Khamis, 17 Mei 2012

Umno tidak membela Melayu

Anti Melayu


Dalam satu ceramah politik oleh Nga Kor Ming Ahli Parlimen Taiping dan Adun Pantai Remis di padang permainan Kamunting Jaya Selasa lalu, beliau dalam ceramahnya menyebut " Umno tidak membela orang Melayu". Selain Nga, ceramah yang dianjurkan oleh Pas turut menjemput Mat Sabu dan Sivakumar sebagai penceramah. Ceramah yang sarat dengan pembohongan disambut oleh laungan 'takbir' oleh penyokong Pas.

Persoalan pokok ialah hujah Nga bahawa Umno tidak membela orang Melayu , pemimpin Umno hanya menjaga kroni sahaja, rakyat menderita kerana barang naik, Umno korup dan negara akan bankrup di bawah Umno. 54 tahun rakyat ditipu oleh Umno dan Umno tidak memberi apa-apa faedah kepada rakyat. Itulah inpati dari ucapan Nga,

Orang Pas juga tidak ada bezanya dengan ideologi Dap. Pas juga terkenal dengan pembohongan bersiri sejak tahun 50an lagi manakala Dap dalam era 60an.

Pas langsung tidak berterima kasih akan usaha kerajaan pilihan rakyat yang berjaya membangunkan negara sejak merdeka. Pembangunan insan menjadi agenda utama kerajaan, dasar pendidikan negara dan dasar ekonomi baru telah berjaya mengangkat maruah orang Melayu.

Melayu berjaya dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan, menghapuskan buta huruf, meningkatkan taraf kesihatan dan banyak lagi.

Anak-anak orang Pas juga berjaya dalam kehidupan mereka berkat daripada usaha yang diilhamkan oleh kerajaan tetapi segala usaha tersebut tidak dihargai malah mereka mendakwa segala bantuan yang kerajaan berikan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Wang yang diberikan oleh kerajaan juga dilabelkan sebagai wang rakyat, bukan wang Umno.

Oleh yang demikian segala usaha keras kerajaan Barisan Nasional tidak dinilai oleh Pas. Pas tetap dengan ideologi mereka, "Kerajaan bagi apa pun ambil, undi tetap Pas" . Ini lah yang menyebabkan Nga Kor Ming lebih naik minyak dalam ceramahnya.

Kalau Melayu Pas sudah tidak tahu bersyukur dan berterima kasih, maka amat mudah bagi Nga Kor Ming menuangkan minyak ke dalam api.

Nga Kor Ming pun berjaya dalam bidang pendidikan peringkat universiti adalah kerana jasa kerajaan Barisan Nasional, jika tidak dia tak merasa menjejakkan kaki ke universiti kerana beliau datang dari keluarga miskin.

Wahai orang Pas, tak malu kah bila Nga Kor Ming mengutuk bangsa Melayu, di mana letaknya maruah orang Pas bila Nga Kor Ming mengkritik pemimpin Melayu dan raja-raja Melayu?

Dalam satu ceramah sebelum ini, Nga menyatakan kepada kaum Cina di Taiping bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai sebuah negara baru yang menggunakan sistem republik dan kuasa raja-raja dihapuskan. Yang peliknya kata-kata Nga dipersetujui oleh segelintir pemuda Gerakan dan Mca, maklumat ini dimaklumkan oleh seorang di Taiping 3 minggu lepas.

Kerajaan yang memerintah ialah kerajaan Barisan Nasional dan ditunjangi oleh Umno. Rakyat telah memberi mandat setiap 5 tahun sekali untuk mengurus tadbir negara ini dan BN telah berjaya melakukannya dengan baik.

Kini di bawah YAB Dato Seri Najib Tun Razak, telah mengambil satu pendekatan baru iaitu Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Oleh itu kerajaan sanggup turun padang untuk mendapatkan maklumat yang terus dari peringkat bawah. Segala tuntutan rakyat diteliti dan hasilnya ialah kerajaan meletakkan 9 KPI yang perlu dilaksanakan segera.

Oleh itu hari ini kita dapat melihat Kedai 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, BR1M dan pelbagai-bagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat. Tidak kah itu membela rakyat?

Hanya yang dungu sahaja tidak mensyukuri nikmat yang Allah sahaja yang menafikan pemberian dan bantuan kerajaan. Oleh yang demikian, tuduhan Nga Kor Ming merupakan satu tuduhan sampah yang wajar dibakul sampahkan seperti mana buku jingga yang telah di tong sampahkan oleh Dato Ahmad Maslan.

3 ulasan:

  1. Nak kata tu la dia pi jumpa Pok Nik hari tu. Dia pegi minta izin pok Nik nak hina Melayu dan Islam..gitu rupanya, fikir juga sbb apa dia pegi jumpa pok nik

    BalasPadam
  2. Kerajaan DAP Pulau Pinang, bela Melayu tan mana dimana tang Pulau Pinang?

    BalasPadam
  3. walau apa pun, wahai melayu, jangan bagi kor ming dan gerombolannya ( macam komunis pulak )berkuasa selepas pru13 nanti. hapuskan kor ming dan gerombolannya dari politik tanah air kita. mereka ni mengamalkan politik yg paling kotor didunia!

    BalasPadam