Ahad, 12 Ogos 2012

Ujian Allah dimuka bumi

Kelmarin negara dikejutkan dengan berita cemas, 183 penumpang terperangkap lebih sejam dalam insiden monorel terhenti dengan sendirinya dilandasan udara bukan dalam perut bumi.

Semua mangsa yang terperangkap menjadi panic dan ada yang cerdera kerana cuba menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin tingkap.

Pihak pembangkang ada juga yang cuba memburukkan keadaan dengan menyatakan gerabak senget dan mungkin terbalik dan terhumban ke bawah.

Semua gimik ini terus mencemaskan 183 penumpang yang terperangkap. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab mereka hendaklah mententeramkan semua mangsa yang terperangkap dan meminta bantuan agar segera bertindak dalam kerja menyelamat.

Hairan juga kenapa masa yang panjang diperlukan untuk menyelamatkan semua mangsa.

Pihak mana yang bersalah?

Adalah pihak pengurusan monorel kerana gagal bertindak cepat, atau kegagalan pusat kawalan 999?

Satu hal lagi ialah ia menggambarka betapa pentingnya sistem perkhidmatan awam seperti, LRT, Monorel dan sebagainya di Lembah Kelang.

Insiden semalam berpunca daripada muatan yang melampau sehingga train hilang upaya untuk terus bergerak.

Ia juga merupakan satu ujian kepada pihak pengurusan untuk mengawal had muatan dimasa akan datang.

Selain itu ia merupakan satu ujian Allah terhadap umatnya. Itu baru sedikit ujian, apa akan terjadi seandainya tren yang sedang bergerak dibawah tanah pada laluan Masjid Jamek ke KLCC terhenti tiba-tiba dan semua lampu terpadam?

Sekian .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan