Jumaat, 8 November 2013

Karpal Cakap, Kit Siang Nafi. Karpal Mana Pi? 

 
Kita melihat Karpal Singh mempunyai satu tugas khas di dalam DAP iaitu 'mencari gaduh' dengan PAS. 
 
Tugas ini mudah iaitu beliau hanya perlu membuat kenyataan kontroversi yang menyentuh sensitiviti umat Islam bagi memberi peluang PAS untuk menempelaknya sekadar untuk menunjukkan yang parti itu memperjuangkan Islam.  'Pergaduhan' ini pula akan diperbesar-besarkan dan berlarutan bagi mengambil ruang di dada akhbar sehingga isu-isu lain yang lebih besar dilupakan. 
 
Kali ini, Karpal Singh memilih untuk mengacah PAS mengenai nama parti itu dan hakikat bahawa parti itu adalah parti Melayu-Islam.  Menurut Karpal, parti berasaskan agama dan kaum adalah merbahaya dan tidak patut wujud di negara ini yang bermasyarakat majmuk.  'Bahaya' di sini adalah merujuk kepada ekstremisme dan potensi untuk mencetuskan ketegangan agama dan kaum.
 
Karpal mungkin lupa bahawa parti DAP lah yang bertanggungjawab mencetuskan tragedi berdarah iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 walaupun parti itu mendabik dada sebagai parti berbagai kaum.    
 
Karpal nampaknya hanya ingin menguji air sungai PAS yang tenang.  Hasilnya, air itu hanya berkocak sedikit sahaja kerana tiada pun buaya di dalamnya.  Sebagai respon, PAS hanya merungut dan mengecam kenyataan Karpal dan kemudian duduk kembali mengira-ngira langkah ke 'syurga'. 
 
Sebaliknya, UMNO yang turut terasa apabila parti 'kaum' dibangkitkan, telah menyerang balas Karpal dengan persoalan mengenai kewujudan 'sekolah perkauman' yang diperjuangkan DAP.   
 
Seperti yang kita tahu, adalah pantang sekali bagi DAP apabila sekolah vernakular disentuh.  Jelas, serangan balas dari UMNO itu telah gagal dijangka oleh Karpal, dan beliau kini membisu seribu bahasa. 
 
Bagi menyelamatkan Sekolah Vernakular dari menjadi sasaran, Lim Kit Siang pantas tampil menafikan kenyataan Karpal.  Katanya, media tersalah lapor, media sengaja memutarbelit dan media menipu kerana Karpal tidak pernah berkata demikian. 
 
Penafian ini turut disiarkan oleh Kit Siang di dalam blognya sebagai kenyataan rasmi. 
 
Hairan sekali, ke mana kah Karpal pergi?  Kenapa beliau tidak boleh menafi sendiri?  Kenapa orang lain yang perlul menafi bagi pihaknya?  Benarkah kenyataan beliau diputarbelitkan?  Atau hanya Kit Siang yang memberikan alasan demikian? 
 
DAP nampaknya telah tersilap strategi apabila cuba memprovokasi PAS dan UMNO sekali gus.  PAS mungkin berjaya diacah, tetapi UMNO tidak sebodoh itu untuk membiarkan DAP bercakap semahu-mahunya sesuka hati.  Negara ini ada undang-undang dan perlembagaan dan undang-undang dan perlembagaan itu telah terbukti baik dan tepat dalam menjamin kesejahteraan kita semua. 
 
Keberkesanan undang-undang dan perlembagaan itu terletak di atas sikap toleransi yang tinggi di kalangan rakyat negara ini terutama kaum bumiputera. 
 
Kaum bumiputera telah memberi kaum minoriti hak untuk membuka sekolah perkauman, maka sebagai balasan kaum minoriti wajib menerima kewujudan parti perkauman.  Kita juga memberi kaum minoriti hak untuk mengamalkan agama masing-masing dengan kemudahan dan pembangunan yang perlu, maka kaum minoriti wajib menerima kewujudan parti keagamaan. 
 
Negara ini berdiri atas sikap memberi dan menerima bukannya dengan sikap ingin membolot segala-galanya.  Justeru, Karpal perlu faham akan hal ini sebelum membuka mulut. 
 
Tidak hairanlah, Kit Siang cepat-cepat menutup mulut Karpal kerana bimbang sekiranya DAP ditekan sehingga terpaksa menjawab isu Sekolah Vernakular yang mana mereka tidak mempunyai alasan yang kuat untuk terus memperjuangkannya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mana Pergi Tabung Sumbangan Wira Lahad Datu, Kenapa Pas Senyap Sepi?

 

Bertempat di Sri Perdana, Putrajaya satu lagi majlis diadakan bagi meraikan waris kepada para perwira negara yang telah dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini. Majlis yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk memberikan bantuan tambahan bagi meringankan beban waris keluarga tersebut.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, balu kepada wira negara akan menerima sumbangan sara hidup RM800 setiap bulan, RM500 (anak di bawah 18 tahun) dan RM400 (ibu bapa kepada wira yang bujang).


''Anak mereka turut menerima sumbangan pendidikan secara bulanan iaitu RM200 kepada anak di peringkat prasekolah, RM300 (anak peringkat sekolah rendah) dan RM500 (anak peringkat sekolah menengah).


''Selain sumbangan berjadual, ahli keluarga wira juga memperoleh sumbangan sekali gus iaitu RM22,000 bagi keluarga wira yang terkorban, wira alami kecederaan parah (RM10,000), kecederaan ringan (RM5,000), ahli keluarga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (RM10,000)," katanya di sini hari ini.


Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan sumbangan Tabung Wira Negara kepada ahli keluarga wira yang terkorban dan pegawai yang cedera dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah.

 

Sejak dilancarkan pada 11 Mac lalu di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, Tabung Wira Negara berjaya mengumpul lebih RM3.2 juta hasil sumbangan daripada penjawat awam Persekutuan, negeri, badan-badan berkanun serta melalui tajaan lain.

 

Namun yang menjadi persoalannya sekarang ialah, kenapa sehingga hari ini masyarakat langsung tidak mendengar cerita mengenai Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dilancarkan pada 7 Mac oleh Pas. Senyap dan sunyi. Seolah-olah tabung tersebut langsung tidak wujud sama sekali.

 

Sedangkan sebelum ini lidah rasmi Pas, Harakah begitu hebat mempromosikan tabung tersebut yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia. Itu belum lagi diambil kira melalui kutipan derma yang dianjurkan sepanjang kempen 'road tour' mereka.

 

Malah menurut maklumat yang diterima, di akhir ceramah anjuran pakatan pembangkang, hampir setiap malam mereka mengedarkan 'karung duit' bagi mengutip derma daripada para hadirin yang hadir kononnya untuk membantu keluarga mangsa tragedi.

 

Masakan tiada sambutan langsung dari pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan Pas. Apakah isyarat senyap dan sunyi itu bermaksud kutipan tabung tersebut GAGAL mengutip walaupun RM10.00? Apakah ia bermaksud semua pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan Pas sebenarnya terdiri daripada mereka yang bakhil?

 

Sudah tentu tidak. Ini kerana Pas yang selama ini mendakwa sebagai pejuang Islam sudah tentu berjaya mendidik pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan mereka agar sentiasa bersifat pemurah.

 

Sekiranya Tabung Wira Negara anjuran kerajaan BN berjaya mengumpulkan RM3.2 juta, Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu anjuran Pas paling kurang tentu berjaya mengutip RM 4-5 juta. Ini kerana Pas yang sering mendakwa lebih Islam dari orang lain sudah pasti akan menyumbang melebihi mereka yang tidak berapa nak Islam.

 

Namun, persoalannya ialah ke mana GHAIBNYA semua sumbangan tersebut? Masakan kutipan yang sebegitu 'banyak' tidak dijalankan sebarang 'audit'? Apakah tiada satu pun jawatankuasa pemantau yang menguruskan tabung tersebut?

 

Masyarakat perlu mendesak agar parti menjawab semua persoalan dan kekeliruan yang dibangkitkan ini. Atau setidak-tidaknya pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan yang telah menyumbang melalui akaun seperti yang pernah dipromosikan oleh Harakah.

 

Kesimpulannya sekiranya sumbangan derma tersebut 'masih ada' Pas WAJIB menyerahkan kepada mereka yang berkenaan. Ini kerana sebagai sebuah PARTI POLITIK yang kononnya berpegang kepada DASAR ISLAM, sudah tentu mempunyai golongan ulama yang tahu akan hukum memakan harta anak-anak yatim.

 

Bukanlah niat untuk menuduh Pas telah 'memakan' jumlah kutipan tabung tersebut, hanya ingin meminta penjelasan bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.