Khamis, 22 Mac 2012
Pembangkang memang hipokrit dalam isu Lynas
Cukup menjengkelkan dan hairan kenapa DAP bersungguh-sungguh menentang penubuhan jawatan kuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Balok, Pahang.
Parlimen ialah tempat wakil-wakil rakyat bersidang, di mana lagi tempat yang sesuai untuk menggambarkan sama ada rakyat menyokong atau tidak penubuhan kilang tersebut kalau bukan di Parlimen?
Mereka berjaya mengumpul orang ramai-ramai, angkut naik bas ke Kuantan dan kemudian sembang besar kata rakyat membantah penubuhan Lynas. Walhal berapa ramai orang di situ dibanding dengan rakyat Malaysia sehingga nak diiktiraf perhimpunan itu mewakili suara rakyat? Lain lah kalau di Parlimen, itu baru betul mewakili suara rakyat.
Jadi tak hairan kalau dilabelkan DAP takut kebenaran mengenai Lynas ini terdedah kepada umum. Maklumlah, sudah banyak pembohongan yang dilemparkan DAP lanjutan dari penubuhan kilang Lynas ini, sudah tentu mereka tidak mahu dimalukan dengan perbahasan mengenai kebenarannya di Parlimen pula.
Sudah sampai masanya rakyat disedarkan bahawa mereka sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh DAP dalam soal penubuhan kilang Lyans ini. Sudah sampai masanya tembelang DAP ini dipecahkan, dan sudah sampai masanya juga dalang di belakang bantahan DAP ini didedahkan kepada umum.
Secara ringkasnya beginilah. Bantahan DAP adalah mewakili gabungan pengeluar nadir bumi di negara asal nenek moyang mereka yang berasa terancam dengan kehadiran Lynas. Kelompok inilah yang selama ini mengawal pasaran, bakal terjejas dengan teruk dengan kehadiran Lynas dan DAP menjadi ejen mereka di Malaysia untuk membantah penubuhan Lynas.
Jangan salah faham, ini bukan tentang persaingan harga. Produk nadir bumi yang bakal dikeluarkan Lynas adalah jauh lebih mahal daripada harga yang dikeluarkan negara pengeluar yang memonopoli pengeluaran ya sekarang. Tapi ini tentang kualiti dan kesannya kepada alam sekitar yang lebih memihak kepada produk keluaran Lynas serta memudahkannya menembusi pasaran Eropah.
Yang kita didendangkan kononnya bantahan ini ada kaitan dengan alam sekitar dan sebagainya tu hanyalah cubaan untuk mengalihkan perhatian dari motif sebenar.
Kalau nak kira radioaktif, radiasi dan nuklear, lebih baik Fuziah Salleh yang diperalat kan DAP itu mengadakan bantahan di loji nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi. Kebetulan Bangi juga adalah Fuziah Salleh bermaustatin, bukan di Pahang. Itu baru betul isu nuklear, yang di Lynas ini bukan kilang nuklear pun hanya kilang kimia biasa.
Kenapa Fuziah tidak mengadakan demonstrasi di situ atau Himpunan Hijau yang digebang hebat sangat tu?
Sebab Fuziah bukan tahu apa benda, dia hanya diperalat kan parti cauvanis cina DAP, atau nampak sangatlah isu ini bukan berkenaan alam sekitar tapi mengelakkan periuk nasi nenek moyang pemimpin DAP di Tanah Besar sana terjejas olehnya. Iu belum lagi kita bercakap tentang sokongan ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli yang juga seorang pakar nuklear ke atas pembinaan Lynas di Malaysia.
Ini bukan ahli Parlimen BN pun tapi PAS dan beliau turut sama membantah penipuan dan pembohongan yang dilemparkan partinya sendiri serta rakan gabungan dalam Pakatan Haram, DAP mengenai Lynas ini dengan ilmu, bukan retorik.
Tuan tuan, ini belum lagi DAP jadi kerajaan atau sebahagian dari kerajaan Malaysia, DAP sudah sanggup menjadi alat negara luar untuk mensabotaj ekonomi negara kita. Bayangkan lah kalau mereka sudah jadi sebahagian dari kerajaan besok. Isu ini sebenarnya lebih besar dan bersifat perkauman dengan DAP menjuarainya. Yang bodoh-bodoh macam Fuziah Salleh dan Khalid Samad ini hanya nampak duit dan kuasa sehingga sanggup diperalat kan DAP.
Sebab itu penulis dimaklumkan semalam, yang hebat membantah di Parlimen adalah ahli Parlimen DAP. Kenapa mengapa? Rujuk lah fakta di atas.
Salman Rushdie, Anwar & PKR Serasi Bersama
KEHADIRAN
Anwar Ibrahim di India Today Conclave 2012 (ITC 2012) mudah untuk di
fahami kerana objektif penganjuran forum India Today Conclave itu
sendiri yang memperjuangkan kebebasan bersuara agak serasi dengan aliran
pemikiran Anwar yang diketahui umum agak liberal.
Kebetulan ataupun sememangnya sudah tersurat sejak
azali, Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie kemudiannya berkongsi majlis
tersebut yang berlangsung di New Delhi, India pada 16 & 17 Mac 2012.
Salman Rushdie dikenali umum selepas buku karangannya The
Satanic Verses secara terbuka menghina sejarah hidup Nabi Muhammad
s.a.w yang mengundang kemarahan & bantahan di seluruh dunia Islam.
Antara isi kandungan buku itu ialah;-
- Salman menulis, wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran
- Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah
- Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
Tatkala
Anwar Ibrahim selesa menjayakan ITC 2012 bersama-sama Salman Rushdie,
lain pula halnya dengan bekas pemain kriket popular Pakistan, Imran Khan
yang mengambil langkah berbeza.
Imran Khan yang juga pemimpin pembangkang Pakistan
tegas dan tekad memboikot acara tersebut sebagai tanda bantahan
langsung di atas penyertaan Salman Rushdie ke ITC 2012.
Pendirian
itu bagaimanapun mengundang cemuhan Salman Rushdie apabila
menggambarkan Imran Khan sebagai tindakan ahli politik yang bakal
menjadi pemimpin diktator.
New Delhi, March 17: Writer Salman Rushdie, the author of the controversial "The Satanic Verses", Saturday evening hit out at Pakistan politician Imran Khan describing him as a "dictator in waiting" at the India Today 2012 conclave in the capital.- Salman Rushdie, Author of The Stanic Verses -
Namun demikian dalam satu undian internet di tribune.com.pk,
reaksi positif umum menyebelahi Imran apabila lebih 70% menyokong
ketegasannya mengasingkan dirinya dari majlis yang turut membabitkan
Salman Rushdie.
Pandangan ramai yang menyokong Imran Khan itu
menunjukkan majoriti khalayak umum khususnya umat Islam, tidak pernah
mengambil mudah atau melupakan saja penghinaan yang pernah dilemparkan
oleh Salman Rushdie terhadap Rasulullah s.a.w dalam buku karangannya The
Satanic Verses.
Najeeb Kashgari Hina Rasulullah S.a.w
Pada
pertengahan Februari lepas, Najeeb A Kashagari seorang wartawan warga
Arab Saudi telah ditangkap di KLIA, kerajaan Barisan Nasional (BN)
kemudiannya mengambil langkah segera menghantar pulang semula ke
negaranya untuk menghadapi pendakwaan menghina keperibadian Rasulullah
s.a.w.
Najeeb, juga dikenali sebagai Hamza Kashgari dalam
twitternya dilaporkan memperlekehkan keperibadian Rasulullah s.a.w
melalui beberapa penyataan yang jelas menghina & merendahkan
martabat Baginda.
On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more.On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more.On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you.
Tindakan penghantaran pulang Hamza ke Arab Saudi bagaimanapun mengundang
kecaman pembangkang khususnya dari PKR apabila melabelkan langkah
tersebut sebagai melanggar hak asasi manusia & melanggar
undang-undang.
“Penghantaran pulang itu menyalahi undang-undang, tidak
mengikut Perlembagaan Persekutuan dan satu tindakan kejam. Tindakan itu
terlalu tergesa-gesa seperti mahu mengelak daripada proses undang-undang
Malaysia”.- N Surendran, Naib Presiden PKR -
“Ini
sekali lagi merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau mempunyai
setiap hak untuk membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas”.- Fadiah Nadwa Fikri, Aktivis PKR & Lawyer for Liberty -
Serasi Bersama
Dalam
isu Najeeb A Kashagari dan Salman Rushdie, kedua-duanya memiliki
aliran pemikiran yang hampir sama, agak liberal dan begitu kritikal
terhadap keperibadian Rasulullah s.a.w.
Sedar atau tidak, dalam isu membabitkan kedua-dua
individu tersebut, baik Anwar mahupun PKR seakan memandang sepi
penghinaan yang pernah dilakukan oleh individu terbabit.
Anwar
tidak kekok bersama-sama Salman Rushdie menjayakan majlis yang
berorientasikan pemikiran liberal dan terbuka, manakala pemimpin PKR
yang lain lebih mengutamakan hak asasi Najeeb A Kashgari berbanding
penghinaan yang dilemparkan terhadap Rasulullah s.a.w.
Titik temu di antara Salman, Kashgari, Anwar dan
pemimpin PKR yang lain ialah semangat liberalisme yang tersemat di hati
masing-masing.
Corak pemikiran mereka bebas dan liberal. Pendek kata mereka semua serasi bersama.
Jambatan Utama Kamunting rosak perlu tindakan segera
Gambar A |
Gambar B |
Jambatan tersebut adalah satu-satunya jambatan yang menghubungkan bandar Taiping dengan Batu Kurau dan taman-taman perumahan serta 3 buah sekolah.
3 buah sekolah ialah Sekolah Menengah Teknik Taiping, Sekolah Kebangsaan Bukit Jana dan Sekolah Menengah Bukit Jana.
Sebagai langkah sementara pihak PBT telah membuat lencongan melalui taman perumahan yang mempunyai sebuah jambatan. Jambatan itu pula tidaklah segagah jambatan yang rosak. Jambatan tersebut telah dibina oleh pemaju projek perumahan untuk kenderaan ringan sahaja.
Sewaktu cuti sekolah selama seminggu ia tidak menampakkan masalah. Kini setelah 3 hari persekolah TM menerima banyak rungutan dari penduduk sekitar yang berharap satu tindakan segera diambil oleh kerajaan.
Apa yang merisaukan penduduk ialah keselamatan kanak-kanak yang menunggang basikal ke sekolah kini terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya. Kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya ialah mereka yang menunggang basikal ke sekolah yang disebut di atas dan juga kanak-kanak yang berjalan kaki ke Sekolah Kebangsaan Taman Jana yang tidak jauh dari laluan sementara.
Seperkara lagi ialah keadaan jambatan yang dibina oleh pemaju adalah tidak mampu menanggung kenderaan besar seperi bas dan lori. Sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini satu tindakan perlu segera dilakukan .
Cadangan TM ialah meminta pihak tentera membina jambatan sementara bagi menggantikan jambatan yang rosak sebelum pihak kerajaan membina jambatan yang baru. Lencongan yang ada perlu ditutup kerana ia membahayakan.
Terdapat satu bulatan kecil yang dibina oleh pemaju kini sudah musnah oleh lori dan bas yang membuat pusingan di kawasan yang sempit.
Harapan TM ialah YB. Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor menteri di Kementerian Kerja Raya dapat turun dan melihat keadaan ini segera dan berbuat sesuatu,
Langgan:
Catatan (Atom)