Isnin, 6 Mei 2013

Cina tolak tepi slogan 1 Malaysia

Najib dengan nada kecewa dan marah menyebut chinese tsunami malam tadi. Apa pun Najib menghormati proses demokrasi di Malaysia. Itu hak mereka untuk memilih wakil mereka dan kerajaan mereka.

Oleh yang demikian MCA dan Gerakan perlu mengeluarkan laporan terperinci menyatakan sebab kegagalan mereka.

MCA dan komponen lain yang kalah teruk juga janganlah menerima jawatan menteri atas tiket senator. Mereka haruslah menunjukkan rasa kecewa mereka kepada pengundi. Selagi Najib memberi kerusi Senator dan jawatan dalam kabinet selagi itulah sikap pengundi Cina tidak berubah.

Di Taiping, TM cukup sedih apabila pengundi Cina menolak Tan Lian Hoe dan Soo Kay Ping, dua tokoh ini cukup berkalibar pun ditolak oleh pengundi cina, tetapi menerima orang yang tidak buat kerja dan kuat menfitnah untuk menang buat penggal kedua.

BN kini boleh berbangga di kawasan kampung dan pedalaman. Contohnya Larut semua menang, mereka dipedalaman Sarawak dan Sabah semua menang.

Oleh itu segala peruntukan dan pembangunan boleh diberikan kepada kawasan mereka.

Lupakanlah mereka dibandar yang tidak tahu bersyukur.

Kesedaran remaja Melayu sebagai pengundi masih kurang, anak-anak muda cina awal-awal pagi sudah berbaris panjang untuk mebgundi bagi pihak DAP.

Untuk 5 tahun akan datang Najib wajar menukar slogan 1 Malaysia kepada istilah lain seperti 1 bumiputra atau lain-lain yang sesuai.

Untuk maklumat selanjutnya Sangkakala Jari 9 ada butirannya.

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/05/melayu-kena-tipu-dengan-cina.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. 1. Lihat posting Bro Syed ini Bro. Saya orang Taiping yang merantau sanggup balik berbelanja sendiri kerana dah tahu ini kali Cina akan banyak defect.

    2. Walau di Kedah Mertua, bini saya semua sokong PAS, tp di Perak tak sanggup lihat perkara 2008 terjadi lagi.

    3. Saya tahu trend ini, kerana bersahabat baik dgn bekas Timb Pengerusi MCA Kedah.

    4. Malang kepada rakyat jika UMNO salah pilih pemimpin, kerana UMNO yang akan bawak amanah dan agenda utk Islam dan negara. Ahli2 UMNO jangan berpurus asa, walau tak ada jawatan jangan biar prinsip tergadai. Istiqamah sahaja, InsyaAllah berjaya.

    BalasPadam