Rabu, 22 Ogos 2012

Kedah Oh Kedah, Awat jadi lagu tu?

Isnin lepas TM berhari raya di Alor Star, Kedah. Haru biru bila keluar toll Alor Star Utara.

Awal-awal lagi disambut oleh kain rentang oleh Pas yang berselirat dan bersepah disemua punjuru. Bukan kecil anak pulak tu, semuanya makan ribu-riban sebiji harganya.

"Ish! Membaziaq betui lah orang Paih " dulu kerajaan BN naik sebiji sepanduk pun 7 hari 7 malam kena kutuk, kononnya membazirkan wang rakyat. La ni depa buat tak membaziaq ka?

Taman-taman perumahan pula dah jadi hutan, rumput tak pernah dipotong. Tapi yang peliknya Majlis Bandaraya Alor Star bagi tong sampah percuma kepada penduduk taman-taman perumahan, sedangkan rumput tak pernah diambil perhatian.

Nampak sangat Pas cuba merasuah penduduk dengan sebiji tong sampah, dengan harapan rakyat akan mengundi PAS lagi tahun hadapan.

Semua jejantas dan pintu gerbang pula penuh dengan kempen merdeka Sebadan, Senyawa, Sebangsat, Sekatil Sebontot yang meniru logo roh kudus dari agama Kristian.

Masa balik lalu kut Alor Star selatan, lain pula suasana, sampah hari raya menimbun tak dikutip. Flat sebelah kiri rumah toll buruk teramat-amat. Apa kah MB Azizan tak pernah ambil tahu tentang pangsapuri tersebut yang menyakitkan mata pelancong yang sampai dipintu masuk Kedah.

Bagaimana pun TM ucapkan terima kasih kepada kerajaan BN yang berjaya membangunkan Projek Lebuh Raya Utara Selatan.

Apa tidaknya, dengan adanya PLUS, TM dapat berziarah sanak saudara di sana pada hari raya. Jika diceritakan pada orang bahawa TM berhari raya di Kedah pergi dan balik hari yang sama 30 atau 40 tahun dahulu tobat lahum orang tak percaya.

Zaman dulu kalau nak ke Alor Star ambil masa 7 ke 8 jam. kalau nak cepat kena lalu kut Selama, Lunas, Karangan dan keluar kut Langgar baru dapat jimat 2 jam, tetapi berapa kerat yang berani redah hutan dan estet.

So, untuk PRU 13, Insyaalah rakyat Kedah akan memenangkan BN. Harap Pas, gelembong saja lebih.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan