Seorang murid tahun enam bakal menduduki UPSR 9 September ini, dikhuatiri mati lemas setelah dihanyutkan arus semasa mandi di Sungai Kelantan di Kampung Maka, Labok, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, Mohamad Muslim Ibrahim, 12, dihanyutkan arus ketika mandi bersama tiga sahabatnya di sungai yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Bagaimanapun sehingga pukul 4.30 petang ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha mencarinya masih giat dilaksanakan anggota penyelamat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan