Papagomo vs Anwar semakin hangat, dah masuk fasa takat degree mendidih.
Cuma nak tunggu, beranikah Anwar bawa kes ke mahkamah kerana video-video china doll yang dimainkan oleh PG
Anwar juga menyuruh balacainya menghentam papagomo dan ia termasuk penyokong tegar Anwar dari parti Pas.
Anwar nampak cerdik tetapi dengan PG kebohohan Anwar terserlah. Apa tidaknya, ia menguatkan lagi isu china doll.
Anwar tak berani saman PG kerana PG sudah ada alabi yang kukuh. Bila-bila masa sahaja rakaman video pengakuan china doll dapat didedahkan kepada umum.
Anwar takut untuk berdepan dengan PG dimahkamah, sudahnya Anwar menggunakan media tempur maya untuk mengalahkan PG.
Sayangnya semuanya sudah terlewat. PRU 13 semakin dekat. Anwar mengarahkan Bard (geli nak sebut cheguBard) untuk menggerakkan satu agenda baru ABU.
Menurut Bard ABU ialah sokong mereka Asalkan Bukan Umno, maknanya rakyat mesti sokong Karpal Sink, Lim Guan Eng, Elizabeth Wong, Adun Pas Selising, Adun Pas Perupok dan sesiapa saja Asalkan Bukan Umno.
Anwar mempunyai strategi baru dalam PRU 13 dengan meletakkan ramai muka baru. Wakil PKR yang ada hari ini 90 % akan digugurkan kerana mereka hanya calon tangkap muat. 2008 PAS , DAP dan PKR meletakkan calon sesuka hati kerana ramai yang tidak mahu bertanding kerana tidak ada wang deposit dan wang kempen.
Semua calon PKR kebanyakan guna wang sendiri, wang pkr hilang dan tiris ditangan orang-orang kanan Pkr.
Sebab itu bekas-bekas ahli PKR kebanyakan hidup mewah termasuk yang berada dalam parti KITA hari ini.
ABU adalah kempen yang tak laku bagi PKR. Hanya Pas akan megah dengan ABU.
PG menewaskan B.A.B.I. 5-0 setakat hari ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan