Rabu, 19 Disember 2012

PKR semakin kekeringan modal

Kelmarin heboh saentero Malaya kerana PKR mempertikaikan kisah seorang pegawai tinggi polis membeli sebuah rumah pangsa kos rendah di bandaraya Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi apartment di Taman Miharja Jalan Lok Yew ke arah Cheras.

Perumahan tersebut wujud sejak tahun 70an lagi dan terus bertambah unit atau blok hingga akhir 90an.

Ia adalah projek swasta dan bukan projek DBKL. jadi sesiapa pun boleh beli rumah tanpa sebarang syarat.

Seperkara lagi ialah nilai rumah ketika itu sangat murah dan pegawai berkenaan pun masih berpangkat bawahan dan syarat lulus pinjaman ketika itu juga amat rendah. Bukan seperti hari ini, seorang pegawai kerajaan pangkat biasa pun boleh beli rumah yang harganya lebih RM 500 ribu, dahulu pada tahun 70an dan 80an tak sampai RM 100 ribu pun.

Bab beli rumah kos rendah dan sederhana, ramai juga ahli politik pembangkang yang membelinya. Kenapa tak pergi siasat.

Malah di Taiping satu ketika dahulu ada wakil rakyat duduk di rumah awam atau rumah murah, tak ada orang bising pun, sebab oarang tahu bahawa rumah tersebut di beli semasa dia jadi orang biasa, gaji pun ciput dan bila jadi wakil rakyat dia kekal duduk di rumah awam sehinggalah bersara dan meninggal dunia.

Apapun blog eddyjugak ada butirannya tentang kisah bodoh PKR ini.

http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/12/kenapa-pkr-bodoh-sangat-rakyat-beli.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan