Sabtu, 11 Mei 2013

Penerangan Undi Popular vs Undi Elektoral

Anwar Ibrahim berjaya memperalatkan pengundi-pengundi yang rata-rata tidak faham konsep undi elektoral yang selama ini diamalkan di Malaysia dan kebanyakan negara dunia termasuk AS dan UK. Walaupun PR memang undi popular, konsep undi elektoral yang selama Ini dilaksanakan menghalang PR membentuk kerajaan.

Anwar menggunakan sentimen ini untuk menghasut rakyat yang tidak puas hati untuk bangkit membantah keputusan PRU13. Seorang pensyarah dan klimatologis dari Universiti Malaysia Sabah telah menjelaskan isu ini dalam laman Facebook beliau.

Ini semua adalah perancangan beliau untuk memastikan hajat hidupnya selama ini tercapai iaitu untuk menjadi PM. Apa sahaja cara digunakan bagi membantah segala apa keputusan mahupun ketetapan yang telah dilaksanakan bertahun-tahun selama ini.

Kalau selama ini Malaysia mampu aman dengan sistem pilihan raya sebegini, mengapa baru sekarang dibangkitkan cara yang diguna? Mengapa tidak sewaktu beliau masih berada di dalam kerajaan BN dan juga ketika beliau masih lagi menjadi TPM?

Nampak sangat apa yang dilakukan dan direncanakan Anwar selama ini hanyalah sekadar untuk memenuhi nafsu dan kehendak beliau. Dengan cara yang kotor, Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengorbankan maruah penyokong-penyokongnya untuk turut sama menipu rakyat yang lain.

Buktinya, Anwar sudah berjaya membuatkan penyokong tegar Pakatan Rakyat untuk mempercayai setiap bait kata beliau. Dan mereka yang tidak berapa bijak ini mula menyebarkan fahaman dan kepercayaan mereka yang sebenarnya berlandaskan pembohongan Anwar.

Inilah puncanya kepada rakyat yang mempunyai keintelektualan yang tinggi, namun cukup sekadar mendengar apa yang dikata pemimpin yang diagungkan mereka. Sepatutnya, sebagai rakyat yang sudah terdedah dengan pelbagai kemudahan, kita haruslah lebih bijak menilai dan memahami sesuatu keadaan dengan rasional dan waras.

Kefahaman yang membabi buta lah yang menyebabkan ramai mereka yang sesat dan terus tenggelam dengan dunia ciptaan mereka. Dengan fantasi yang tidak bertepi dan dengan janji yang tidak akan ditepati.

Kalau perlu bangkit, bangkitlah menetang yang tidak menegakkan kebenaran, bangkitlah menentang mereka yang sentiasa inginkan keganasan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan