Atas permintaan dari rakan taulan...so
aku 'reveal'kan la ramalan aku pasai gaji dalam SBPA untuk DG 41
pulak..tapi sebelum tu, sukacitalah hamba 'explain'kan akan asas kepada
ramalan hamba itu...Dengan hanya berpandukan kepada keterangan oleh PM
dalam Bajet 2012 sepenuhnya (walaupun maklumat yang PM bentang dalam
bajet tu tersangat samar-samar dan tidak cukup maklumatnya), maka aku
pun buat la pengiraan guna kaedah Janjang Arithmetik..aku guna formula
[Tn = a + (n-1) d ] ja..
Ok..mula-mula keluarkan dulu maklumat dalam bajet tu..
1. Gaji Maksimum DG 48 = RM 8710.00
2. Kenaikan Gaji = 7 - 13 %
3. Sistem Gaji Sebaris.
4. Mata Gaji akan dipanjangkan.
5. Kenaikan tahunan RM 80 - RM 360
Lepas tu cuba analisa gaji DG 48 dalam SSM pulak...
1. Gaji DG 48 P1T1 = RM 4355.00
2. Ada 2 tangga gaji iaitu P1 dan P2
3. Kenaikan Tahunan maksimum gred pada T8
4. Kenaikan Tahunan antara P1T1 dan P1T2= RM 203.16
Berpandukan data tu, so kita akan dapat..
1. Gaji permulaan bagi DG 48 pada mata gaji T1 = RM 4355.00 + (7% x RM 4355.00) = RM 4659.85
(aku gunakan 7% sebab biasanya kenaikan gaji untuk kumpulan P&P adalah sikit berbanding kumpulan sokongan. )
2.
Mata gaji maksimum akan berada pada tangga T16 kerana ketika dalam SSM
kenaikan tahunan gaji maksimum DG 48 hanyalah sehingga T8 saja tetapi
terdapat 16 mata gaji kerana mempunyai 2 tangga gaji...Maksudnya dalam
SBPA, mata gaji DG 48 T16 = RM 8710.00
Ok sekarang berdasarkan semua maklumat, so kita boleh cari berapa kadar kenaikan tahunan bagi DG 48 dalam SBPA tu..
Tn = a + (n-1) d
8710.00 = 4659.85 + (16 -1) d
d = 8710.00 - 4659.85 / 15
d = 270.01
Maka kenaikan tahunan bagi gred DG 48 dalam SBPA adalah RM 270.01
Sekarang cuba kita analisis gaji DG 41 SSM pulak..
1. Gaji DG 41 (SSM) P1T1 = RM 1695.85
maka, gaji DG 41 (SBPA) T1 = RM 1695.85 + (7% x RM 1695.85) = RM 1814.56
2. Kenaikan tahunan P1T1 dan P1T2 = RM 90.45
3.
Peratus perbezaan kenaikan tahunan antara DG41 dan DG 48 adalah
124.61%...Dengan mengambilkira peratus perbezaan kenaikan tahunan antara
DG 41 dan DG 48 dalam SBPA adalah sama dengan SSM..maka kita akan dapat
agak kenaikan tahunan dalam DG 41 (SBPA)..
b = beza kenaikan tahunan DG 41 dan DG 48
maka, a x 1.2462 = b .....(1)
270.01 - b = a ......(2)
masukkan (1) dalam (2)
a = 270.01 - (a x 1.2461)
a + (a x 1.2461) = 270.01
a ( 1 + 1.2461) = 270.01
a = 270.01 / 2.2461
a = 120.21
akhirnya dapatlah kenaikan tahunan DG 41 dalam SBPA tu..RM 120.21
Update : Kenaikan RM 120.21 ni hanya untuk T1 sampai T17 saja..bagi tangga T18 dan ke atas kadar lain sebab kenaikan tahunan DG 41 dalam SSM adalah berbeza selepas tangga T18...
PERINGATAN
: Pengiraan di atas bukanlah sesuatu yang muktamad kerana banyak
menggunakan andaian semata-mata...penulis hanya sekadar mahu berkongsi
idea sahaja...penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada
dikalangan pembaca yang rasa tertipu atau sebagainya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan