Selasa, 20 Disember 2011

Sedih bila mengenanggkan nasib keluarga Adam

TM menerima maklumat bahawa pelajar UPSI yang bertindak menyerang dan menurunkan bendera Najib bukanlah anak hartawan yang hidup mewah seperti Nurul Izzah MP Lembah Pantai.

Bapa Adam Adli hanya seorang pekerja KTM. Keluarganya menyewa rumah kampung di Permatang Bertam, Kepala Batas...

Sudah tentulah Adam anak harapan kepada keluarga pekerja KTM tetapi dengan perbuatan anaknya yang tiba-tiba menjadi berita utama sikit sebanyak telah memalukan keluarga dan paling menyedihkan apabila mengenangkan masa depan yang gelap untuk Adam.

Adam mungkin dibuang dari UPSI dan tidak lagi layak untuk berada dalam mana-mana IPT Awam dan mungkin akan kembali ke kampung sebagai tukang sepak kertas.

Sedih bila membayangkan air mata ibunya yang akan mengalir kerana sedih dan malu mengenangkan perbuatan anaknya.

Ayahnya mungkin akan mendapat penyakit kemurungan apabila mengenang nasib anaknya yang menjadi sandaran dihari tua kini berkecai umpama kaca yang jatuh ke tanah dan pecah berderai.

Atau memang Adam jenis anak rintik bapa borek kerana emak bapaknya adalah penyokong tegar pakatan.

4 ulasan:

  1. Budak tak sedar diuntung. setan keparat budak ni. mau aku tempeleng jika ada kat depan masa ni.

    BalasPadam
  2. sendiri buat sendiri tanggung.

    BalasPadam
  3. I dont agree with his way of trying to make a difference.

    BalasPadam
  4. ape nak sedih..mak bapak pun pembangkang jugak..tok sah kesian...

    BalasPadam