Sejak Isnin, isu kenaikan barang-barang keperluan dapur mula diperkatakan.
Bermula dengan khabar-khabar angin harga minyak akan naik. Selepas itu roti Gardenia dikatakan naik. Harga gas masak naik pada hal kos pengangkutan dan penghantaran saja yang naik.
Sebelum ini harga gas masak 14kg jika dihantar ke rumah berharga RM 27 hingga RM 28 setong dan akan naik RM 30. Pun begitu harga isu kandungan gas kekal tidak berubah.
Hari ini Sabtu ramai pengunjung pasar borong Kamunting terkejut dengan kenaikan harga ikan. Apabila ditanya oleh pelanggan inilah lah jawapannya " BN sudah menang barang naik harga lah, dulu belum undi punya jam barang tak naik, sekalang balu naik ma"
Nampak sangat mereka menggunakan kuasa ekonomi untuk menaikan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
Di Kedah, sebelun PRU 2008, hampir semua barang keperluan pertanian terutama berkaitan dengan padi, kos meningkat mendadak. Bila rakyat tanya, jawapan yang diberikan adalah sama, "BN maa, Barang Naik lah". Akibat isu itu Kedah jatuh ke tangan pembangkang.
Sekarang siapa yang rasis?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan