PAS bertambah goyah gara-gara seorang Khalifah
‘Negara Berkebajikan PAS kini tanpa hukum hudud‘, Malaysiakini melaporkan semalam.
Konsep ‘Negara Berkebajikan’ PAS yang dilancarkan presiden parti Abdul Hadi Awang “langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud”.
Presiden PAS seolah-olah kembar seiras seorang mantan presiden Umno dalam sifat ‘selective amnesia’ yang dikongsi mereka berdua.
Tuan Guru lupa akan Amanat Hadi yang pernah dikeluarkan dirinya sendiri:
“Kita menentang dia [Umno] ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah”.
PAS juga tidak ingat lagi kepada Dokumen Negara Islam yang dirangka parti itu pada tahun 2003.
Dokumen tersebut menyatakan:
“Dengan perlaksanaan hukum Allah swt, termasuk Hukum Hudud, maka akan amanlah masyarakat dari perbuatan jenayah seperti yang dijanjikan Allah swt dalam al-Qur’an.”
Chandra Muzaffar memberitahu forum hudud tempoh hari bahawa Ustaz Fadzil Mohd Noor telah bercadang untuk membentangkan hudud di Parlimen sebagai ‘private member’s bill’ pada tahun 1999. Chandra menyandang jawatan naib presiden parti Keadilan pada waktu itu.
Katanya orang kanan PAS telah berjaya memujuk presiden PAS tersebut untuk menangguhkan hasratnya mengadakan hudud demi mengelak daripada tercetusnya konflik ketika negara di ambang pilihanraya umum.
Ustaz Fadzil akur lalu menarik balik bill hududnya, kata Chandra.
Tuan Guru Hadi Awang menjejaki langkah membatalkan hudud yang diambil oleh pemimpin yang digantinya itu atas alasan negara sekali lagi berada di ambang pilihanraya umum.
Beliau mengetepikan hudud sungguhpun Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 diluluskan sewaktu beliau Menteri Besar negeri pantai timur itu.
Usaha menentang hudud ialah modal politik bagi MCA. Pengumuman kelmarin oleh Hadi Awang bahawa buku hijau PAS memendamkan hasrat partinya untuk melaksanakan undang-undang hudud (buat masa ini) akan berjaya menumpulkan asakan MCA terhadap DAP.
Dengan MCA kehilangan senjatanya ini maka lagi kuatlah DAP.
Namun bagaimanakah tindakan PAS menyimpang dari perjuangan dan tunjang ideologinya akan disambut ahli-ahli parti?
Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi berkata baru-baru ini pada Oktober 23:
“Menerima dan melaksanakan undang-undang Islam adalah sebahagian daripada tuntutan aqidah Islam yang mesti ditunai oleh setiap individu muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt.”
PAS kewalahan memberi jawapan kepada penyokong-penyokong tegarnya kenapa Umar Lim sementelah sudah dinobatkan Khalifah masih lagi menolak undang-undang Islam.
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
BalasPadam