LIMA 2011 telah pun menutup tirai, kehebatan peralatan perang udara dan laut nampaknya biasa sahaja ceritanya. tetapi yang hebat diperkatakan ialah apabila bloggers dan ahli politik pembangkang dipelawa untuk menyertai pengalaman menyelam bersama kapal selam KD Tun Razak.
Selain Lim Guan Eng dan dua orang kuatnya Prof Dr Ramasamy dan Dr Mansor , bloggers Papa Gomo dan Big Dog telah menulis pengalaman mereka bersama KD Tun Razak. Bukan saja mereka yang naik, ada lagi blogger atau pengamal media sosial yang diberi peluang menyelam tetapi mereka belum lagi menceritakan pengalamn mereka.
Nampaknya pembangkang menghentam Zahid Hamidi kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan bloggers terutama Papagomo.Papagomo juga nampaknya telah memberi penghargaan yang istimewa kerana ucapan Zahid dalam penggulungan PAU yang mana beliau Zahid mengiktiraf bloggers dan pengamal media sosial yang lain seperti facebookers dan twitters sebagai barisan hadapan Umno yang berperang di medan tempur menentang keganasan bloggers pembangkang yang berjaya mengurangkan 2/3 suara BN di dewan rakyat.
Hari ini pengamal media sosial yang menyokong BN dianggap pecacai dan anjing belaaan Umno. Mereka lupa jika bloggers dan pengamal media yang menyokong Pas, Pkr dan Dap bukan sahaja anjing dan pecacai tetapi mereka adalah babi toyok kerana menyokong pembangkang membabi buta dan menutup pekung dan sengkela yang penuh dibadan mereka.
Bagi yang mengaku Islam pula sanggup bersifat munafik dan menfitnah pemimpin Umno. DS Najib, DS Jamil Khir dan Dr Zambry yang ke Mekah untuk menunaikan rukun haji pun difitnah oleh bloggers Pas. Tak cukup dengan cerita bohong, gambar Najib buat tawaf juga diedit dan ubahsuai kononnya bila Najib tawaf orang lain semua tak dibenarkan buat tawaf. Najib wikuf di Arafah dan twitter hukuf pun jadi isu konon Najib tak tahu rukun haji. Sedangkan kita semua tahu tak sempurna haji jika tidak wukuf di Arafah.
Setelah fitnah kerja haji , kini sasaran mereka ialah LIMA selepas NFC. Apa pula fitnah mereka selepas ini?
Razman Abdullah sepatutnya menjemput penggiat media Pas seperti Manjongmari, Otai Manjung, Tukar Tiub untuk turut menyelam bersama Papagomo dan Big Dog, baru lah mereka tidak bising. Ini sudah macam lagu kanak-kanak, ITIK BERTELUR, AYAM MENETAS.
HAHA!! Apa maksud peribahasa tu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan