Beliau menegaskan nama parti tersebut hanya menunjukkan demokratik walhal DAP katanya adalah sebuah empayar perniagaan milik keluarga.
"Itu adalah parti sendirian berhad, hanya keluarga tertentu memiliki 'kekebalan' dan 'kroni' mereka untuk terus berkuasa dalam parti.
"Adalah retorik paling besar jika mengatakan DAP adalah parti berbilang kaum untuk semua," katanya.
Beliau turut menyindir slogan Malaysian Malaysia sekadar penyedap bagi terus mengaburkan mata rakyat Malaysia yang sebenarnya parti yang didakwa parti berbilang kaum ini masih didominasi oleh satu kaum.
"Rakyat akan terus dikaburi dengan slogan retorik ini sedangkan perjuangan mereka sekadar menjurus kepada kekeluargaan sahaja," katanya.
Sebelum itu, bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut menegaskan ideologi Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP selama ini hanyalah retorik sahaja.
"Saya pernah membawa beberapa isu yang melibatkan orang Melayu, namun pemimpin DAP tidak boleh menerima isu-isu tersebut serta tidak ikhlas menerima orang Melayu dalam parti yang didakwa berbilang kaum itu.
"DAP masih belum bersedia untuk terima Melayu dalam kepimpinan parti mereka. Apa yang dikatakan hanya cakap-cakap kosong sahaja.
Tidak perlu tipu orang lagi khususnya orang Melayu. Orang Melayu tidak bodoh. Memang tidak ada Malaysian Malaysia itu," katanya kepada pemberita.
Pada pemilihan CEC lalu, kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk.
Ekoran dengan kritikan pelbagai pihak mengenai ketiadaan calon Melayu dalam CEC, satu keputusan baru dilakukan dengan melantik dua nama sebagai anggota baru terdiri dari naib Pengerusi Dr. Ariffin Omar dan Timbalan Setiausaha Publisiti Zairil Khir Johari dilantik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan