Pemilihan semula CEC DAP yang akan diadakan bulan depan kemungkinan besar akan mengulangi ketidakadilan yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini.
Dalam pemilihan awal, DAP telah menyalahkan program komputer kerana tersalah kira undi. Namun, dalam kiraan kali kedua yang berlangsung dua minggu selepas itu telah menunjukkan perbezaan jumlah undi yang tidak masuk akal bagi beberapa individu. Selain itu, DAP juga didapati telah dengan sengaja meminggirkan 753 perwakilan India dari senarai perwakilan yang berhak mengundi.
Akibatnya, ramai yang tidak berpuas hati dan membawa perkara ini ke ROS yang kemudiannya mengarahkan pemilihan semula diadakan.
Walaubagaimanapun, lama sebelum tarikh pemilihan semula yang dijadualkan pada bulan September ini, rungutan telah mula kedengaran. Khabarnya, pada Ahad lepas, DAP telah mengadakan sessi dialog khas pemilihan semula dengan para perwakilan di Seremban, Negeri Sembilan.
Sebelum ini, tidak pernah ada sessi dialog semata-mata untuk menghadapi pemilihan.
Apa yang mencurigakan ialah tidak semua perwakilan dijemput ke sessi dialog tersebut dan mereka yang dipinggirkan sekali lagi merupakan perwakilan dari kaum India. Berikutan itu, DAP Cawangan Ladang Paroi, Desa Dahlia Senawang, dan Nilai Perdana menuntut Pengerusi DAP Negeri, Loke Siew Fook untuk memberi penjelasan.
Pemimpin-pemimpin DAP Cawangan ini mengesyaki adanya permainan kotor sekali lagi untuk memastikan hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mengundi. Dengan itu, DAP hanya menjemput perwakilan tertentu sahaja ke sessi dialog tersebut bagi mengatur strategi. Pastinya, permainan ini adalah untuk memastikan kemenangan dan kekalahan individu tertentu dalam pemilihan semula nanti.
Nampaknya, seperti yang dijangka, DAP tidak akan mampu berlaku telus dan adil dalam amalan demokrasi. Pemimpin DAP juga tidak akan mampu untuk bercakap benar, tetapi akan terus menipu untuk memastikan mereka terus berkuasa.
Kesimpulannya, DAP adalah parti diktator yang membudayakan sikap samseng komunis. Parti ini tidak mungkin akan mengamalkan demokrasi dalam ertikata sebenar walaupun mereka sering melaungkannya. Hakikatnya, memilih DAP bermakna menolak demokrasi dan membuka risiko kepada penindasan yang berterusan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan