Selasa, 10 April 2012
Fakta PTPTN
PTPTN membolehkan lebih ramai pelajar memasuki IPTA dan IPTS.
Pelajar yang lulus kelas Pertama Sarjana Muda akan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman, dengan ertikata lain pinjaman bertukar menjadi biasiswa.
Setakat hari ini sejumlah RM 339 juta telah dilupuskan kerana mereka lulus cemerlang.
Mereka yang dikecualikan ialah seperti berikut, pelajar Cina 8818 orang, Melayu 2347 orang, India 456 orang, Bumiputra Sabah 50 orang, Bumiputra Sarawak 34 orang dan lain-lain keturunan 11 orang.
Kenapa ramai pelajar Cina berbanding pelajar Melayu? Jawapan ada pada anda.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bala Dari Mongolia Menghempuk Kepala Anwar
Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya.
Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.
Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.
"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Malaysia tak pinjam dari IMF
Kerajaan hanya meminjam dari Bank Dunia berjumlah hampir RM 8 bilion dan sudah selesai bayarannya tahun lepas.
Kerajaan juga meminjam dari Asian Development Bank pada tahun 1968 hingga 2002 dan berbaki RM 372 juta sahaja untuk dilangsaikan.
Kesemua pinjaman tersebut bermula pada tahun 1965 adalah bertujuuan untuk pembangunan dan membasmi kemiskinan serta meningkat taraf hidup orang melayu khususnya yang ketinggalan jauh daripada penduduk bandar yang rata-ratanya bukan melayu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MCA Intensifies Road Show To Reach Out To More Voters
MCA secretary-general Datuk Seri Kong Cho Ha said, state MCA liaison committees would organise programmes as part of the party's preparation at divisional level to gear up for the coming general election.
"It is an ongoing programme that we started since last year. However, since the election is getting near, we're intensifying it and more MCA leaders will be involved in this programme, with most having been assigned with specific tasks," he said when contacted today.
He said, so far, the programme was held in Taiping (Perak) and Seremban (Negeri Sembilan), adding that it would be held in the coming weekend in Subang Jaya (Selangor).
During the road show, ministers, deputy ministers and state exco members from MCA will go down to meet the people through several programmes organised by the divisions. MCA contested in 40 parliamentary and 90 state seats during the last general election but performed badly when it won only 15 parliamentary and 31 state seats.
-- BERNAMA
We provide (subscription-based)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PM Pangku Kementerian Wanita Pun Jadi Isu
Perihal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memangku jawatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun boleh mereka jadikan isu dengan menggambarkan kononnya isteri PM, Datin Seri Rosmah akan menguasai kementerian tersebut secara tidak langsung.
Dengan kata lain, pembangkang cuba menanam keyakinan umum kononnya PM tidak mempercayai pemimpin wanita UMNO yang lain untuk mengambil alih jawatan Menteri yang sebelum ini dijawat oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Melihat kepada spekulasi yang digembar gemburkan oleh pemimpin pembangkang itu, ternampak jelas tujuan mereka hanyalah untuk merosakkan reputasi PM dan isterinya di mata rakyat.
Resam pemimpin pembangkang sejak dulu hingga sekarang rutin hariannya mencipta isu, misal kata kalau PM melantik Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim ke jawatan tersebut, mereka akan mengatakan PM menyebelahi Kamilia untuk menjatuhkan Shahrizat.
Jika Ketua Puteri UMNO pula dilantik ke jawatan Menteri, PM akan di tuduh sengaja menafikan hak pemimpin Wanita UMNO.
Apa saja langkah PM tentu saja akan dijadikan isu dan dispekulasikan mengikut kemahuan pembangkang sementelah pula tabie penyokong bawahan mereka ramai dari jenis makan bersuap tanpa soal jawab, lagilah mudah untuk terima buta tuli setiap isu yang dibangkitkan oleh pemimpin mereka.
Sedangkan semua maklum, langkah PM memangku sementara jawatan tersebut bertitik tolak daripada permintaan Wanita UMNO sendiri sewaktu perjumpaan tempohari bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan Pergerakan Wanita UMNO.
Sebenarnya, pemimpin pembangkang tahu apabila jawatan kementerian tersebut dipangku sementara oleh PM ianya akan meningkatkan semangat ahli Pergerakan Wanita UMNO untuk fokus pada gerakan menghadapi pilihanraya.
Tidak timbul isu Rosmah akan mengambil alih jawatan tersebut atau menguasainya secara tidak langsung, lagipun dalam sejarah UMNO mahupun BN tidak pernah sesekali melibatkan isteri dalam urus tadbir negara, negeri atau parti.
UMNO dan BN bukannya seperti PKR mahupun pun DAP yang menjadikan parti sebagai milik keluarga.
Dalam PKR, yang struktur partinya pelik dan luar tabie dapat kita saksikan bagaimana sang suami, isteri dan anak begitu menguasai parti semacam menguruskan syarikat milik keluarga sendiri.
Mana tidaknya, tatkala Ketua Umum PKR adalah Anwar Ibrahim, Presiden parti pula ialah isterinya, Wan Azizah dan anak sulung Anwar, Nurul Izzah pula dilantik sebagai Naib Presiden parti manakala Timbalan pula dipegang oleh kroni paling rapat, Azmin Ali.
Bukankah itu menunjukkan PKR adalah antara parti politik yang paling unik, pelik dan luar tabie di Malaysia dan kebetulan pula PKR tidak sendirian kerana DAP juga mempunyai tabiat sedemikian sejak sekian lama apabila ahli keluarga sendiri saja yang dipercayai untuk memegang jawatan tertinggi parti.
Lim Kit Siang yang sudah hampir 40 tahun menguasai DAP bukan sahaja telah meletakkan anak kesayangannya sebagai Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang malah menantu tersayangnya Betty Chew juga diberi kepercayaan mewakili DAP bagi DUN Kota Laksamana, Melaka.
Sementara itu, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan sejak 22 tahun lalu juga tidak sunyi dalam hal membabitkan keluarga dalam urusan parti dan kerajaan negeri. Menantu Nik Aziz, bukan sahaja telah dilantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) malah dalam percaturan untuk PRU akan datang juga sedang diura-urakan akan menjadi calon di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri.
Manakala anaknya, Nik Abduh pula pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) selama 8 tahun sebelum meletak jawatan pada Februari 2011 berikutan isu kroni anak menantu Nik Aziz dalam pentadbiran kerajaan negeri selain turut memegang jawatan dalam sayap kanan Pas sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat hingga kini.
Selain Nik Abduh, seorang lagi pemimpin Pas yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Nik Aziz ialah besannya iaitu Abdul Fatah Harun yang juga wakil rakyat DUN Bukit Tuku, Kelantan.
Tapi pernahkah isu nepotisme dan kronisme yang disebutkan itu menjadi isu hangat dalam parti pembangkang? Jawabnya tidak, kerana pembangkang seperti PKR, DAP dan Pas hanya pandai selak kain orang dan kerapkali lupa melihat dalam kain sendiri walau sebenarnya kain yang mereka pakai itu bukan sahaja koyak rabak malah seluar dalamnya bercompang camping, huduh kelihatan.
Pendek kata, disebalik spekulasi dan isu yang cuba pembangkang gembar gemburkan sekarang ini ianya hanyalah umpama kata dulang paku serpih, sibuk mengata orang diri mereka yang terlebih-lebih. Sibuk mengata pasal isteri PM, rupa-rupanya pembangkang terlupa yang merekalah sebenarnya adalah juara dalam hal-hal sedemikian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Fakta minyak yang disorokkan pakatan rakyat
1)Brazil negara ke 13 pengeluar minyak tetapi harga minyak dinegara tersebut dijual rm4.57. Sebagai perbandingan, malaysia di ranking ke 27 pengeluar.
2) Jumlah subsidi di malaysia adalah antara yang tertinggi iaitu sebanyak 2.4 peratus dari KDNK. Manakala brunei pula sebanyak 2.2 peratus sahaja dari KDNK. Sebagai rekod, KDNK malaysia adalah sebanyak rm682.66 billion manakala brunei jauh lebih kecil sebanyak rm 36.88 billion.
3) Negara2 arab yang merupakan anggota OPEC (pengeluar minyak) mempunyai harga petrol termurah kerana kadar pengeluaran petrol mereka melebihi kadar permintaan. Ini berbeza dengan malaysia kerana kadar permintaan di malaysia melebihi kadar pengeluaran. Malah, malaysia tidak layak menganggotai OPEC
Kesimpulan; ketika kuasa ekonomi seperti china terpaksa tunduk kepada realiti pasaran, malangnya terdapat segelintir diantara kita di malaysia ini kononnya lebih bijak dengan manabur janji dengan mencipta keajaiban "menurunkan harga petrol serta merta". Ini ditambah lagi dengan janji terbaru perlupusan PTPTN, tol dan lain2 akan diambil dari duit subsidi minyak. Apa yang pelik, walaupun janji mereka ini tidak berpijak di bumi yang nyata, berduyun2 rakyat termakan dengan janji2 tersebut termasuklah golongan2 terpelajar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 7 April 2012
Jumaat, 6 April 2012
'Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu'
Hahahahahaha!!!!!! Bekas penyanyi yang pernah hanyut ke laut kini masuk Pas kerana dijanjikan syurga..Paling best dia kutuk Dato Seri Sharizat Jalil.....
ka kakakakak Lawak betul si aisha ni...nak bercakap soal tanah resab melayu tetapi tak tahu fakta...lalu bertukar tajuk....lawak-lawak.....Goli telinga den nak dengar ekau cah....tak payah lah nak cerita buruk orang wahai ecah...diri ekau tu, kalau di bongkar dari A to Z malu nantiiiii
Nizar Dicabar Dedah Surat Bantah Projek Vale SA Di Teluk Rubiah.mpg
Azmin Ali berasap telinga sampai ke otak
Kata Azmin Ali, hanya orang yang buta dan tuli sahaja yang percaya akan dakwaan sedemikian. Terserlahlah betapa kasar dan biadab nya tutur kata seorang pemimpin nombor 2 dalam PKR apabila berdepan dengan isu yang menuntut penjelasan dan tindakan lanjut dari pihak bawahan atau akar umbi.
Betapa hinanya maruah dan taraf sebagai ahli PKR di mata Azmin Ali walhal permintaannya cukup mudah, tidak sukar difahami dan tentu saja ramai rakyat turut sama ingin mengetahui jawapan konkrit Azmin berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali.
Akar umbi Pkr cuma minta penjelasan lanjut dan langkah selanjutnya dari Azmin bagi mematikan isu pemilikan saham RM 2 juta lebih yang dibangkitkan oleh Hasan Ali tidak lagi dimanipulasi oleh lawan
Itu baru pegang jawatan kedua tertinggi parti tapi sikap Azmin sudah cepat melenting, biadab dan tidak menghormati ahli bawahan, tidak mustahil jika takdir membenarkan PKR memerintah Malaysia mahu lebih teruk dari itu jadinya.
Azmin agaknya terlampau syok sendiri hingga lupa dari mana jawatannya sekarang diperolehi.
Di saat pemilihan parti berlangsung, ahli bawahanlah yang dipuja dan dirayu bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden.
Malang bagi ahli dan penyokong PKR kerana terpaksa mendukung kepimpinan parti yang tidak tahu menghormati hak ahli untuk mendapat penjelasan yang meyakinkan.
Eloklah ahli dan penyokong PKR di Cabang Ampang serta seluruh negara fikirkan semula kedudukan mereka dalam PKR.
Tak payah buang masa berjuang dalam parti yang hanya hebat slogan demokrasinya tapi kosong pengisian dan praktikalnya.
Khamis, 5 April 2012
Sidang media Wan Azizah dan Shamsidar hanya lakonan sahaja
Menurut Umi, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai skandel Anwar Shamsidar. Dahulu mungkin orang sukar menerima cerita yang dibawa oleh Umi tetapi tahun lalu sewaktu Azmin membuat rumah terbuka hari raya puasa, hanya kelibat Anwar sahaja yang dilihat hadir ke rumah Azmin.
Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak kelihatan. Ini telah menimbulkan persoalan kepada ahli-ahli PKR dan pemimpin parti.
Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan ‘stunt’ tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Rabu, 4 April 2012
Turkey may raise gas prices by an additional 15 percent
Fakta sebenar ialah Turkey juga pengeluar minyak tetapi jumlahnya kecil dan 90% bahan bakar adalah diimport dari luar.
Turkey may raise gas prices by an additional 15 percent after raising them by 18.7 percent on April 1 to avoid losses at the state-run provider, Haberturk reported, citing unidentified Energy Ministry officials.
State-owned pipeline company Boru Hatlari Ile Petrol Tasima AS, also known as Botas, has been selling natural gas at a loss as oil prices rise and the lira depreciated against the dollar, the Istanbul-based newspaper reported.
The loss is estimated at about 350 million liras ($169 million) in the first three months of the year following a 1.3 billion liras loss in 2011, Haberturk said.
Energy Ministry officials had calculated before the April 1 price increase that Botas would need to raise the price at which it sells natural gas to Turkish consumers by 35 percent, Haberturk said.
To contact the reporter on this story: Benjamin Harvey in Istanbul at bharvey11@bloomberg.net
To contact the editor responsible for this story: Gavin Serkin at gserkin@bloomberg.net
Harga petrol di Turki sudah mencecah RM 8 seliter, harap Anwar dalam lawatan ke Turki dapat memberi formula agar harga bahan bakar itu dapat dikurang dan bawa balik idea itu ke Malaysia.
Hari ini Anwar menggunakan modal Petronas RM 90 billion setahun untuk agenda buku jingga. nak bagi guru RM 500, nak hapuskan PTPTN, Nak bagi gaji minima RM 1500 dan semua agenda dan perancangan Anwar adalah berasaskan RM 90 bilion itu.
Anwar ibarat seorang pekerja yang bergaji RM 1000 tetapi bercadang nak beli rumah dengan bayaran bulanan RM 1000 setiap bulan, beli kereta hybrid dengan RM 1000 sebulan , beli motorsikal dengan bayaran RM 1000 sebulan, makanan RM 1000 sebulan.. Itu lah ibarat yang paling mudah kalau kita dengar ceramah dia.... Tak ke gila nama nya tuuuuu.
Nizar Gila Terdesak Nak Jadi MB
Nizar memutar belit permohonan maaf DS Najib. Memohon maaf menjadi amalan orang Islam setiap hari terutama sebelum tidur. Nizar menfitnah Najib bila pula nak minta maaf, Nizar membohongi rakyat dan penyokongnya bila nak mohon maaf. GILA PUNYA NIZAR.
Masaallah, Nizar menghina Sultan Perak. sedangkan Baginda Sultan telah memberi arahan kepada Nizar agar melepaskan jawatan atau jawatan tu hilang secara otomatik
Nizar kata hanya seorang Hakim yang mengesahkan Dr Zambry menteri besar sah, tak percaya baca aritikel di bawah yang dipetik daripada Malaysiakini
Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.
Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.
Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.
Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.
Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.
BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.
Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.
Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.
Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry.
[Berita la
Senator Kaki Kelentong YB Yusuf Husin
![]() |
| Mangsa fitnah Yusof Husin dalam kes Tabung Memali |
![]() |
| Kesian Cikgu Non, kena fitnah dan dipecat oleh pemimpin Pas |
![]() |
| Masa Muda makan duit |
![]() |
| Masa tua, sebat duit tabung memali |
"DALAM PERISTIWA MEMALI SAYA DITEMBAK DIBAHAGIAN BELAKANG, PELURU MENEMBUSI BAJUNYA…DAN TEMBAKKAN KALI KEDUA MENEMBUSI BEG DUIT…TAPI SAYA MASIH SELAMAT….."
Ada ilmu kebal dari Siam kot.. ???
Siapa dia Yusuf Husin ini? Klik di sini
Selasa, 3 April 2012
Parti Pas sakit mental yang teramat sangat
Akibat sekian lama bersekongkol untuk menjayakan dasar liberal dan konon mahu menyama tarafkan semua warganegara setelah terikut gaya politik DAP, akhirnya PAS secara terbuka mengisytiharkan dasar perjuangannya kini tidak lagi mempeduli kan masalah murtad yang melanda segelintir orang Islam.
Bagi PAS, isu rasuah dan masalah pengundi hantu yang seringkali menghantui minda PAS jauh lebih utama jika nak dibandingkan dengan isu murtad. Maklum sajalah semenjak bertuhankan slogan 'negara berkebajikan', hal ehwal akidah umat hanya layak dipandang sepi dan dikesampingkan apatah lagi sensitiviti pengundi DAP lebih penting untuk difikirkan.
Teringat kisah dulu-dulu saat PAS amat sensitif dan pantang di cuit dengan masalah segelintir orang Islam yang tergelincir akidah, lantang sungguh pembacaan PAS tika itu. Pagi dan petang, siang juga malam berduyun-duyun penyokong PAS memenuhi gerakan anti murtad demi kasih dan cintanya nasib saudara seagama.
Tapi itu kisah dulu, hanya layak dikenang dan tidak lagi berguna untuk diungkit sebagai memori sebuah perjuangan. Saat ini matlamat menuju Putrajaya seperti yang diimpikan saban waktu itu teramat penting sekali jauh mengatasi kepentingan akidah umat.
Kata orang tua, lain hulu lain parangnya, lain dulu kenalah lain sekarang sikapnya supaya tidaklah dipandang serong oleh rakan sepakatan kiasu yang dah banyak menabur budi dan menjanjikan sokongan solid untuk Parti Islam Semalaysia.
Malang bagi sesiapa yang masih menyokong PAS saat ini kerana masih belum sedar tipu daya PAS yang selama ini hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik.









