa posting fitnah tentang program Ustaz Kazim sudah pun diupdate.
Pembohongan “manjongmari” untuk beliau putar belitkan amat ketara. Beliau mengguna gambar-gambar yang diambil ketika majlis belum bermula dan hadirin baru mula tiba. Gambar ceramah yang dipapar pada skrin besar adalah rakaman ceramah Ustaz Kazim di tempat dan masa yang lain.

Berikut adalah hujjah kami – melalui gambar-gambar di bawah:

1. Gambar dari blog manjongmari sengaja dirakam sebelum majlis bermula bagi menggambarkan tidak ramai orang yang hadir.


Ini gambar dari blog manjongmari:



Manjongmari cuba mengambarkan banyak kerusi yang kosongDi bawah ini gambar yang diambil ketika penceramah pertama, Ustaz Ismail Mina Ahmad berucap:
Gambar ini dari posisi yang hampir sama dengan manjongmari tetapi ini apabila majlis baru bermula dengan panelis pertama – Ustaz Ismail MinaKedua-dua keping gambar yang disiarkan dalam blog manjongmari adalah ketika sebelum bermulanya majlis. Manakala gambar yang diambil sekitar selepas 10 minit majlis bermula.



Ini dari depan sisi tepi:



Gambar diambil dari depan sebelah sisi kiri dewan – tidak nampak pula kerusi kosong yang disiarkan oleh manjongmari2. Paparan di skrin besar untuk di dalam dewan dan juga di bawah khemah luar dewan adalah gambar rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang disiar sebelum bermula majlis.

Ini paparan skrin yang saya besarkan dari gambar di blog manjongmari:
Bandingkan gambar di atas dengan yang di bawah ini (yang diambil semasa Ustaz Kazim berucap pada malam itu).

Pada malam itu Ustaz Kazim memakai jubah putih berserban dan berucap pada posisi duduk di atas kerusi manakala gambar yang disiarkan manjongmari menunjukkan Ustaz dengan jaket hitam serta berdiri depan rostrum dan memakai kopiah putih sahaja tanpa serban.




3. Susun atur pentas yang berbeza dengan gambar manjongmari.

Lihat keadaan tempat Ustaz Kazim berceramah dalam gambar manjongmari – Ustaz Kazim berucap pada rostrum dan terdapat gambar hadirin/peserta di belakang beliau.

Bandingkan pula perbezaan susun atur “pentas” dalam Dewan Merdeka pada malam itu.
Maka jelas dan nyata manjongmari menjaja blognya dengan pembohongan dan dusta yang berterusan.


Apakah ini realitinya budaya memfitnah yang diajar oleh pemimpin Pas. Pemimpin yang mengatakan orang lain kafir sedangkan hampir setiap hari memfitnah.
Jika inilah Islam yang diamalkan oleh Pas, Insyaallah PRU13 semua kerusi Pas akan tumbang!!!!!!!!!
Baca selanjutnya disini

MANJUNG MARI blogger murahan PAS