Selasa, 20 Disember 2011

SBPA ATAU SSM

Esok Presiden Cuepacs akan berjumpa dengan Perdana Menteri. Harap JPA dan PM dapat merungkai kekeliruan yang masih mengganggu pemikiran kakitangan awam.

Perkara ini jika tidak dijelaskan betul-betul ia akan menjadi modal pembangkang untuk meraih undi bagi pilihan raya akan datang.

Hari ini TM bertemu dengan seorang kakitangan kerajaan untuk bertanyakan pendapat mereka. Hasil respons yang diterima ramai bersetuju dengan sistem yang baru, mereka mengibaratkan jika dahulu kita diberi sebuah kereta kancil kini kita ditawarkan sebuah Myvi baru sudah tentu lagi best.

Antara kebaikan yang disebut tadi ialah jika seorang kakitangan ingin berhenti dan bekerja dengan pihak swasta untuk beberapa tahun dan kemudian kembali ke dalam jawatan  dan tidak hilang senioriti dalam perjawatan. Banyak lagi faedah yang disebut oleh pegawai tersebut.

Beliau juga berharap agar semua kakitangan kerajaan menerima dahulu tawaran tersebut, adalah amat rugi jika menolak tawaran tersebut.

1 ulasan:

  1. diberi borang opsyen tapi Lampiran C pun tak nampak. mcm mana nak buat keputusan.

    BalasPadam