- In his campaign to become President of the US Barack Obama promised change, “time for change”, he said.
- He promised to close down Guantanamo Detention Camp.
- He promised to stop trials of detainees by Military Courts.
- He promised to pull out from Iraq and Afghanistan.
- And many more.
- Now four years into his first term he has failed to keep his promises.
- Guantanamo is still holding so-called terrorists; still torturing them. No military courts but no trials by civilian courts either.
- Instead of pulling out from Iraq and Afghanistan he approved a “surge” in the troops sent to this area. Later he pulled out some troops but American soldiers are still in the two countries.
- Making promises during campaigns for elections is easy. Keeping them is a different matter. The best hope is that people’s memory is short. They would normally forget the promises.
- Now the opposition in Malaysia have copied Obama and is promising change.
- Give them a chance they say. The BN has ruled this country for 55 years. It is time to change. They will change this into a welfare state. Everything will be free. No fees for education. No tolls. Large subsidy for petrol. 20% royalty to oil producing states etc.etc.
- The Socialist and Communist have tried this welfare state idea. They failed. Malaysia has no ideology. But the reality is that the Government needs money in order to develop the country and to subsidise living cost for the people. But when Government foregoes taxes, tolls and fees, it will have less money. But it will have to spend more on running an maintaining utilities, expressways, schools, operational and development cost, pension etc.
- So where does the Government get necessary funds?
- Borrowing is okay if the money is invested and giving a return. But borrowing money in order to just spend will lead to non-payment of debts.
- That’s what happened to Greece. It’s bankrupt now. The whole of Europe cannot put it back together again.
- Admittedly the BN has ruled this country every since independence. But look at the record and compare it with other countries which gained independence at the same time. Compare it even with the developed West. They are in deep financial trouble and try as they might, they have not been able to overcome the crisis.
- Remember 1997-98 crisis. The then Deputy PM and Minister of Finance tried the IMF solution without the IMF loans. Banks and companies were faced with the threat of bankruptcy from non-performing loans. Imports cost more. Cost of living shot up.
- The track record of the Minister of Finance then was bad although there is a fondness of claiming success brought about by other people as his success. PNB, UIA were part of the claim.
- Now as leader of the Opposition he is claiming to bring about change. What good change did he introduce when he was in the Government? All he was interested in was getting up the leadership ladder of UMNO in order to become Prime Minister. How he achieved his objective does not bear scrutiny.
- Five years to give a trial as Government is dangerous. Many things can be destroyed in five years. Besides the Opposition as Government will ensure there will be no return for the BN. Officers in the Government will be used to “gempar” (threaten) whoever tries to change Government.
- Already we see this person who claims to fight for free speech suing and resorting to the courts to shut the mouth of his critics. Other powers of the Government will be similarly abused. Nepotism and cronyism will be employed as indeed they are in the party he now heads.
- The record is there. Malaysians must not allow themselves to be hoodwinked as I was hoodwinked by the appearance of religious piety in the past.
- The BN has listened to the people and has changed many laws and policies. All that the people need to do is to urge the BN to carry out whatever change the people desire.
- Better the devil you know than the angel you don’t.
Jumaat, 24 Ogos 2012
Tun Dr Mahathir: Jangan percaya Anwar Ibrahim
PR Dan Janji-janji Syaitan
Kata beliau, ‘banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’.
Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali.
Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.
Beliau pastinya cukup arif mengenai ‘aspirasi’ pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF.
Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat. Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.
Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana. Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat?
Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut.
Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat.
Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera. Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini.
Apabila sudah di takluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini. Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR.
Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia.
Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata.
Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang. Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya.
Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai. Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan ‘percuma’ adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri.
Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga
Rabu, 22 Ogos 2012
Kedah Oh Kedah, Awat jadi lagu tu?
Awal-awal lagi disambut oleh kain rentang oleh Pas yang berselirat dan bersepah disemua punjuru. Bukan kecil anak pulak tu, semuanya makan ribu-riban sebiji harganya.
"Ish! Membaziaq betui lah orang Paih " dulu kerajaan BN naik sebiji sepanduk pun 7 hari 7 malam kena kutuk, kononnya membazirkan wang rakyat. La ni depa buat tak membaziaq ka?
Taman-taman perumahan pula dah jadi hutan, rumput tak pernah dipotong. Tapi yang peliknya Majlis Bandaraya Alor Star bagi tong sampah percuma kepada penduduk taman-taman perumahan, sedangkan rumput tak pernah diambil perhatian.
Nampak sangat Pas cuba merasuah penduduk dengan sebiji tong sampah, dengan harapan rakyat akan mengundi PAS lagi tahun hadapan.
Semua jejantas dan pintu gerbang pula penuh dengan kempen merdeka Sebadan, Senyawa, Sebangsat, Sekatil Sebontot yang meniru logo roh kudus dari agama Kristian.
Masa balik lalu kut Alor Star selatan, lain pula suasana, sampah hari raya menimbun tak dikutip. Flat sebelah kiri rumah toll buruk teramat-amat. Apa kah MB Azizan tak pernah ambil tahu tentang pangsapuri tersebut yang menyakitkan mata pelancong yang sampai dipintu masuk Kedah.
Bagaimana pun TM ucapkan terima kasih kepada kerajaan BN yang berjaya membangunkan Projek Lebuh Raya Utara Selatan.
Apa tidaknya, dengan adanya PLUS, TM dapat berziarah sanak saudara di sana pada hari raya. Jika diceritakan pada orang bahawa TM berhari raya di Kedah pergi dan balik hari yang sama 30 atau 40 tahun dahulu tobat lahum orang tak percaya.
Zaman dulu kalau nak ke Alor Star ambil masa 7 ke 8 jam. kalau nak cepat kena lalu kut Selama, Lunas, Karangan dan keluar kut Langgar baru dapat jimat 2 jam, tetapi berapa kerat yang berani redah hutan dan estet.
So, untuk PRU 13, Insyaalah rakyat Kedah akan memenangkan BN. Harap Pas, gelembong saja lebih.
Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 19 Ogos 2012
Solat Sunat Aidil-Fitri Masjid Jamek Kamunting
Majlis dimulakan dengan takbir. Takbir kali ini tidak lagi mendayu-dayu seperti zaman dahulu. Ia lebih keras dan lebih bersemangat cuma bila masa makmum menyambut ia kembali ke asal, mendayu-dayu dan sedih.
Sebelum solat dimulakan Pengerusi Masjid Tuan Hj Hassan Ali sekali lagi mengingatkan bahawa masjid sedang mengumpul dana untuk membina bangunan tambahan untuk pengurusan jenazah.
Menurut beliau ia bagi memudahkan penduduk rumah teres atau pangsapuri yang kesempitan ruang untuk menguruskan jenazah boleh disempurnakan di masjid seperti mandi, kafan dan solat. Oleh itu beliau mengharap anak-anak kariah dapat menghulur kan derma.
Projek seterusnya ialah pembelian kereta jenazah yang baru. Pihak masjid sudah pun memperolehi derma sejumlah RM 25 Ribu dan masih memerlukan sejumlah RM 75 ribu lagi untuk membolehkan masjid membeli sebuah van.
Dalam sepanjang bulan ramadhan berjaya mengumpul wang sebanyak RM 4 ribu dan menyedihkan apabila ada pencuri yang menceroboh masjid untuk mencuri barangan wanita dan juga tabung masjid setakat ini 10 tabung telah rosak.
Akhir sekali imam telah menyampai kan taklimat atau pesanan bagaimana niat solat dan tasbih yang perlu dibaca oleh makmum.
Cuma Imam terlupa untuk berpesan supaya makmum tidak meninggal kan masjid selepas solat, hari ini seperti biasa ramai juga yang balik selepas selesai solat tanpa mendengar khutbah.Imam juga lupa untuk meminta makmum meluruskan dan merapatkan saf sebelum solat dimulakan.
Khutbah hari ini ialah khutbah yang disediakan oleh Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. Tajuk khutbah ialah erti kemerdekaan dan impaknya ialah kita sebagai rakyat dalam hidup dalam suasana yang aman bahagia tanpa rasa gentar dan takut untuk beribadat.
Tidak seperti negara-negara lain, jemaah ditembak dan dibom semasa menunaikan solat sunat aidil fitri dan aidil adha. Oleh itu umat Islam perlu bersatu agar kita tidak dijajah semula oleh kuasa-kuasa asing.
Sekian/....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 16 Ogos 2012
Penyampaian bantuan raya oleh YBU Perak
Wanita Umno Bahagian Taiping turut menyampaikan bantuan kepada 50 orang warga miskin yang lain untuk memeriahkan sambutan hari raya tahun ini.
Turut berbuat demikian ialah Jabatan Hal Ehwal Khas telah memilih 10 warga miskin untuk diberi bantuan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 15 Ogos 2012
Hadi Awang hilang akal lagi tak lama lagi sasau terus
Lidah Hadi Awang umpama lidah ular yang cakap berbelit-belit. Beliau telah menuduh bahawa Umno memainkan isu hudud apabila hampir pilihan raya bertujuan untuk memecah belahkan rakyat. Pada hakikat sebenarnya Pas yang bercakap tentang hudud sepanjang tahun dalam ceramah dan tazkirah dalam masjid dan surau.
Pas menuduh Umno menolak hudud. Ini kenyataan Hadi Awang. Umno tidak menolak hudud tetapi menolak Hudud Pas yang dikemukakan oleh Hadi Awang kepada Tun Mahathir. Hudud Pas terlalu umum sama seperti hasil kerja budak tingkatan 1 kelas tercorot. Tidak lengkap nipis dan ringkas. Pas gagal menjelaskan prosedur yang perlu diambil terhadap penjenayah yang dituduh mencuri, Pas kata hukum mencuri ialah kerat tangan, tetapi Pas gagal menjelaskan bagaimana prosedur dijalankan.
Oleh itu Mahathir menentang hudud Pas, seperkara lagi ialah hukuman zina antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam, menurut hudud Pas, Lelaki bukan Islam tidak akan diambil tindakan tetapi wanita tersebut akan dijatuhkan hukuman mengikut hudud. Ini akan menyebabkan ramai bukan Islam akan menganiaya wanita Islam seperti mana yang berlaku di Bosnia, ramai wanita dijadikan mangsa seks oleh askar Serbia Tujuannya ialah untuk melahirkan lebih ramai anak Serbia melalui perut wanita Bosnia. Penginayaan kaum akan berlaku.
Di Malaysia hari ini ramai wanita Islam melahirkan anak-anak haram hasil hubungan dengan lelaki bukan Islam. Jika mengikut hudud Pas, ia ternyata tidak boleh diguna pakai.
Pas dalam ceramah juga hanya menyebut hudud sahaja tanpa menyentuh qisas dan takzir. Hari ini pihak kerajaan melaksana kan hukum takzir terhadap kesalahan jenayah. Kena Pas tak berani sebut tentang qisas dan takzir?
Ustaz Ismail Kamus juga dalam buku Fiqh langsung tidak menyebut tentang Hudud, Qisas dan Takzir, mengapa, adakah Ismail Kamus juga takut menghuraikan cara-cara perlaksaan hukum hudud? Atau Ismail Kamus kurang arif dalam perkara hukum hudud?
Jelaslah di sini Hadi Awang semakin pening dengan kerenah Dap dan Pkr yang menolak hudud. Oleh itu Hadi Awang memutar belit kan fakta konon Umno tolah hudud, Dap tentang hudud.
Hadi Awang jangan jadi biawak, Umno tidak melaksana kan hudud sebaliknya melaksana qisas dan takzir kerana keadaan masyarakat yang berbilang bangsa dan berbilang agama.
Kalau Pas benar-benar nak laksanakan hudud sila buat perbicaraan semula kes khalwat Mat Sabu dan Normah di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bharu. Juga ambil tindakan hudud terhadap kes china doll yang berzina dengan pemimpin pkr, ambil tindakan yang sama terhadap perusuh yang membuat kacau dan memukul polis dalam himpunan ganas Bershit 3.0.
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata perbezaan antara DAP dan Umno dalam soal hudud ialah DAP menentang hudud, manakala Umno menolak hukum tersebut.
Dalam satu artikel yang ditulis di Harakahdaily, ahli parlimen Marang itu berkata Umno selama 55 tahun memerintah hanya tunduk dengan undang-undang yang dicipta Inggeris dan memperlekehkan undang-undang hudud yang diperjuangkan PAS.
“Pada masa itu hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama.
“Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan ‘Hudud Pas’ atau ‘belum tiba masanya’ walaupun berlalu masa setengah abad,” kata pemimpin veteran PAS itu.
Beliau mengambil contoh apabila kerajaan Kelantan dan Terengganu meluluskan enakmen hukum hudud di dua negeri tersebut, kerajaan pusat yang ditadbir Umno-Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan undang-undang dan mendakwa dua negeri tersebut di mahkamah persekutuan.
“Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan Umno tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti.
“Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya Pas?” katanya lagi.
Katanya, DAP secara dasarnya menentang hudud kerana itu adalah prinsip yang dipegang oleh mereka, dan PAS berpegang kepada prinsip terbuka dengan mengadakan dialog antara dua parti tersebut.
Kerjasama antara PAS dan DAP, katanya lagi, mencari persamaan dan mengenepikan perbezaan.
“Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli Pas meminum arak dan memakan daging khinzir, maka Pas juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir.
“Perlembagaan Pas mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli Pas yang meminum arak dan memakan daging khinzir.
“Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli Umno yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.
“Begitulah nyatanya Pas tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang Pas menyatakan haknya.
“Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan Umno yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini.
“Berbeza dengan Umno yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad.
“Pas adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu Umno yang mudah lupa,” kata presiden PAS itu lagi.
Presiden PAS itu menambah, isu hudud ini cuma kitaran isu pilihan raya oleh Umno untuk melaga-lagakan rakyat untuk terus berkuasa.
“DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah Umno yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas.
“DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan Umno hilang akal,” katanya lagi.
PAS TERNYATA SEMAKIN BERSERABAI DAN SESAT.
Selasa, 14 Ogos 2012
Tazkirah Pas : Pemimpin Umno Rasuah?
Dia juga membentang kain di tengah-tengah masjid dan berharap jemaah dapat memberikan sumbangan dana akhirat dan derma jihad sekurang-kurangnya RM 10 seorang kerana banyak bangunan tambahan yang perlu diperbesarkan olehnya.
Setiap penderma boleh mewakafkan kepada arwah-arwah dengan menulis nama mereka.
Anak-anak yatim akan sentiasa berdoa untuk arwah.
Sambil itu beliau menyeru agar jemaah mengeratkan tali persaudaraan kerana didalam kubur nanti kita akan ditanya siapakah saudara kamu, oleh itu buatlah baik kepada sesama Islam. Seburuk-buruk orang Islam ia tetap saudara kamu. Yang ini best, kenapa Pas mengkafirkan orang Islam yang menjadi ahli Umno? Pas buat musuh dengan orang Umno yang majoritinya Islam.
Selain itu beliau menyeru agar Allah memenangkan parti Islam dalam pilihanraya akan datang, kita perlu menolak pemimpin rasuah, pemimpin yang membela kroni.
Contohilah negeri yang diperintah oleh kita yang bebas rasuah, bebas kroni, adil kepada semua kaum.
Hahaha! Oiii, kalau pemimpin Umno kaki rasuah sudah tentu bala Allah turun ke atas mereka, apa lagi ketika ini kebanyakan pemimpin Umno berada di tanah suci untuk melakukan umrah. Cukup mudah, Allah bayar cash kat depa.
Nak tanya ustaz ni, berapa kerat pemimpin Pas seperti Mat Sabu, Husam Musa dll yang menunaikan umrah pada ketika ini.
Mat Sabu dalam majlis Badar Al-Kubra di Taman Malawati berkata Umno kuat, tetapi sudah tiba masa Umno ruyup dan dok membohong isu Rafizi Lembu. Hai, dalam Pas kalau bercakap berpada-pada lah. Rentikan lah pembohongan dan fitnah, baik la pi buat umrah.
Teringin juga nak pi melawat pusat tahfiz dia, nak tahu juga adakah dia diantara orang yang menginaya anak yatim dengan memaksa mereka menjual cd, surah yasin, ubat-ubat kuat dan sebagainya.
Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 12 Ogos 2012
Sebangsa,Senegara,Sejiwa, lagi?
Mana significantnya slogan tersebut?
Slogan pakatan kunu dan mengundur ke belakang dan bukan dengan keadaan semasa atau menuju kehadapan.
Sebangsa, senegara dan sejiwa telah 55 tahun dipraktikan oleh BN, kini perkataan itu dirangkumi dengan perkataan "1Malaysia".
Slogan apa yang nak dibawa oleh Anwar?
BN lahir dengan slogan "JANJI DITEPATI" ianya cukup baik dan sesuai dengan keadaan semasa. Ianya sesuai dengan tuntutan agama Islam.
Sebagai contoh pembangkang yang menguasai Selangor boleh disahkan telah banyak mungkir janji.
Manifesto 2008 masih banyak yang tidak dilaksanakan.
Untuk menutup malu, banyak billboard yang mempamerkan janji-janji pakatan telah diturunkan satu persatu.
Mereka yakin ramai rakyat Selangor sudah lupa janji mereka tetapi kami tidak lupa, google juga tidak lupa.
Slogan yang sesuai untuk mereka ialah Sebantal, Sekatil, Setilam, Sebontot, Sejamban tetapi mimpi lain-lain, masing-masing takut lena sebab musuh adalah diantara mereka sendiri.
Pas takut Dap/Dap, Dap takut Pkr/Pas dan Pkr takut Dap dan Pas, takut dibunuh dalam tidur. Masing-masing tidak mempercayai satu sama lain.
Sekian,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ujian Allah dimuka bumi
Semua mangsa yang terperangkap menjadi panic dan ada yang cerdera kerana cuba menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin tingkap.
Pihak pembangkang ada juga yang cuba memburukkan keadaan dengan menyatakan gerabak senget dan mungkin terbalik dan terhumban ke bawah.
Semua gimik ini terus mencemaskan 183 penumpang yang terperangkap. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab mereka hendaklah mententeramkan semua mangsa yang terperangkap dan meminta bantuan agar segera bertindak dalam kerja menyelamat.
Hairan juga kenapa masa yang panjang diperlukan untuk menyelamatkan semua mangsa.
Pihak mana yang bersalah?
Adalah pihak pengurusan monorel kerana gagal bertindak cepat, atau kegagalan pusat kawalan 999?
Satu hal lagi ialah ia menggambarka betapa pentingnya sistem perkhidmatan awam seperti, LRT, Monorel dan sebagainya di Lembah Kelang.
Insiden semalam berpunca daripada muatan yang melampau sehingga train hilang upaya untuk terus bergerak.
Ia juga merupakan satu ujian kepada pihak pengurusan untuk mengawal had muatan dimasa akan datang.
Selain itu ia merupakan satu ujian Allah terhadap umatnya. Itu baru sedikit ujian, apa akan terjadi seandainya tren yang sedang bergerak dibawah tanah pada laluan Masjid Jamek ke KLCC terhenti tiba-tiba dan semua lampu terpadam?
Sekian .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bapa Benggali mahu Pas kunci mulut
Untuk pengetahuan bapa benggali, Pas tidak akan berhenti dan berganjak daripada bercakap tentang hudud.
Hudud lah satu-satunya modal Pas untuk meraih sokongan orang Melayu atau Islam supaya terus mengundi Pas. Walhal Pas telah terang-terang tidak akan melaksanakannya.
Kalau Pas betul-betul nak laksanakan hudup, mereka dah lama laksanakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Percayalah wahai bapa benggali, Pas hanya beretorik sahaja, so tak payah lah risau dengan hudud Pas.
Hari ini tok-tok guru Pas diarahkan untuk fokus tentang hudud dalam tazkirah terawikh, tazkirah zohor, tazkirah Jumaat dan lain-lain ceramah. Boleh dikatakan setiap hari isu hudud menjadi agenda utama mereka.
Cuma yang melucukan ialah perangai tok-tok guru munafik Pas tidak menyebut pun hukum lain seperti Qisas dan Takzir dalam ceramah mereka. Yang dok pusing dan diulang-ulang ialah Hudud.
Kerajaan BN menolak hudud, menolak hudud bererti menolak hukum Allah, menolak hukum Allah tempatnya ialah neraka.
Pas langsung tak sebut bahawa Pas telah bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud seperti yang dipersetujui oleh Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
Sepatutnya yang akan dihumbankan ke neraka jahanam bukanlah Umno tetapi Pas kerana mempermainkan hukum Allah di muka bumi, depan pengundi Melayu Islam mengaku nak buat hudud tetapi berdepan dengan kapir harbi Dap dan freemason Pkr lain pula cakap Pas.
Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 9 Ogos 2012
Ulama Pas kata tak salah kongsi kuasa dengan Kafir Harbi
Memang tidak salah dari sudut politik tetapi dari sudut agama ia salah. Tambahan lagi Pas sebuah parti yang kononnya memperjuangkan agama Allah dan ingin mempertahankan Islam.
Kenyataan Pas samalah kalau kita katakan orang Pas boleh makan babi dan minum arak. Ia tak salah, tiada undang-undang mana-mana negara pun yang melarang orang makan babi dan minum arak.
Hahaha! Pas semakin menyesatkan pengikutnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 8 Ogos 2012
Zunar membodohkan diri sendiri
Zunar terus mencetuskan kemarahan rakyat apabila menghina bendera Malaysia kononnya meniru bendera Amerika. Zunar lupa bahawa bendera Pas juga menyerupai bendera negara Jepun, cuma berbeza dari segi warna sahaja.
Pas boleh kata ia bukan tiru Jepun sebab Pas lukis bulan dan bukan matahari, tetapi Pas lupa bahawa matahari dan bulan amat berbeza dari segi saiz, mana mungkin saiz bulan sama dengan saiz matahari. Oleh itu saiz bulan pada bendera Pas sepatutnya lebih kecil mungkin sekecil syiling 1 sen. Itu baru betul.
Kini terdapat keghairahan Pas melukis banyak bulan dalam satu bendera. Apakah pelukis Pas sudah mabuk ganja? Mana ada bulan lebih dari satu. Hai! Bahalol sungguh Pas. Patutlah 60 tahun wujud tidak mendapat rahmat Allah.
Mengenai lagu Negaraku yang dikatakan sama dengan lagu Indonesia, wahai Zunar! Buka lah minda sikit. Buat lah kajian pergilah tanya Johari Saleh bekas pengarah muzik RTM tengoklah score muzik tu, sama ker?
Kepada Zunar, orang lain pun lukis kartun juga, tetapi otak mereka kreatif berjalan otak kiri dan kanan. Hang pula otak makin dungu. Makin penyu, makin lantun.
Kata jadi orang Pas yang Islamic tetap pasai apa perangai hang macam yahudi dan majusi yang busuk dan penuh dengan dengki khianat.
Hang septutnya ikut apakata Abby Abady, selagi Pas tak menang dan memerintah artis tak boleh berkarya. So eloklah hang tunggu Pas menang dulu. Tak gitu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 7 Ogos 2012
Jentera ICT PAS gabra dengan jentera Cyber Pro-BN
Pas terpaksa mengerah tenaga muda Pas untuk menangkis serangan musuh. Haaa, tu dia baru hangpa tau langit tinggi atau rendah.
Dulu sebelum 2008 bukan main hangpa balun Umno dan BN. Kali ni baru hangpa tau nooooo?
Hangpa tau ka, cyber trooper BN bukan semua ahli parti Umno. Kami hanya atas pagar yang melihat kemunafikan ICT Pas menfitnah BN dan Umno, kali ini kami gerakkan jentera kami untuk memusnahkan hangpa. Siap sedia laa, kami nak lenyek hampa jadi taik cicak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rafizi Ramli jilat ludah sendiri
Rafizi bertambah mental apabila mengaitkan nama Agong dalam isu Bafia, kononnya kalau Agong buat pendedahan, Agong pun akan didakwa.
Kemudian Rafizi kata, kerajaan sepatutnya melindungi orang yang membuat pendedahan untuk kebaikan. Maknanya Rafizi tergolong orang yang baik kerana berjaya mendedahkan akaun NFC demi untuk kebaikan rakyat. Oleh itu kerajaan tidak perlu dan wajib membatalkan pendakwaan ke atas dirinya.
Jom kita undur ke belakang sikit,
Rafizi pernah mengkritik dan mencela pihak yang mendedahkan skandal seks Anwar dengan china doll, skandal seks Azmin Ali dan lain-lain isu yang melanda kerajaan Pkr Selangor.
Sepatutnya Rafizi berterima kasih kepada mereka yang membuat pendedahan kerana ia perbuatan yang baik dan mendedahkan yang buruk.
Tak gitu wahai Rafizi?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kejayaan DLCW membanggakan negara
DLCW telah mengatasi kejayaan The Flying Doctor iaitu Tan Sri Dr Mani Jegathesan icon negara dalam Olimpik Rome 1960 dan Olimpik Tokyo 1964.
Dr M Jega hanya berjaya memenangi emas dalam Asian Games 1962 dan 1966 dengan masa terpantas 20. 9 saat untu acara 200 meter .
Kini DLCW menang 2 Perak dalam 2 Olimpik dan kemungkinan besar ini adalah pencapaian terbaik sebelum bersara. Tadi DLCW berkata dia akan terus berjuang sehingga 2014 dalam sukan Asia.
Jangan kita lupa bahawa persatuan badminton kita harus bertanggung jawab dalam krisis kejurulatihan, kegagalan pasukan beregu dan Razif Sidek telah mencabar agar semua kepimpinan BAM meletakkan jawatan segera.
LCW mungkin menang emas kalau tidak terganggu dengan masalah jurulatih dan kecederaan selepas terbuka England.
Cuma TM cukup marah apabila ada rakyat Malaysia dan ahli politik pembangkang yang memperkecilkan dan menghina kejayaan DLCW.
Kata pemimpin Hindraf, Malaysia hanya akan berjaya jika Pakatan menguasai Malaysia. Poorah chit, sampah, air, jalan berlubang, Unisel pun tak reti nak jaga , ada hati nak jadi juara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 6 Ogos 2012
Mayday-Mayday-Mayday Sharizat vs Rafizi( urgent)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Keling, Mamak, Mamu, Hindu, India dan ....
Mereka juga dipanggil mamak, mamu tetapi tidak pernah dipanggil hindu, sebab mereka bukan hindu, mereka beragama Islam cuma mereka berkomunikasi dalam bahasa tamil,urdu atau lain-lain dialek India.
Hindu pula biasanya dikhususkan untuk orang India yang bukan Islam tetapi penganut agama Hindu.
Orang Hindu juga marah apabila dipanggil sebagai Pariah. Pariah adalah kasta terendah dalam masyarakat India di negara asal mereka India. Pariah tidak boleh duduk atas kerusi, tidak boleh berkasut dan tidak boleh berjawatan tinggi.
Amalan kasta ini tidak diamalkan oleh orang India di Malaysia. Orang India bebas sebebasnya. Bertuahlah orang India yang menjadi rakyat Malaysia. Inilah punca coolie British dahulu enggan kembali ke India kerana merasakan kenikmatan menjadi warga tanah melayu.
Orang India selain beragama Islam dan Hindu terdapat juga satu golongan yang menganut agama Kristian dan nama mereka berlainan sama sekali dengan orang Hindu.
Berbalik kepada Kling, ada orang marah bila dipanggil Kling. Apa pun blog dhanyaraam ada butiran lengkap, Jom baca
http://dhanyaraam.blogspot.com/2012/06/keling-apa-tu.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 5 Ogos 2012
Akhirnya Surau Batu 4 Kamunting mendapat pembiayaan baik pulih

![]() |
| En Mohamad Desa bersalaman dengan Dato Mohd Zahir sambil diperhatikan oleh Dato Reza |
Usaha yang berterusan oleh En Muhammad Desa untuk membaik pulih surau dan kelas Kafa Surau Batu 4 Kamunting telah berhasil dan menampakkan kejayaan.
Hari ini Datuk Reza Pengurus Besar NCER yang juga orang Taiping telah tampil ke depan untuk membaik pulih surau tersebut. Terima kasih Datuk Reza.
Sukan Olimpik 2012 London haramkan rokok.
Rupa-rupanya pihak olimpik telah haramkan sebarang aktiviti merokok. Agaknya bilakah Stadium kita akan bebas rokok?
Sabtu, 4 Ogos 2012
London 12 menembak 50m
Hebat, sebab pada usia 49 tahun beliau tidak menggunakan cermin mata.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Iftar bersama Majlis Guru Besar LMS Perak.
Dalam ucapan ringkas Dato Shalimin, beliau menyentuh tentang sindrom lepas tangan di kalangan orang Melayu terhadap pendidikan dan sekolah. Orang Melayu menganggap apabila kerajaan menghapuskan sebahagian daripada yuran sekolah, bermakna segala-galanya adalah percuma.
Delima yang timbul di sekolah kebangsaan hari ini ialah kekurangan sumber kewangan untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti murid.
Apabila pihak sekolah memohon sedikit sumber kewangan daripada ibu bapa maka mereka mendiamkan diri dan enggan membantu kerana pada minda mereka segala-galanya adalah percuma.
Ia berbeza dengan sekolah cina, ibubapa sekolah Cina sangat komited dan bersedia menghulurkan wang ringgit asalkan ia untuk kepentingan anak-anak mereka dalam menjayakan aktiviti persekolahan. Mereka sanggup bergolok bergadai kerana bagi mereka pendidikan dan sekolah berjaya mengubah nasib bangsa mereka.
Dato Shalimin juga berkata, ibu bapa hari ini sanggup berbelanja besar kepada benda-benda lain seperti rokok, makan di restoran KFC dan sebagainya tetapi berat untuk menghulurkan RM 30 atau RM 50 kepada sekolah untuk faedah anak-anak mereka.
Di sebuah sekolah di Selangor, pihak PIBG telah mengenakan derma PIBG sebanyak RM 50 satu keluarga, dan ia menjadi bantahan ibubapa sehingga isu itu keluar dalam TV3.
Di sebuah sekolah Cina di Taiping, pernah diadakan program jamuan makan malam untuk mengutip dana sekolah dan pihak sekolah berjaya menjual 1500 buah meja dan paling minima sebuah keluarga menyumbangkan minima RM 150.
Inilah yang patut dicontohi oleh Melayu dan sekiranya masih enggan ia akan menjadi barah dalam masyarakat kita.
Janganlah berharapkan segala-gala percuma dan melepaskan tanggung jawab kepada kerajaan dan sekolah.
Kata YDP Majlis Guru Besar, En Habib Alipitchay, jika kita tidak berusaha keras dalam membantu anak-anak kita beliau risau satu hari nanti anak-anak kita masih ditakok lama dan gagal dalam persaingan untuk cemerlang dalam pendidikan dan gagal berbanding kaum lain.
Shalimin juga dalam penutup ucapannya telah menyumbang sebanyak RM 5000 untuk majlis guru besar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kitab lama tolak Umno, Pemuda Pas Gombak menipu
- apa nama kitab yg sebetulnya
- siapa pengarang kitab tersebut
- kenapa tak nak jawab kitab apa..??
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bandar Klang syurga pendatang
Kes Harta RM27 Juta Datuk Ramli Yusuff
ARKIB: Pendedahan! Anak Buah Mazlan Aliman Terima Durian Runtuh Felda
![]() |
| Kenapa tak pakai baju Bersih, tahu pun malu! |
Gambar diatas ialah Rahim B. Ahmad. Dia ialah Ketua PAS Cawangan Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Gambar ini diambil ketika majlis penyerahan 'Durian Runtuh' Felda pada 15hb Mei tempoh hari selepas diumumkan ini oleh PM kesayangan PAS.
Felda Bukit Ramun juga terletaknya rumah Mazlan Aliman. Kalau dah kata hometown pengkhianat no wahid Felda mesti ahli-ahli yang lain juga terpengaruh dengan dakyah Mazlan Aliman. Iyalah dah totok PAS mana ada yang betul dan baik apa yang dibuat kerajaan.
Inikan pula penantian nak buat hudud. Ceramah ke hulu ke hilir janji bagai..kertas nak tulis enakmen Hudud pun bo liaw. Langsung tiada yang tinggal laungan Takbir! sambil disahut kafir harbi.
Felda Bukit Ramun punyai gerakan kuat menyokong Mazlan Aliman. Apa saja yang disebut Mazlan itu adalah wahyu dari atas. Topik Felda takde duit dan BN nak samun duit Felda adalah chapter yang paling handal ditapau Mazlan. Bab ini Mazlan mendapat kredit yang tinggi.
Dalam mencanang gerakan membenci kerajaan dengan pelbagai idea, BR1M dan bantuan RM100 untuk sekolah budak-budak turut dicekau kelompok ini. Duit free sapa yang tak mahu. Masalah bersyukur atau tidak itu urusan dia dengan tuhan.
Inilah sindrom dalaman PAS. Ada saja idea untuk menipu bila termalu. Patutnya, kerajaan saring penerima bonus ini. Yang sanggup berbaring atas jalan pertahan kafir harbi baik tak payah bagi. Tapi Najib tak begitu pasal kenang wasiat arwah ayahanda.
Bagi samarata.
Bapak Benggali mahu Ketua Pemuda PAS Terengganu Dipecat
| Mohd Nor Hamzah |
MOHD Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung dipetik sebuah akhbar tempatan hari ini sebagai berkata “Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah liabiliti (kepada Pakatan Rakyat) dan oleh itu patut berhenti dari politik” (Quit as you’re a liablitiy, Karpal Told).
Semuanya lanjutan dari soal menegakkan hukum hudud yang timbul semula setelah Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Tantawi mendakwa Karpal sudah menerima hukum hudud semasa berdebat dengan Ketua Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Jahaya baru-baru ini.
![]() |
| Debat yang telah mendedahkan kelematan Pas |
Penulis sebetulnya sudah letih nak bercakap soal hudud ini. Tak tahulah nak berapa kali mesyuarat, nak berapa kali kenyataan akhbar perlu dikeluarkan untuk menjelaskan yang hudud bukan sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat.
PAS sebagai sebahagian dari komponen Pakatan Rakyat patut menerima ini (penolakan hudud) sebagai matlamat perjuangan, bukan masih berkeras itu adalah agenda mereka, Pakatan Rakyat tidak seharusnya masuk campur dan sebagainya.
Tapi sebaliknya berlaku isu hudud ini masih ditimbulkan, sehingga membawa kepada cabaran supaya Karpal berundur, apa semua ni?
Siapa Nor Hamzah untuk meminta pemimpin veteran DAP ini berundur? Berapa besarkah dia dibanding dengan Karpal? Tak silap penulis Nor Hamzah baru penggal ini sahaja menjadi ADUN, dibanding dengan Karpal yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Ahli Parlimen!!
Nampak sangat Nor Hamzah tidak layak untuk bercakap soal politik, apatah lagi meminta pengunduran Karpal.
Dia dan Nasarudin Tantawi adalah antara beberapa kelompok dalam PAS yang menjadi duri dalam daging berhubung isu hudud ini. Telah banyak kali dijelaskan oleh kepimpinan tinggi Pakatan Rakyat yang hudud bukan agenda, hudud tidak akan dilaksanakan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat, ‘ulat-ulat’ ini masih lagi bermain irama yang lama.
| Mohd Nor kritik bapak benggali |
Penulis tidak mahu cakap banyak, yang penulis mahukan ialah PAS mengambil tindakan tegas terhadap Nor Hamzah kerana kenyataan kurang ajarnya terhadap Karpal Singh.
Jika Datuk Dr. Hasan Ali boleh dipecat kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim, penulis tidak nampak sebab kenapa PAS tidak boleh mengambil tindakan yang sama terhadap Mohd Nor Hamzah.
BAFIA Untuk Melindungi Integriti Sistem Kewangan - Najib Razak 3/8/2012
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata BAFIA adalah untuk melindungi integriti sistem kewangan.Beliau berkata demikian di sidang media khas di Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO di PWTC pada 3 Ogos 2012.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Setuju Rombakan Sistem Pendidikan Negara - Pr...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Majlis Tertinggi UMNO setuju dengan rombakan sistem pendidikan negara.Beliau berkata demikian di sidang media khas di PWTC pada 3 Ogos 2012 bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Tertinggi UMNO.
20120802 Whistleblower protection center
STRATEGI PEMBANGKANG REKA FITNAH KINI MEMAKAN DIRI
Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya. Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam. Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya. Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah 'demi rakyat'. Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri. Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku. Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya? Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang. Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan. Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent. Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad mengenai penilaian para pembida proek tersebut. Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut. Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri. Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka. Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene. Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara. Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara. Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor. Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya. Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tindakan Nurul Izzah juga bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara. Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah. Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah. Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis. Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.
Siapa Paling Cantik Di Mata Lim Guan Eng?
Beberapa minggu lalu, politik tanahair dikejutkan dengan pendedahan panas melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bekas pekerjanya, Ng Phaik Kheng yang didakwa mempunyai skandal sulit dan lagi menyulitkan. Skandal sulit tersebut tambah panas diperkatakan ramai apabila turut mendapat tempat dalam Sidang DUN Melaka berikutan desakan beberapa wakil MCA yang mahukan isteri Lim yang juga ADUN Bukit Tunggal, Betty Chew memberi penjelasan terhadap isu itu. Penjelasan itu diminta kerana timbul dakwaan kecederaan di dahi Lim dikatakan akibat terkena hentakan sesuatu benda keras selepas diserang oleh Betty yang ketika itu berang dengan skandal sulit membabitkan Lim dan Ng Phaik Kheng. Namun kini selang beberapa ketika dan isu skandal tersebut pun sudah sedikit reda, tidak semena-mena khalayak umum khususnya rakan-rakan rapat Betty dikejutkan dengan perubahan ketara isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Perubahan gaya dan penampilan barunya dengan imej yang lebih elegan nyata agak drastik walaupun mengejutkan namun berbaloi kerana ramai yang memuji anjakan imej yang tiba-tiba sahaja dilakukan oleh Betty Chew. Inilah yang dapat dilihat di satu majlis keraian rasmi yang dihadirinya sehari dua lepas yang menyaksikan kehadirannya dengan imej baru tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai tetamu di majlis tersebut malah turut diperkatakan oleh akhbar-akhbar Cina. Betty kelihatan cantik dan seakan muda beberapa tahun berbanding usia sebenarnya malah saling tak kalah jika digandingkan dengan gaya wanita lain yang sentiasa mengikut fesyen kontemporari. Sebelumnya agak sukar untuk melihat Betty tersenyuman simpul apatah lagi bergaya manis kerana sikap dan perwatakan dirinya agak terkenal sebagai kurang mesra, tapi dengan penampilan terbarunya ini kemesraan yang ditonjolkan nyata agak terasa perbezaannya. Melihat pada perubahan tiba-tiba ini tidak sukar untuk kita andaikan ada sesuatu yang memaksa dirinya melakukan semua ini, setidak-tidaknya mungkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri atau barangkali mahu menawan kembali hati gersang sang suami. Dari segi usianya memanglah sudah sedikit lanjut jika dibandingkan dengan wanita muda seperti Ng Phaik Kheng atau mesra dipanggil sebagai Rainbow oleh Lim Guan Eng, akan tetapi itu bukannya satu halangan untuk Lim & Betty kembali bertaut kasih. Cumanya sekarang, apa pula kata hati Lim Guan Eng melihat perubahan ketara isterinya itu? Mustahil sedikit pun tidak terlintas untuk menghargai kesanggupan isteri tersayang bergaya sakan demi menambat kembali hatinya. Di antara Rainbow yang masih muda, cantik dan manja dibandingkan dengan isterinya Betty Chew yang sedikit tua tapi sudah pandai bergaya kelihatan cantik dipandang mata, agaknya siapakah yang paling cantik dan menarik di mata Lim Guan Eng? Mungkinkah dari segi perwatakan Rainbow yang lebih manja akan lebih menarik perhatian hatinya atau dahinya yang pernah terluka akan memaksa dirinya kembali memuja Betty yang sedang sakan bergaya?
'Sekejap ada, sekejap tak de'
Samalah dengan 'Datuk' yang kononnya dah dianugerahkan kepada Blogger Hebat RAFI AWANG KECHIK aka SANGGAH TOK JANGGUT.
Aku akan tunjukkan bukti gambar betapa BARUA ni telah MENIPU agensi yang membantu kerja beliau dengan 'Datukship' beliau.
1. Bermula dengan Konvensyen di Kelantan...orang UMNO Kelantan dah tahu, Barua ni bukan Datuk, jadi tak de la title Datuk ni digunakan di sana. Duit HOTEL yang AJK nginap, dah bayar ke DATUK RAK?
2. Terengganu...
| Tak de 'DATUK' tapi imej dia, mengalahkan Perdana Menteri, punya ler besar. (center stage lagi) |
3. Kedah...
| Center stage lagi dan Peserta di Kedah kena bohong dengan 'Datuk' Rafi Awang Kechik |
| di Kedah...ada 'Datuk'. sekali lagi, tengok gaya, mengalahkan PM...nak jadi calon ke Bro DATUK 300 henget? |
4. Perak...
| Mane title 'DATUK' nye...hilang ke yop? Masih kekalkan imej tonjolkan dirinya pada imej backdrop |
5. Sabah...
| Peserta Sabah pun kena tipu Ba...post lain sikit tapi tetap mengalahkan PM.. Dato' pulak, bukan Datuk ker? |
Nasihat saya, inilah parasit hidung kembang aka opotunis yang merosakkan UMNO dan BN.
Penipuan yang terancang tapi bodoh telah memberi bukti sahih betapa Rafi Awang Kechik yang kononnya juat Sanggah Pemimpin, merupakan PEMBOHONG, PENIPU, PEROMPAK DANA DAN PERASAN PANDAI!
Tindakan bodoh, dangkal dan benak BARUA ni akan menjadi liabiliti kepada Kepimpinan Tertinggi Barisan Nasional yang dipimpin oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak.
Mana tidaknya, anda tengok tweet ini...
Tak pasal-pasal Rais Yatim yang kena soal...memamg liabiliti mamat BARUA ini.
|
Aku ingat, setakat ini dulu untuk kali ini. Tapi aku bagi HINGAT dengan DATUK/DATO' RAFI AWANG KECHIK...berani buat, berani tanggung.
Lu jangan ingat lu punya blog hebat dan lu boleh balun Pemimpin yang tidak sokong HENGET lu, lu boleh balun sesuka hati. Usah lu suka2 mau sentuh mana2 pemimpin atau agensi kerajaan!! Gua kasi bogel sampai malu lu nanti..
Kalau lu berani, lu mengaku, kalau lu takut, lu lari balik sembunyi di Kelantan sepertimana lu sembunyikan anak lu semasa ada KES POLIS dulu...JENG JENG JENG!!!
Lepas ini banyak lagi...tunggu jer!
- Pssst: soalan aku...Blogger hebat yang ikut bontot Rafi dalam projek korang ni, korang tak 'search google' dulu ke, untuk check latarbelakang BARUA ni...??? http://anti-belot.blogspot.com/
Jumaat, 3 Ogos 2012
Rafizi ada masalah mental
Apa masalah Rafizi nak kaitkan dengan Agong? Nampak sangat siapa Rafizi sebenarnya. Rafizi seorang yang sakit otak, tidak beriman, tidak bermoral dan yang lebih penting lagi di dalam hatinya busuk sebusuknya. Dengki khianat semua ada dalam dirinya.
Menurut maklumat rakan-rakan SiLembu ini dulu pernah berjawatan Pengurus Besar dalam Petronas, tetapi apabila diberhentikan dia juga buat perkara yang sama, memburukkan orang lain dengan mengedarkan email kepada semua warga Petronas, dia baik dan betul, orang lain semua salah.
TM cukup panas hati bila dia mengaitkan dirinya dengan Agong kelmarin.
Lu salah, sendiri tanggung lah, jangan heret atau sebut nama Agong dalam lu punya masalah.
Lu stupid never finish-finish, why lor?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 2 Ogos 2012
Waythamoorthy kembali ke Malaysia
Passport beliau telah dibatalkan pada April 2008.
Beliau berkata Hindraf tidak akan menjadi parti politik tetapi akan terus memperjuangkan hak orang India di negara ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
AL-Fatihah
Mohon diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan mendapat rahmat Allah, Amin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Yeop Aziz buka radio swasta. jom dengar
![]() |
| DJ Yeop |
Kepada pendengar radio Perak FM tentu mengenail DJ Yeop Aziz. Sebelum bertugas di Perak beliau pernah bertugas di THR .. bersama Dj Nasha, Abby Fana, Richie Rachmond dan ramai lagi. Kini THR dah tak bergegar lagi lalu Yeop membawa diri ke Taiping Perak. Tak lama kemudian dengan bantuan OBA beliau diterima bertugas di Perak FM.
Sebelum itu Yeop adalah DJ Freelance, sering dilihat dimajlis-majlis koperat dan sebagainya. Yeop pernah top dengan Perodua Kembara dan setelah Kembara hancus kerana terlalu banyak perbatuannya, kini beliau menggunakan Perodua Myvi untuk tujuan promosi pelbagai-bagai acara. Siapa tak kenal Yeop. Yeop juga penggemar Radia Amatur. Kata Yeop dia pernah ditahan polis kerana asyik dok beradio atas skuter Modenas Legend beliau. Itu dulu punya cerita.
Abdul Aziz Mohamed Desa
Assalamualaikum kepada seluruh sahabat saya di laman maya FB ini..saya nak mengumumkan sesuatu yang saya harap mendapat sokongan dari anda semua dan juga dari kawan kawan anda di FB atau apa cara sekalipun ..dari mulut ke mulut dan lain-lain cara.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dengan ini saya telah dan dalam proses mengujudkan satu lagi stesyen radio swasta di negeri Perak ini berjenamakan
CAYORFM...buat masa ini saya sedang menjalankan UJIAN SIARAN melalui laman web ini www.cayorfm.org . Oleh itu silakan untuk mendengar,menilai,memberi pandangan,menambah baik mutu siaran dan apa apa sahaja yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama..terima kasih saya dahulukan untuk semua yang memberikan sokong.
Jom dengar radio di website beliau.
SRIA Bantu Rakyat Perak Miliki Rumah Impian
Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran SRIA, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata skim baru yang diperkenalkan kerajaan negeri di bawah agensi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) itu bertujuan membantu golongan yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
“Rakyat yang berpendapatan bawah RM3,000 layak mengemukakan permohonan kepada YBUDR yang mana skim ini menawarkan harga paling murah tanpa dikenakan sebarang kadar faedah.
“Bagi pemohon yang berjaya, mereka hanya perlu melunaskan yuran pendaftaran sebanyak RM200, kos perundangan/insurans berjumlah RM1,000 dan bayaran bulanan berjumlah RM218 bagi tempoh 20 tahun bagi melangsaikan pinjaman bernilai RM50,000 untuk membiayai kos pembinaan,” katanya.
Sementara itu, Zambry yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YBUDR, berkata sebagai permulaan, 180 buah rumah akan dibina di bawah skim berkenaan dengan dana suntikan awal berjumlah RM10 juta.
Walaupun terhad, kerajaan negeri katanya, mahu ia menjadi titik permulaan kepada usaha membantu rakyat Perak khususnya yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
“SRIA merupakan cadangan kreatif yang diperkenalkan kerajaan negeri bagi memanfaatkan dana RM10 juta yang diluluskan bawah Bajet 2012 yang khusus untuk membina rumah kediaman bagi rakyat yang berpendapatan rendah,” katanya lagi.
Sehubungan itu, kerajaan negeri katanya, berharap supaya peserta skim dapat melangsaikan pembayaran hutang mengikut jadual dan tempoh yang ditetapkan.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Zambry berkata, kerajaan negeri mahu menyediakan kemudahan perumahan yang selesa kepada rakyat kerana ia merupakan keperluan asas dalam kehidupan.
“Skim ini diperkenalkan untuk memenuhi keperluan rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri dan bukannya projek kroni Menteri Besar,” katanya.
Tambahnya, rakyat yang berjaya menyertai skim itu juga dapat menjimatkan wang mereka sebanyak RM1,600 setahun atau RM133 sebulan dalam tempoh 20 tahun kerana tidak perlu membayar faedah bagi mendapatkan pinjaman berjumlah RM50,000.
Di bawah SRIA, rakyat yang menikmati skim perumahan ini tidak perlu membayar kadar faedah pinjaman sepanjang tempoh pembayaran. Ini merupakan komitmen kerajaan negeri Perak dalam usaha membina upaya kehidupan rakyat.
Segala urusan yang berkaitan dengan perundangan dan pemantauan pembayaran adalah melalui pihak YBUDR sendiri
Skim ini merupakan program bantuan perumahan yang diberi kepada kumpulan keterbawahan yang memenuhi syarat yang ditetapkan dengan pembinaan sebuah rumah tiga bilik berkeluasan 800 kaki persegi.
Kelayakan pemohon mestilah rakyat berumur 18 hingga 50 tahun tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang usang dengan tempoh bayar balik dari 10 tahun hingga 20 tahun dengan syarat peminjam tidak melebihi umur 60 tahun di akhir tempoh pinjaman. PERAK TODAY
Rabu, 1 Ogos 2012
RM 97juta untuk orang Tanjung
LGE bagi RM100 dari duit judi pun Pas puji meleleh. Ini RM97 juta tak nak puji ka?
Ramai orang Pas subuh sepie dah pi beratuq nak ambik duit! Hoi, tak malu ka?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rafizi dah kena ujian pertama dunia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 31 Julai 2012
Haram Jadah punya YB!
http://t.co/4Z6ug56Q
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MB Kedah: Merc S-Class untuk VVIP, bukan untuk sendiri.
Menurut Tan Keng Liang Ketua Pemuda Gerakan Kedah, MB Kedah sering dilihat menggunakan kereta tersebut untuk kegunaan peribadi seperti menghadiri Sidang Dun. Yang mana satu yang betul wahai Azizan?
Satu lagi persoalan berapa ramai tetamu negeri yang diberi penghormatan menggunakan kereta tersebut. Pernahkan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib dan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin diberi peluang untuk menggunakan kereta tersebut apabila mereka melawat Kedah?
Cuba Azizan jawab betul-betul, jangan main-main nanti jadi munafik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lajim hilang jawatan menteri
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hudud Punca PR Gagal Ke Putrajaya – kata Bapa Benggali
Sedangkan kerjasama PAS-DAP-PKR adalah termeterai atas persetujuan PAS untuk beralah dalam isu Negara Islam termasuk hudud. Namun, semakin PRU menghampiri, seorang demi seorang pemimpin PAS kembali bangkit menjadi 'pejuang hudud' dan Negara Islam. Mungkin setelah menyedari yang sokongan Melayu semakin merosot terutamanya selepas episod yang memeritkan dengan Datuk Dr. Hasan Ali.
Akhir-akhir ini, PAS dikecam teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP. Parti ini digelar sebagai barua, balaci, kuda tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu. Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP, hatta dalam isu kritikal bagi Umat Islam, seperti isu murtad sekali pun.
Dengan PRU semakin hampir, PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja. Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan 'tak berapa cerdik' yang mula memenuhi parti itu, masyarakat semakin memandang sinis akan 'keIslaman' PAS.
Justeru, tidak dapat tidak, PAS terpaksa kembali memainkan 'hudud' sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu.
Tindakan ini telah membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS.
Bapa Benggali Karpal Singh pantas membuat kenyataan tegas bahawa sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan Negara Islam dan membina Negara Kebajikan. Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga.
Kenyataan sama juga diulangi oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud.
Ternyata, PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama.
Sebenarnya, PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud. 'Hudud' bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata. PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya.
Jika ada yang masih menyokong PAS, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam. Mereka ini akan tetap menyokong PAS tak kira jika PAS menggadaikan hudud dan Negara Islam seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lepas atau pun tidak.
Namun, sikap tidak konsisten PAS, penentangan DAP serta sikap acuh tak acuh PKR terhadap hudud menjadi bukti betapa keliru dan haru-birunya Pakatan Rakyat itu. Semakin kuat PAS melaungkan hudud, semakin keras DAP menempelaknya, semakin jauhlah PR dari Putrajaya. Jelas, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana kelemahan pakatan mereka begitu ketara dan rakyat tidak mungkin akan memberikan mandat kepada parti yang sebegitu lemah untuk memerintah negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Temurapat PRU PKR: PKR Kalah Sebelum Berkempen?
Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13. Antaranya:
1. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia
2. Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru
3. Demi Rakyat, Demi Masa Depan
Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan 'rakyat', maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu 'Demi Rakyat, Demi Masa Depan' yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN. Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan.
Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN. Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad.
Kecuali isu 'peluang pekerjaan terhad', kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR. Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka. Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk.
Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.
Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar. Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.
Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia. Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya.
Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini. Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji.
Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.
Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis. Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu 'perintis' gejala rasuah di dalam politik. Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit. Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar.
Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari 'nobody' menjadi 'somebody' dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu. Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti. Jika ini bukan rasuah, apa namanya?
Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus.
Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka.
Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan. Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan 'keberanian' sahaja.
Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bonus: PR Tuduh Kerajaan Guna Wang IMF, Gila kah,Apa?
Ramai pemimpin pembangkang melihat keprihatinan Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) itu sebagai satu bala yang bakal menjahanamkan propaganda politik persepsi yang sedang mereka galak jalankan sekarang.
Riuh rendah dan kehangatan kem pembangkang yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR) dapat dilihat jelas dari komen ramai pemimpin mereka yang cuba meremehkan setiap usaha dan program bermanfaat yang dijayakan oleh Kerajaan BN.
Tidak terkecuali, jentera propaganda maya mereka juga tumpang semangkuk untuk merencatkan keberkesanan usaha-usaha pemimpin BN dengan menabur seribu satu tohmahan.
Dalam satu rencana di blog suarapakatanrakyat.com pada 27 Julai lepas, blog tersebut telah memanjangkan hasad dengki pemimpin PR dengan secara terbuka menuduh Kerajaan BN telah meminjam wang dari IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) semata-mata untuk melunaskan bonus Aidilfitri tempohari.
Selain itu, semua program transformasi dan agenda membantu rakyat yang diterjemahkan melalui beberapa program seperti BR1M, KR1M, KAR1SMA, bantuan persekolahan dan lain-lain juga didakwanya datang dari wang pinjaman IMF.
Tanpa satu pun fakta dan bukti jelas, blog tersebut meneruskan tradisi kelaziman pembangkang dengan menuduh semberono dan membuat dakwaan serong yang tidak jelas hujung pangkalnya.
Sedangkan Kerajaan BN melalui kenyataan PM, Dato' Seri Najib yang juga Menteri Kewangan acapkali menjelaskan apa sahaja program bantuan mahupun pemberian bonus yang telah, sedang dan akan dilaksanakan semuanya dilakukan mengikut kemampuan kantung kerajaan.
Kerajaan BN takkan mencari nahas dengan sengaja meminjam wang dari IMF apatah lagi sejarah merekodkan saat negara dihimpit dengan masalah ekonomi berikutan serangan penyangak matawang pada 1997/98 dulu pun tidak sesekali kita tunduk dengan bantuan kewangan yang mahu dihulur oleh IMF.
Jika adapun pinjaman yang pernah kita buat ialah melalui Bank Dunia, sebuah institusi kewangan antarabangsa yang berbeza fungsinya dengan IMF.
Bank Dunia boleh diibaratkan sama seperti bank-bank tempatan yang memberi pinjaman jangka masa pendek dan panjang untuk pelanggannya manakala IMF saling tak ubah seperti along yang gemar mencekik darah orang susah yang terperangkap dengan janji manisnya.
Ringkasnya, beza kedua-duanya umpama jauhnya langit dari bumi. Pun begitu, walau kedua-duanya jelas berbeza peranannya, rasanya ramai yang tidak lupa pemimpin pembangkang pernah juga mempolemikkan isu pinjaman dengan Bank Dunia untuk menggambarkan kantung kerajaan telah kempis dan tak berduit.
Walhal, bagi yang celik akal, urusan kita dengan Bank Dunia sudah bermula sejak tahun 1950-an malah tatkala Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan pun pernah beberapa kali Anwar mewakili kerajaan melakukan urusan pinjaman dengan Bank Dunia.
Apapun, satu perkara yang perlu kita faham nawaitu utama pembangkang melontarkan tuduhan terhadap kerajaan bersabit soal kewangan, tujuannya tak lain tidak bukan hanyalah semata-mata mahu rakyat kebanyakan menjadi ragu dan was-was dengan keupayaan urus tadbir Kerajaan BN yang memerintah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bangkit - DJ Fuzz x Altimet x Salam (Official Lyric Video )
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semulaBangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit
Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka
Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur
Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa
Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman
Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak
Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya
CUBA HAYATI LAGU INI, APA MESEJ YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH PENULIS DALAM LAGU INI?
GADIS CINA HOT BKN ISLAM BERHUJAH PRO-PUASA
Bapa Benggali dah berbuih mulut sound Pas mengenai hudud.
Bapa Benggali ini dah berbuih mulut dok bagi amaran dan tegur puak-puak Pas mengenai isu Hudud. Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenal kan hudud di negara ini mencermin kan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.
Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.
"Ini mencermin kan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.
Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.
Karpal berkata, hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.
"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.
Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.
"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - Bernama






