Jumaat, 30 Ogos 2013

PM Umum Polisi Baru Ekonomi Bumiputera Pada 14 September

Orang-orang Melayu bakal mendapat berita gembira pada 14 September ini kerana Perdana Menteri akan mengumumkan Polisi Ekonomi Bumiputera bagi memperhebat penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara ini.

Polisi yang bakal diumumkan di hadapan 5,000 orang di Dewan Agong UiTM Shah Alam dijangka akan memberi tumpuan kepada pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan kepada bumiputera.

Perdana Menteri juga akan menegaskan komitmen kerajaan dalam merangka strategi dan program intervensi, termasuk pendekatan baru bagi memantapkan ekonomi bumiputera di negara ini.

Pengumuman ini sekali gus menjawab semua kritikan yang menuduh kerajaan tidak memberi perhatian serius kepada agenda bumiputera. Ternyata kerajaan tidak pernah meminggirkan bumiputera, tetapi terus komited untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum.

Komitmen Perdana Menteri ini mampu memberi harapan baru kepada orang-orang Melayu yang meragui kepimpinan berikutan perkembangan politik semasa yang banyak mengguris hati dan tidak memihak kepada orang-orang Melayu.

Penghinaan terhadap agama Islam dan juga kes-kes jenayah yang menjadi-jadi akibat tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta EO dan ISA telah membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai mengkhianati sokongan mereka selama ini.

Malah, orang-orang Melayu turut mengaitkan kebiadapan kaum lain menghina Islam dan Melayu sebagai berpunca dari sikap kerajaan yang sanggup memaafkan Namewee suatu ketika dahulu. Hari ini, sudah dua tiga video dibuat oleh Namewee untuk menghina Melayu, tidak termasuk filem The New Village yang menyanjung komunis.

Semua ini membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai lemah kerana terlalu tunduk kepada kaum lain dan juga pembangkang.

Bertitik-tolak dari itu, orang-orang Melayu mempersoal dasar keterbukaan kerajaan dalam mengendalikan GLC dan hal-hal lain yang berkaitan Melayu.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini membuktikan bahawa segala keraguan orang-orang Melayu adalah tidak berasas. Hakikatnya, kerajaan tidak pernah meminggirkan orang-orang Melayu dalam apa jua segi dan tindakan kita mengundi BN dalam PRU yang lalu adalah tepat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. FAKTA...tahukah anda, org melayu merupakan penduduk majoriti di msia yg mana melebihi 50% jumlah keseluruhan rakyat msia. anggaran org melayu ialah seramai 14.5 - 15 juta org.. jika setiap org melayu mempunyai kuasa membeli sebanyak rm10 setiap hari dan menggunakan sepenuhnya kuasa membeli mereka dgn membeli dr peniaga melayu, jumlah jualan terkumpul untuk sehari perniagaan org melayu mencecah rm145 - 150 juta... dan jika berlanjutan selama 30hari, sebanyak rm 4.35 - 4.5billion mampu dikumpul oleh peniaga melayu... dan jika perkara ini berterusan selama 365hari, admin jangkakan akan ramai peniaga cina gulung tikar.. terutama peniaga cina di kawasan yg majoriti org melayu... sudah cukup kita memberi peluang kpd peniaga cina mengaut keuntungan dgn pelbagai helah dan taktik perniagaan yg kotor... berikan peluang kpd peniaga melayu agar mereka semua mampu pergi lebih jauh... peniaga melayu mampu pergi ke tahap lebih tggi jika kempen BUY MALAY FIRST diteruskan sehingga ke akhir hayat....petikan dari https://www.facebook.com/GamemMelayu

    BalasPadam