Jumaat, 5 Oktober 2012

PRU 13: Azmin Kemaruk, Khalid Terpinggir, Mustapha Ali Kena Ketuk

Belumpun wisel PRU 13 ditiupkan secara rasmi, kem-kem pihak berkepentingan dalam PR sudah bertelagah sesama sendiri berhubung perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sekarang ini sedang disandang Khalid Ibrahim.

Semuanya gara-gara kenyataan Timbalan Presiden PKR yang menyatakan Selangor akan mendapat MB baru selepas PRU 13 serta turut mengesahkan perkara tersebut sedang dalam perbincangan pimpinan tertinggi PR.

Kenyataan Azmin Ali itu kemudian menjadi kontroversi memaksanya membuat 'pembetulan' terutama sekali selepas Setiausaha Agong PAS, Mustapha Ali menegurnya kerana bimbang kenyataan Timbalan Presiden PKR itu akan mengelirukan penyokong pakatan pembangkang.

Namun demikian, dikalangan rakyat Selangor tak ada yang keliru pun kerana umum mengetahui Azmin telah agak lama mengidam dan begitu kemaruk sekali untuk mengambil alih jawatan tersebut. Kontroversi kali ini hanyalah lanjutan dari beberapa konflik dalaman yang pernah tercetus sebelum ini.

Melihat pada rekod dan sejarah Azmin dalam membelasah musuhnya dalam PKR dan PR hingga lunyai, tidak sukar untuk kita jangkakan Khalid juga akan mengulangi nasib yang sama sebagaimana pernah di alami Zaib Ibrahim dan Hasan Ali.

Zaid yang diawal kemasukannya dalam PKR disambut meriah bagai pahlawan akhirnya terpelanting keluar selepas dilihat berpotensi mencabar populariti dan kewibawaan Azmin dalam PKR.

Hasan pula disepak terajang oleh PAS selepas Azmin memberi kata dua kepada pemimpin PAS supaya mengambil tindakan keras berikutan kenyataan Hasan yang menolak demonstrasi 901 pada Januari lepas.

Selepas PRU 13 sama ada PKR kekal atau rebah di Selangor, tetap tiada maknanya dunia politik untuk Khalid. Sama ada dia akan terpinggir sendiri atau dipinggirkan secara terhormat, semuanya menjurus kepada kejatuhannya dari hierarki kepimpinan PKR.

Dalam pada itu, keterlanjuran Mustapha Ali menegur Azmin nampaknya mengundang padah apabila dalam satu mesej tweeternya kepada seorang pembacanya, Azmin memperlekehkan teguran pemimpin PAS itu sebagai kenyataan dari orang yang mudah melatah disebabkan faktor usia yang semakin tua.

Reaksi Azmin itu agak keras seumpama satu ketukan yang agak menyakitkan singgah di atas kepala Setiausaha Agong PAS. Satu penghinaan yang agak memilukan hati barangkali.

Tapi nasib Mustapha boleh dikira masih baik kerana cuma diketuk sahaja dan bukannya dibicarakan dan dipecat dari parti tanpa bela diri seperti mana dialami bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali.

Namun tentunya ia mengundang amarah dikalangan penyokong dan ahli PAS tapi percayalah, dalam keadaan sekarang di mana PAS hanyalah ibarat keldai tunggangan untuk PKR dan DAP, tiada apa yang dapat PAS lakukan dalam menghadapi sikap Azmin yang kurang ajar dan terlampau ego itu.

Apapun, PRU 13 belum pun membuka tirai namun dikalangan pemimpin PR sudah berperang merebut jawatan yang belum tentu akan kekal di tangan mereka lagi. Nampak sangat nawaitu perjuangan politik terlebih-lebih mengutamakan kepentingan perut sendiri berbanding khidmat bakti untuk rakyat.

Sama-samalah kita tunggu PRU 13 dan kita akan saksikan di antara mereka bertiga ini, Azmin, Khalid dan Mustapha, siapa yang masih kekal berpaut di dahan kering atau tak mustahil kesemua mereka dicampak oleh rakyat jauh terperosok ke dalam longkang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP AND PAS ANGRY WITH AZMIN AND MANSOR, BUT IN REALITY ITS ANWAR’S GAME



DAP and PKR are now splitting hairs and probably would part ways as the verbal spat and 'back stabbing' continue to highten on several issues but most importantly is the assumption that PKR wants to be the dominant dforce in the unregistered opposition alliance.

In Penang, it is crystal clear that the Malays in PKR are dissatisfied against DAP's Lim Guan Eng leadership that they consider 'dictatorial and overly Chinese' and 'pasang spy' or planting spies in PKR.

Some said this would give Guan Eng the information of whats going on in Penang and he can strengthen his position among the Chinese in PKR.

This was how the state Deputy Chief Minister 1 Mansor Othman got played out and the revealations that PKR does not trust Guan Eng and suspecting the latter trying to take away few seats from PKR.

While the distrust in Penang gets deeper, in Selangor DAP gets 'really mad' when PKR deputy president Azmin Ali made a statement that present MB Khalid Ibrahim might be replaced after the general election.

Azmin's statement fell short of saying he would replace Khalid, which position he has been eyeing since after the 2008 general election.

Given the scenario, DAP and PKR are really experiencing 'bad ties' and even if the top leaders of both parties would put up the front of being united, the supporters and members of both parties are not together in mind.

They may be together on the streets demonstrating against the government and the ruling BN but when come general eletcion, they will be fighting each other for support, that is the truth.

PKR may field 'independent candidates' in seats contested by DAP to make sure that DAP will not outnumber them when the results are out because as reflected by Mansor's words in the meeting which minutes were leaked, DAP is getting arrogant and corky.

In reality, Mansor was just voicing out Anwar Ibrahim's concern, not actually Mansor's own views and mind because that's how Anwar operates, he would not open his mouth but relays his message and let the stooges, in this case Mansor, to say it out loud.

And in Selangor, it was not Azmin's own views and opinion on Khalid but in reality Anwar's opinions as Anwar had wanted to change Khalid long ago but he has not got the chance.

In short, what DAP and PAS are actually against is not Azmin or PKR but it is Anwar they are after, the man behind the scene.

It is Anwar's game all along and DAP and PAS top leadership know but they do not want to rock the ship…they just do not want to add fuel to the already burned ship.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SCORPENE STRATEGI ANWAR ALIH ISU BAJET 2013

Suaram yang menerima dana daripada penyanggak mata wang Yahudi melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd masih terus memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan berhubung isu kapoal selam Scorpene.

Terbaru pertubuhan badan bukan kerajaan yang tidak berdaftar secara sah itu telah menganjurkan satu forum bertajuk "Skandal Kapal Selam Buatan Perancis" di Ipoh, Perak 30 September lalu.

Walaupun badan itu kini sedang disiasat berhubung penerimaan dana asing yang ada kaitan dengan gerakan Yahudi-Zionis antarabangsa, namun Suaram mahu menunjukkan bahawa ia seolah-olah kebal dan mempunyai immuniti yang tebal untuk terus menjalankan kegiatan subversif.

Seolah-olah ia tidak takut kepada kerajaan kerana yakin ada kuasa disebalik operasinya yang mampu melindungi dan mempertahankan kebebasan untuk mencemar nama baik negara samada di dalam atau di luar negara.

Ini terbukti beberapa hari lalu apabila tiga orang ahli parlimen pembangkang - R. Sivarasa, Tian Chua dan Mahfuz Omar mengadakan sidang akhbar di ruang legar Parlimen berhubung isu Scorpene.

Mereka memaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini berada di Paris, Perancis untuk menyerahkan dua pucuk surat - satu warkah bagi menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan satu lagi bagi peguam yang mewakili Thales, anak syarikat DCNS, syarikat milik kerajaan Perancis yang membuat kapal selam Scorpene.

Tujuan Anwar berada di ibu negara Perancis itu adalah bagi menjemput ketiga-tiga peguam tersebut membuat taklimat kepada ahli-ahli parlimen terutamanya daripada pihak pembangkang mengenai kapal selam Scorpene.

Tindakan Anwar tersebut secara jelas mengesahkan hubungkait beliau dan pembangkang dengan Suaram.

Selama ini Suaram bertegas menafikan ia adalah sebuah pertubuhan bebas politik dan tidak ada sangkut paut dengan pembangkang tetapi kini hubungan keduanya tidak lagi boleh diselindungi.

Sahlah bahawa Suaram sebenarnya adalah apparat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan memburuk-buruk imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Hakikat bahawa Anwar kini berada di Paris selang beberapa hari setelah Bajet 2013 dibentang oleh Perdana Menteri menimbulkan syak wasangka yang menunjukkan ia adalah satu usaha yang terancang.

Ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada membicarakan tentang bajet pro-rakyat yang telah mendapat sambutan amat positif daripada setiap lapisan rakyat.

Ia juga bagi menutup perbincangan rakyat mengenai bajet palsu yang dibentangkan oleh Anwar dua hari sebelum pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Rata-rata rakyat menolak bajet alternatif pembangkang yang tidak mempunyai elemen baru tetapi hanya merupakan kitaran semula isu-isu lapuk yang sudah tidak relevan dan sesuai dengan perkembangan ekonomi negara yang terkini.

Anwar takut jika tidak ada isu baru yang boleh diketengahkan untuk menyerang Perdana Menteri maka tembelang pembangkang akan terbongkar.

Maka beliau perlu mencari satu isu yang boleh hangat diperkatakan dan Scorpene adalah sasaran yang sesuai pada pandangannya.

Namun strategi ini meleset sama sekali kerana isu Scorpene tidak lagi aktif dibicarakan oleh sistem perundangan unik Perancis.

Ini kerana mahkamah negara itu hanya menjalankan siasatan berhubung syarikat DCNS samada ada wujud unsur rasuah dalam urusan jual beli kapal selam tersebut oleh kerajaan Malaysia.

Apabila dakwaan rasuah tidak mampu dibuktikan, pembangkang mengubah jalan ceritanya dengan cuba menggaitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dengan Perdana Menteri dan isterinya pula.

Langkah ini juga mendedahkan bahawa tindakan Suaram membawa isu ini ke mahkamah Perancis adalah bermotifkan politik dan bukannya untuk memperjuangkan keadilan atau hak rakyat negara ini.

Pembuktian bahawa Altantuya tidak tahu bertutur bahasa Perancis serta tidak ada bukti rekod imigresen Perancis bahawa wanita itu memasuki negara tersebut sekali gus meranapkan premis dakwaan Suaram dan pembangkang yang selama ini bergantung hidup kepada pembohongan itu.

Namun demi melaksanakan agenda tuan asing yang memberi sokongan kewangan, Suaram terpaksa meneruskan juga siri fitnahnya walaupun setiap hari berlalu semakin terserlah penipuannya.

Begitu juga dengan Anwar yang begitu setia menjalankan arahan Soros dan rakan-rakan Yahudi-Zionisnya di Washington.

Bagi pelopor gerakan Yahudi-Zionis, jika Anwar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia pada pilihan raya umum ke 13 nanti, beliau perlu mengikut segala rentak dan program yang telah diatur oleh mereka untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Begitulah hebatnya Anwar menjadi hamba Yahudi-Zionis sehingga sanggup menjual maruah, agama dan bangsa sendiri demi mencapai cita-citanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Abai Rukun Negara, Patuh Ikrar Royalti


Dalam majlis Ceramah Mega Sempena Konvoi ROYALTI Ke Putrajaya yang di adakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa malam lepas, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dilihat turut mengangkat tangan ketika ikrar menyokong tuntutan royalti minyak untuk Kelantan dibacakan.

Majlis tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI), sebuah NGO proksi PAS yang baru 4 bulan ditubuhkan khusus untuk menyokong usaha propaganda PAS dalam memanipulasi sentimen kenegerian dikalangan rakyat Kelantan.

Bagaimanapun sasaran penganjur yang mahu melihat lokasi ceramah dipenuhi lebih 20,000 hadirin nyata tak kesampaian apabila majlis tersebut hanya menarik perhatian sekitar 2,000 orang sahaja.

Anwar dan pimpinan utama PR yang hadir selaku tetamu khas di majlis itu, selain menyampaikan ucapan, mereka juga turut sama melafazkan ikrar sokongan dengan suara lantang tanda penghormatan selain menunjukkan iltizam mereka untuk merealisasikannya.

Suasana itu tampak jauh berbeza ketika Anwar menghadiri sambutan malam kemerdekaan ke-55 selaku tetamu khas majlis anjuran kerajaan negeri Selangor tempohari. Ada kontradiks dan keraguan timbul bila dibandingkan dengan majlis anjuran Royalti.

Malam itu, tika ikrar Rukun Negara dilafazkan dan para pemimpin PR serta hadirin yang lain mengangkat tangan sambil mengikuti bacaan ikrar, Anwar pula bukan sahaja diam membisu malah untuk mengangkat tangan tanda menghormati Rukun Negara pun tak terdaya dilakukannya.

Khalayak umum melihat ketidak patuhan Anwar pada malam itu seperti sengaja mahu mengabaikan penghormatannya kepada Rukun Negara yang telah menjadi kunci kesejahteraan rakyat sejak ia diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970.

Seakan bacaan Rukun Negara begitu asing bagi Anwar, sedangkan umum mengetahui sebagai rakyat Malaysia wajib bagi kita menghormati Rukun Negara yang mengandungi 5 prinsip asas tersebut dan adalah satu kewajipan untuk kita mengangkat tangan semasa ianya dibacakan.

Hanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan dan Raja-Raja Melayu sahaja yang terkecuali dari mengangkat tangan semasa ikrar Rukun Negara dilafazkan kerana satu daripada prinsip Rukun Negara itu turut merujuk pada kedudukan baginda sendiri. Dan Anwar bukannya seorang Raja atau Sultan, hatta darah keturunan raja pun tiada.

Anwar kelihatan senang hati patuh menghormati ikrar royalti dengan bangga tangan diangkat setinggi-tingginya, malah sewaktu acara memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh Beng Hock dulu pun Anwar tertunduk-tunduk hormat tanpa terdetik olehnya perasaan was-was dari segi akidah keIslaman, apakah pula yang menghalang Anwar dari menghormati Rukun Negara?

Atau sememangnya Anwar terasa janggal dan kekok untuk menghormatinya kerana 5 prinsip Rukun Negara itu, yakni "Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan", agak tidak cocok dengan aliran dan pembawaan politik luar tabienya?