Selasa, 14 Ogos 2012

Tazkirah Pas : Pemimpin Umno Rasuah?

Malam tadi tazkirah terawikh di Masjid Kg Expo Kamunting seorang pengendali pusat tahfiz dan perlidungan anak yatim bagaikan orang tak siuman semasa menyampaikan ceramah politiknya. Terjerit, terpekik macam kena sampuk iblis.

Dia juga membentang kain di tengah-tengah masjid dan berharap jemaah dapat memberikan sumbangan dana akhirat dan derma jihad sekurang-kurangnya RM 10 seorang kerana banyak bangunan tambahan yang perlu diperbesarkan olehnya.

Setiap penderma boleh mewakafkan kepada arwah-arwah dengan menulis nama mereka.

Anak-anak yatim akan sentiasa berdoa untuk arwah.

Sambil itu beliau menyeru agar jemaah mengeratkan tali persaudaraan kerana didalam kubur nanti kita akan ditanya siapakah saudara kamu, oleh itu buatlah baik kepada sesama Islam. Seburuk-buruk orang Islam ia tetap saudara kamu. Yang ini best, kenapa Pas mengkafirkan orang Islam yang menjadi ahli Umno? Pas buat musuh dengan orang Umno yang majoritinya Islam.


Selain itu beliau menyeru agar Allah memenangkan parti Islam dalam pilihanraya akan datang, kita perlu menolak pemimpin rasuah, pemimpin yang membela kroni.

Contohilah negeri yang diperintah oleh kita yang bebas rasuah, bebas kroni, adil kepada semua kaum.

Hahaha! Oiii, kalau pemimpin Umno kaki rasuah sudah tentu bala Allah turun ke atas mereka, apa lagi ketika ini kebanyakan pemimpin Umno berada di tanah suci untuk melakukan umrah. Cukup mudah, Allah bayar cash kat depa.

Nak tanya ustaz ni, berapa kerat pemimpin Pas seperti Mat Sabu, Husam Musa dll yang menunaikan umrah pada ketika ini.

Mat Sabu dalam majlis Badar Al-Kubra di Taman Malawati berkata Umno kuat, tetapi sudah tiba masa Umno ruyup dan dok membohong isu Rafizi Lembu. Hai, dalam Pas kalau bercakap berpada-pada lah. Rentikan lah pembohongan dan fitnah, baik la pi buat umrah.

Teringin juga nak pi melawat pusat tahfiz dia, nak tahu juga adakah dia diantara orang yang menginaya anak yatim dengan memaksa mereka menjual cd, surah yasin, ubat-ubat kuat dan sebagainya.

Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan