Ahad, 24 April 2016

Kecuaian Penulis Ucapan Punca Kemelut MB Terengganu Dan Istana?

Sehingga kini pelbagai spekulasi dan andaian dibuat mengenai kemelut yang melanda negeri Terengganu melibatkan Menteri Besar dan pihak Istana.

Semakin jauh andaian yang dibuat, semakin terlupa kita akan puncanya kemelut tersebut berlaku.



Ada pihak yang mendakwa punca berlakunya kemelut ini dikhabarkan kerana teks ucapan yang dibacakan oleh MB Terengganu dalam Majlis Kurniaan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan pada Jumaat lalu.

Teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Besar Terengganu dilihat sebagai memperkecilkan pemberian YDSM berbanding sumbangan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Teks ucapan Menteri Besar yang kebiasaannya dipertanggungjawabkan kepada TSIS dan FELO, sebuah badan pemikir dibawah Kerajaan Negeri Terengganu dikatakan telah mencetus kemurkaan DYMM Tuanku Sultan.

Dalam situasi mana-mana pemimpin sekalipun bertungkus lumus bekerja demi kesejahteraan rakyat, pastinya wujud tangan-tangan ghaib yang akan mencuba sedaya upaya menjatuhkan mereka. Malangnya Ahmad Razif juga tidak berkecuali dari serangan-serangan ini.

Pastinya lebih menakutkan dan tidak mustahil jika serangan ini merupakan perbuatan pihak dalaman yang menunggu masa yang sesuai untuk mengheret pihak istana sekaligus dalam kancah perebutan kuasa sesama sendiri.

Pendapat menyatakan, Ahmad Razif hanya ingin menghabiskan teks yang telah disediakan untuknya, lebih-lebih lagi dalam sebuah majlis bersama Sultan. Memandangkan setelah semakan, fakta dan figura di dalam teks adalah tepat sehinggakan pihak protokol juga tidak menemui sebarang kesilapan.

Walaubagaimanapun, sisipan ‘mancis’ juga telah diletakkan dengan begitu teliti dan dijarakkan sehinggakan tiada sesiapa pun yang akan sedar fakta dan figura tersebut sebenarnya mampu mencetus sebuah kemurkaan.

Jika kenyataan sehalus ini tidak mampu disedari sesiapa setelah melalui beberapa peringkat semakan, maka siapakah yang telah menggores ‘mancis’ tersebut kena pada tempatnya bagi mencetuskan kemurkaan DYMM Tuanku Sultan Terengganu?

Menurut sumber-sumber rapat dengan pemimpin kanan Umno Terengganu memberitahu berlaku sedikit kesilapan tanpa disedari oleh menteri besar yang membacanya.

Semoga DYMM Tuanku Sultan Terengganu yang mulia lagi bijaksana dapat menilai kerja keras yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu dalam menjaga kesejahteraan rakyat di Negeri Terengganu dengan baik sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar.

Penulis percaya tuanku adalah seorang yang bijak dan bertimbang rasa dan percaya kemelut ini boleh diselesaikan dengan segera.
SUMBER DARI MYKMU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan