Isnin, 12 Disember 2011

BR1M dan e-kasih

Menteri Kewangan Kedua, DS Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, penerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak terima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Di dalam kenyataan di sini, Ahmad Husni berkata, mereka hanya perlu memohon bantuan RM500 itu dengan mengisi borang yang disediakan.

"Untuk makluman, mereka yang berada di dalam senarai e-Kasih adalah secara automatik layak untuk menerima BR1M," katanya. Ahmad Husni amat kesal dengan kesilapan fakta dan laporan berita mengenai bantuan itu yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily hari ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan