Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah pinjam wang dari IMF atau International Monetary Fund seperti yang didakwa oleh Anwar.
Kerajaan hanya meminjam dari Bank Dunia berjumlah hampir RM 8 bilion dan sudah selesai bayarannya tahun lepas.
Kerajaan juga meminjam dari Asian Development Bank pada tahun 1968 hingga 2002 dan berbaki RM 372 juta sahaja untuk dilangsaikan.
Kesemua pinjaman tersebut bermula pada tahun 1965 adalah bertujuuan untuk pembangunan dan membasmi kemiskinan serta meningkat taraf hidup orang melayu khususnya yang ketinggalan jauh daripada penduduk bandar yang rata-ratanya bukan melayu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan