Malah sekiranya di teliti, semakin hari semakin ramai golongan akademik yang telah tinggalkan Anwar. Maka tinggallah geng bodoh dan fanatik tak tentu pasal sahaja di dalam PKR. Kawan-kawan yang suatu ketika dahulu sanggup sehidup semati sudah mula menjadi "musuh"nya.
Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengatakan, beliau memahami kenapa Profesor Datuk Dr Sidek Baba mengambil masa yang lama untuk meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana, menurut Tun, beliau juga mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk mempercayai segala dakwaan ke atas Anwar sebelum mengambil keputusan untuk memecatnya pada 2 September 1998. Jadi sebagai golongan intelektual, Dr Sidek telah dilatih untuk membuat kajian dan penyelidikan yang mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan yang tepat.
Bak kata pepatah Melayu, "tak kenal maka tak cinta, kalau tidak kenal, susah nak cinta dan masa itulah keburukannya baru kita nampak. Menurut Dr Sidek, Anwar hanya pandai bercakap tapi takde tindakan. Malah ketika rakyat berbilang bangsa sama-sama majukan negara, Anwar Ibrahim singlehandedly mahu hancurkan negara.
Walaupun pernah ditahan ISA pada September 1998, namun sokongannya terhadap Anwar pada masa itu tidak pernah goyah. Namun apabila Anwar dituduh melakukan liwat II pada tahun 2008, telah menyebabkan beliau mula mencari jawapan dengan menemui orang-orang yang pernah bersama dan meninggalkan Anwar.
Akhirnya selepas tiga tahun mengkaji dan bertanya orang-orang yang dekat dengan Anwar, beliau menbuat keputusan untuk menjarakkan diri dengan pemimpin 'Anugerah Tuhan' itu. Kesimpulan yang ditemui oleh Dr Sidek ialah ada sesuatu yang tidak kena pada intergriti Anwar.
"Saya mahukan Malaysia ini dipimpin oleh tokoh yang mempunyai integriti. Tetapi kalau kita tampilkan imej yang tercalar mungkin orang luar, kuasa-kuasa luar boleh menjadikan asas ini sebagai peras ugut. Apa lagi orang dalam pakatan pembangkang. Jadi, saya percaya, banyak pihak tahu apa yang berlaku. Cuma tidak berani menyampaikan kepada khalayak kerana banyak faktor."
Malah Anwar sendiri pernah berpesan untuk menjadi pemimpin, sesorang itu mesti bersih dan kelihatan bersih. Maka adalah tidak salah Dr Sidek menjadikannya sebagai asas untuk mencari kebenaran dan pendirian di kalangan 28 orang yang pernha rapat dengan Ketua Umum PKR itu.
Berikut adalah senarai mereka yang telah meninggalkan Anwar :
1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)
2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang rahsia Anwar).
3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman Reformasi, orang yang menubuhkan PKR dan paling dipercayai oleh Anwar)
4. Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan antara penggerak utama Reformasi)
5. Fairus Khairuddin (Bekas ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru & Pengerusi PKR Pulau Pinang)
7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim, bekas Peguambela kes-kes peribadi Anwar dan pejuang kes Anwar diracun arsenik dan penceramah kes-kes anti-murtad)
8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah Pantai 1999, dan bekas Presiden Majlis Peguam)
9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan, Ketua Penerangan PKR dan Otai Reformasi)
10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
11. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia)
12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ketua AMK Johor) .
14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau).
15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas).
16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).
17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).
18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
I. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
II. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
III. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
IV. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
V. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
VI. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
VII. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
VIII. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
IX. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
X. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
XI. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
XII. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
XIII. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
XIV. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
XV. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
XVI. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
XVII. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
XVIII. Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)
XIX. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001, Pemimpin ABIM dan WAMY, menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga Ruslan Kassim.)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan