Selasa, 17 Januari 2012

PAS sudah hilang maruah

Anwar sokong Gay



KUALA LUMPUR 17 jan – Pas dilihat mengambil sikap berdiam diri berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin melakukan perubahan terhadap undang-undang membabitkan hubungan sejenis di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Masjid Tanah, Amiruddin Yussof berkata, sehingga kini tidak ada satu pun pemimpin Pas yang bersuara mengenai perkara itu, mereka sebenarnya khuatir sebarang kenyataan yang dibuat boleh memberi impak kepada parti itu sama ada di kalangan penyokong mahupun rakan sekutunya terutama PKR.

“Jalan selamat yang adalah berdiam diri, mereka kini dalam keadaan serba salah `diluah mati mak, ditelan mati bapa’. Sebarang kenyataan boleh memberi kesan, mereka kini terperangkap dengan kenyataan itu.

“Isu seksual membabitkan hubungan sejenis adalah isu sensitif, apa yang berlaku ini jelas menunjukkan Pas sahaja sudah hilang taring dalam memperkatakan isu membabitkan agama, malah mereka sebenarnya takut,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya, mereka tidak mahu `pisang berbuah dua kali’ seperti apa yang berlaku kepada bekas pesuruhanjaya Pas Selangor, DatukDr Hassan Ali yang lantang mengkritik Anwar sehingga tidak disenangi oleh pemimpin PKR dan DAP

“Pas seharusnya berani bersuara, teruatama apabila bercakap isu yang membabitkan agama, sebagai sebuah parti yang berlandaskan Islam, Pas harus mempertahankan apa yang benar dan menegur apa yang salah, tetapi sebaliknya yang berlaku.

“Apabila ada di kalangan pemimpin mereka yang bercakap bertentangan dengan agama dan norma kehidupan, Pas membisu seribu bahasa, mereka bagaikan mengiakan, sedangkan ketika berceramah mereka beria-ia bercakap mengenai Islam dan agama

“Ini jelas menunjukkan Pas kini ibarat sudah dicucuk hidung, takut untuk bercakap walaupun perkara itu salah, kenyataan yang bertentangan dengan Anwar boleh dipinggirkan oleh DAP dan PKR, sedangkan hakikatnya Pas kini terpaksa bergantung hayat dengan kedua-dua parti yang majoritinya orang bukan Melayu dan Islam,” katanya.

Amiruddin yang juga ADUN Air Limau, Melaka mengingatkan rakyat supaya menyedari dengan penipuan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang yang bertopeng ideologi masing-masing hanya untuk mendapatkan sokongan sedangkan realitinya mereka ini hanya pandai bercakap dan mencapai cita-cita peribadi ketuanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, semakin hampir pilihan raya, semakin terserlah sikap dan pendirian pembangkang yang kononnya ingin menjadi juara, sebab itu apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan, ditentang oleh mereka walaupun itu adalah untuk kebaikan rakyat, berbeza apa yang dilakukan oleh mereka, di mana mereka akan berusaha mempertahankan sesuatu walaupun perkara itu salah.

“Apakah negara kita harus dibiarkan dipimpin oleh parti atau pemimpin yang tak punyai pendirian, sanggup menghina negara dan sanggup mendiamkan diri serta membiarkan begitu sahaja walaupun perkara itu bercanggah dengan agama dan norma kehidupan manusia,” ujarnya.

-MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan