Khamis, 22 Ogos 2013

7 Ribu Pemuda Pas Bantah Konsert Metallica

Pas melaporkan 7 ribu ahlinya berada di Stadium Merdeka bagi membantah konsert tersebut.

Tetapi amatlah pelik kerana 7 batang pun tak nampak muka Pas untuk mempertahankan isu kalimah Allah di Mahkamah Rayuan.

Memang hangit punya Pas Pis Pus.

Selepas ini eloklah Pas Pis Pus membantah tindakan Sham Kamekaze yang usung gitar dan menyanyi Rock dalam masjid.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Logo Baru Parti Kencing Rakyat

SEGAMBUT, 22 OGOS 2013 : Parti Kencing Rakyat Hari ini melancarkan logo barunya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 yang akan datang. Mursyidul Amnnya, Saudara Anuuuuar Berahi hari berkata, sejajar dengan Reformasi, Ubah, Ini Kalilah, beliau ingin membawa paradigma baru dalam partinya itu.

"Kita yakin, 400 Ribu Bangla akan diimport masuk dalam PRU14 yang akan datang" ujarnya.

Ditanya mengenai perancangannya pada masa akan datang sekiranya parti pemerintah jatuh dalam PRU 14, beliau berkata;

"Kita sudah sediakan pelan untuk menempatkan mereka-mereka yang kalah dalam sebuah kampus untuk memastikan ilmu-ilmu mereka dapat dikongsikan bersama-sama mahasiswa."

"Insyallah kalau pemerintah jatuh, kita akan lantik mereka semua jadi proffesor."

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Waytha Moorthy tak layak jadi menteri di jabatan Perdana Menteri

Sudah dua isu besar yang melanda orang India selepas PRU 13.

Pertama isu 'kantin dalam tandas' dan isu kedua ialah serangan polis terhadap kongsi gelap India dari kumpulan 04.

Dalam isu pertama di SK Pristina Sungai Buloh, tidak nampak peranan W. Moorthy tetapi apabila kes ambush dan bunuh terhadap Kongsi Gelap 04, tiba-tiba suara W.Moorthy muncul dan seolah-olah tak puas hati dengan tindakan PDRM. Beliau juga mendesak diadakan inkues.

Tindak tanduk Moothy semenangnya mengguris perasaan Polis dan juga rakyat yang cintakan keamanan.

Ia juga seolah-olah campur tangan dalam urusan polis.

Apakah motif sebenar Moorthy?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masuk Pas lebih mudah daripada masuk Umno

"Cilabai betul la.. nak daftar ahli umno pon susah.aku igt aku dh jadi ahli umno. Rupanya sampah.. dah dekat 2 tahun daftar. Tp masih xdak jadi2 lg umno. Geleng kepala betoi. Masalah xpernah selesai2.. apa masalah umno pb pon aku xtaw. Mintak boss campurtangan solve problem ni. Kalau tak.masalah ni takkan selesai" (pb bermaksud Umno Parit Buntar Perak)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bagaimana Bas Uzur Boleh Beroperasi?

Ada penumpang bas yang selamat menyatakan bas sudah uzur dan pemandu ada memberhentikan bas di tepi jalan sebelum kejadian dan kemudia meneruskan perjalan sebelum berhumban ke dalam gaun sedalam 60 meter.

Mengikut kebiasaan JPJ, bas akan diperiksa mengikut jadual dan sudah tentu bas tersebut lulus ujian Puspakom.

Adakah benar bas tersebut menjadi pemeriksaan atau hanya main lulus atas kertas sahaja.

Nampaknya bukan saja bas yang perlu disiasat, tetapi Puspakom juga perlu disiasat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PDRM vs Kongsi Gelap

PULAU PINANG, 21 OGOS 2013 : Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada kumpulan kongsi gelap 04 supaya tidak sesekali menimbulkan kekacauan dan mencabar pihak berkuasa.

"Jangan cuba mencabar kami." tegasnya.

Beliau berkata sedemikian sejurus tindakan beberapa kumpulan kongsi gelap yang menaman diri mereka dengan "04" yang cuba melakukan provokasi dengan melakukan perarakan dan vendalisme di beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang.

Untuk rekod, Ops Cantas dilancarkan pada 18 Ogos 2013 telah menahan lebih 200 penjenayah sehari selepas dilancarkan selain 683 orang ditahan pada 20 Ogos 2013 di Selangor. Ops Cantas Khas dilakukan oleh pihak PDRM sejurus diberikan kebenaran oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi mengekang jenayah berat yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 21 Ogos 2013

Kami Sokong Opp Cantas

Sikap parti pembangkang sememangnya memualkan. Setelah berjaya menghapuskan ISA, seolah-olah memberi satu tiket untuk samseng bermaharaja lela.

Insiden tembak sampai mati dari jarak dekat menjadi-jadi, apabila kerap berlaku pembunuhan, parti pembangkang mencemuh kerajaan.

Kononnya Malaysia bukan lagi sebuah negara yang selamat, mereka menyeru agar rakyat memakai jeket kalis peluru apabila berada di luar rumah. Akhbar Singapura juga mengambil kesempatan mencemuh negara dengan malebelkan nyawa teramat murah di Malaysia.

Akan tetapi setelah PDRM berjaya menumpaskan kumpulan gangster Hindu 04 di Pulau Pinang, parti pembangkang sekali lagi mencemuh kerajaan dan polis kerana bertindak diluar batas dengan membunuh kumpulan gangster tersebut.

Kumpulan 04, 08 dan lain-lain adalah nama kumpulan gangster Hindu yang cukup menggerunkan.

Di Taiping, beberapa tahun lalu pernah berlaku satu pembunuhan kejam keatas seorang pengusaha jual beli barangan lusuh di hadapan rumahnya di Simpang. Mangsa yang dilabelkan sebagai seorang yang baik dan seorang sami sebenarnya adalah ahli kumpulan samseng.

Di Pulau Pinang kaum keluarga samseng 04 telah bertindak dengan mengadakan perarakan khas mayat samseng dengan meletakkan banner 04 di kenderaan yang membawa mayat. Ia seolah-olah satu amaran kepada polis. Begitu juga dengan contengan Rest in peace 04 di dinding Ibu pejabat polis seolah-olah satu signal kepada. Polis.

Beberapa tahun lalu juga seorang samseng berbangsa India telah mati dalam insiden tembak di hadapan stesen minyak BP Jalan Kamunting Taiping. Ia juga menyebabkan keluarga mangsa cuba membawa mayat dan diarak di seluruh bandar Taiping. Tetapi apabila dihalang oleh polis, mereka memaki hamun ACP Yusuf Mat Diah tanpa ada rasa hormat kepada penjawat awam lebih-lebih yang bergelar Ketua Polis Daerah.

Nga Kor Ming dalam facebooknya, bukan main lagi mengkritik polis dan kerajaan apabila banyak berlaku kes tembak dan bunuh dari jarak dekat.

Kini merekalah yang membela mangsa dan selepas ini ramailah peguam akan mengambil kes untuk melawan kerajaan dan polis.

Sebagai rakyat Malaysia marilah kita dokong 5 prinsip rukun negara dan kami menyokong tindakan polis dalam menjaga keamanan negara.

Sekian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selangor State Gov: Total Failure in FDI

Selangor Darul Ehsan merupakan negeri paling kaya di Malaysia dengan kemasukan pelaburan yang tinggi setiap tahun. Namun, itu semua sudah menjadi kisah lama. Hari ini pelaburan di negeri ini terus menjunam semenjak diambil alih pentadbirannya oleh Pakatan Rakyat.

Selangor kini berada di tangga ke 4 dengan penurunan kemasukan pelaburan sebanyak 86% dengan hanya mencatatkan RM1.8 billion pada tahun 2012 berbanding RM11.7 billion pada tahun 2011. Senario yang sama juga dilihat di Pulau Pinang di mana negeri itu mencatatkan penurunan jumlah pelaburan sehingga 73%.

Dengan jumlah penurunan yang begitu drastik lagi dramatik, Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menuding jari kepada sesiapa. Setelah sepenggal memerintah, PR akhirnya telah gagal sama sekali untuk membuktikan bahawa parti itu lebih bijak dan lebih cekap dari BN.

Jelas sekali bahawa pelabur tidak yakin dengan kredibiliti PR. Malah, tidak mustahil pelabur sebenarnya takut dengan gelagat pemimpin PR yang gemar membuat huru-hara. Mana tidaknya, sepatutnya kerajaan negeri mempromosi kestabilan dan keamanan tetapi kerajaan PR sentiasa berusaha mencetuskan kekecohan dan huru-hara. Siapa yang berani melabur di dalam negeri yang pemimpinnya asyik berpolitik secara keterlaluan dan ganas pula?

Peningkatan aktiviti dan perniagaan 'gelap' di seluruh Selangor semenjak pemerintahan PR juga pastinya menyumbang kepada menurunnya jumlah pelaburan di negeri itu. Peningkatan aktiviti gelap menjadi punca kepada peningkatan kadar jenayah sekali gus membuktikan terdapat peningkatan masalah korupsi di negeri ini.

Pelabur tentunya telah mengkaji keadaan ini yang mana menyebabkan Selangor tidak lagi menjadi destinasi pelaburan pilihan.

Keadaan bertambah teruk apabila pemimpin-pemimpin PR juga tidak punya karisma dan kredibiliti mahupun pengalaman untuk berurusan dengan para pelabur luar negara bagi menarik pelaburan langsung asing. Malah, Menteri Besar Selangor sendiri tidak mempunyai personaliti yang mampu memberi keyakinan kepada pelabur, sedangkan untuk menarik pelaburan langsung asing, peranan Menteri Besar amatlah penting.

Meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Kewangan negeri secara tidak langsung telah memusnahkan semua harapan Selangor untuk meningkatkan pelaburan. Walaupun Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara luar, namun nampaknya Anwar tidak mampu meyakinkan seorang pun pelabur luar untuk melabur di negeri jajahannya. Ini kerana beliau mempunyai rekod 'hampir membangkrapkan negara' serta mempunyai kelayakan ekonomi 'sifar'.

Selain itu, beberapa pemimpin negeri ini, terutama dari parti DAP didapati tidak mampu berkomunikasi dengan baik serta tidak memahami adat, etika atau adab yang sesuai bagi menghadiri majlis rasmi apatah lagi yang bertaraf antarabangsa. Justeru, tidak hairanlah jika pelabur meragui kepimpinan mereka. Walaupun DAP sering merasakan diri mereka hebat, terbuka dan lebih bijak dari pemimpin Melayu, namun hakikatnya amatlah jauh berbeza.

Pendek kata, kepimpinan Pakatan Rakyat dari mana-mana partipun semuanya tidak berkualiti.

Oleh kerana itu, Selangor kini tidak lagi boleh dibanggakan sebagai negeri pilihan pelabur. Ekonomi Selangor pastinya akan terjejas dengan kurangnya jumlah pelaburan dari setahun ke setahun. Tidak mustahil, tahun ini Selangor akan menyaksikan jumlah pelaburan yang jauh lebih rendah terutama apabila desas-desus bahawa satu lagi demonstrasi besar akan di adakan oleh Ambiga Sreevanesan pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, PR tidak mampu memerintah dan jika rakyat Selangor ingin negeri ini pulih seperti sediakala maka tidak ada cara lain lagi selain dari kembalikan mandat memerintah kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perseid Meteor Shower this weekend

The Perseid meteor shower is one of nature's most spectacular light shows, and it's happening this weekend.

The annual meteor shower will peak Sunday night into the dawn of Monday morning, and at the height of the shower, you can expect to see 100 meteors an hour. 

This year, the moon is your friend and will appear as a thin crescent that shouldn't spoil your view of the shooting stars.

And just to make you extra excited, NASA recently declared the Perseids the fireball champion of the meteor showers -- meaning it has the brightest meteors of all the annual showers.


The best way to see the Perseids is to find a dark patch of sky, lie down and look up.

That's actually not simple for those of us who live in heavily light polluted cities like Los Angeles.

Although some of the brightest meteors will still be visible even here in Los Angeles, you'll have to drive about an hour out of town to get the full effect of this dynamic meteor shower.

Around Southern California, some of the best places to catch the Perseid show include Joshua Tree,  Angeles National Forest, Los Padres National Forest (past Magic Mountain) and the Anza-Borrego desert, said Anthony Cook, who heads the telescope program at Griffith Observatory.

The meteor shower will emanate from the northeastern sky, so make sure you have a clear view of that piece of sky with nothing obstructing it.  

Cook also suggests bringing a chaise longue and blanket with you.

PHOTOS: Amazing images from space

"You want to get real comfortable," he said. "You don't want to be craning your neck."

And if you just can't figure out how to get to dark sky this weekend, I've got good news and bad news for you: The viewing conditions for the Perseids in 2014 are going to be bad. The sky will be lit up by an almost full moon, drowning out many meteors with its light.

But in 2015, there will be just the tiniest sliver of a moon, creating viewing conditions that Cook called "ideal." 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Zahid withdraws defamation suit again Rafizi

Home Minister Zahid Hamidi withdraws defamation suit after Rafizi Ramli agreed to remove wrongful statements from his blog
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jemaah Menteri tolak CCRIS

Hari ini merupakan kemenangan buat peminjam PTPTN, Rafizi Ramle dan Khairy Jamaludin kerana mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam dibawah CCRIS.

Ia akan membuatkan pemimjam terutama anak-anak orang parti pembangkang akan bertepuk tangan gembira dan liat untuk membuat pembayaran.

Oleh itu apakah mechanism baru yang akan diperkenalkan?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ramai menyokong pemberontakan Ikhwanul Muslimin di Mesir

Krisis politik di Mesir berada di episod paling puncak. Ini bermakna ikhwanul muslimin berada dipersimpangan iaitu kemenangan atau kekalahan, seperti lambung duit syiling. Krisis ini juga boleh disamakan menang jadi arang, kalah jadi abu.

Jika Ikhwanul Muslimin berjaya meneruskan pemberontakan ia akan membawa kepada peperangan saudara dan Mesir akan musnah seperti negara-negara Islam lain di benua Afrika, contoh terdekat ialah Somalia yang mendapat perhatian misi bantuan kemanusian oleh Malaysia sehingga menyebabkan seorang wartawan foto kita maut terkena tembakan.

Kini Mesir dikancah peperangan. Kemungkinan besar akan ada campur tangan barat secara total seperti yang dilakukan mereka di negara lain.

Penyokong Ikhwanul Muslimin ada diseluruh dunia termasuk dirantau Asia Tenggara seperti Indonesia dan Malaysia.

Di Malaysia ia terdiri daripada sekutu fahaman Syed Qutb dan Hasan al-Bana yang membawa satu fahaman politik baru yang didokong oleh Ikhwanul Muslimin dan Pas di Malaysia.

Ikhwanul Muslimin banyak berbohong dan banyak menfitnah dan sanggup melakukan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai

Di Malaysia juga facebooker,blogger dan juga wartawan seperti Liza Hassan dari Sinar Harian dilihat pro kepada doktrin Hassan al-Bana.

Ikhwanul Muslimin telah menuduh dan menfitnah Panglima Angkatan Tentera iaitu Al-Sisi sebagai satu nama seperti sebuah pertubuhan politik. Pada hal Al-Sisi adalah sebahagian daripada nama beliau dan tidak ada kena mengena dengan pertubuhan yang menentang Ikhwanul Muslimin.

Brotherhood of Islam mengengkari arahan perintah berkurung yang dikuat kuasa pada 14 Ogos dan meneruskan demontrasi menuntut dikembalikan kuasa kepada mereka dan mengangkat semula Morsi sebagai Presiden mereka.

Apabila pihak kerajaan bertindak menyuraikan mereka yang berdemo di jalanraya telah menyebabkan pemberontak mencari perlindungan di masjid.

Sejak awal lagi ikhwanul menuduh pihak tentera dengan sengaja menembak dan membunuh rakyat dan melabelkan mereka yang mati sebagai syahid.

Syahidkah mereka jika mengengkari arahan dan menentang pemerintah?

Inilah pembohongan puak-puak ikhwanul dan tindakan mereka sama seperti yang pernah dilakukan oleh peserta demo di Kuala Lumpur yang menjadikan Masjid Negara sebagai tempat perlindungan apabila diserang dengan gas pemedih mata oleh FRU.

Anak-anak muda Pas juga diajak keluar berdemo dan dijanjikan syahid jika mati dalam rusuhan bershit 1.0, bershit 2.0 dan bershit 3.0.

Kerajaan Mesir kini sedang mengkaji untuk mengharamkan pertubuhan Ikhwanul muslimin yang diasaskan oleh Syed Qutb dan Hasan al-Bana yang ternyata sesat dan menyimpang dari ajaran Islam.

Kerajaan Malaysia juga patut mengharamkan Pas kerana banyak menyeleweng dan memutarbelitkan agama untuk kepentingan politik mereka.

Satu lagi pembohongan Ikhwan ialah menuduh al-Sisi telah menutup pintu Raffah di Gaza, padahal perbuatan tersebut dilakukan oleh Mursi.

Sebab itu pejuang palestine menyifatkan kemenangan Mursi adalah kemenangan Rejim Zionis.

Hari ini satu lagi kempen dilakukan oleh Ikhwan dalam menarik sokongan dunia ialah dengan bahan kempen 4 jari ( 4RABIA) yang mahukan Ikhwanul terus bertahan sehingga Mursi dikembalikan kuasa.

Padahal sebelum ini Ikhwanullah yang sesungguh-sungguh meruntuhkan sistem demokrasi Mesir.

Berikut adalah tulisan akhbar Sinar yang menyokong Ikhwanul di Mesir.

Al-Sisi tagih darah rakyat

Oleh: LIZA HASAN
Tarikh: August 20, 2013
KAHERAH - MESIR. Demi menyelamatkan nyawa jutaan rakyat Mesir, Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan semua perarakan dan demonstrasi dibatalkan terutama di kawasan panas, Maadi dan Al-Misr Jadidah.

Ikhwanul dalam kenyataan kelmarin berkata, kehadiran penembak tepat di kawasan itu memungkinkan lebih ramai nyawa terkorban.

Perhimpunan di seluruh negara itu masih menempatkan matlamat sama iaitu menuntut kuasa Presiden Mohamed Mursi dikembalikan dan mengecam tindakan kejam tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.

"Rancangan perarakan ke Mahkamah Perlembagaan dan perhimpunan anti-tentera di Dataran Roxi dibatalkan atas faktor keselamatan," memetik kenyataan itu.

Demi menuntut kematian, jutaan rakyat semalam, meneruskan rancangan berarak ke Mahkamah Perlembagaan dengan berhimpun dapat dilihat di Helwan, Giza.

Media Al-Jazeera melaporkan, pada masa sama, puluhan penembak tepat mengambil ruang masing-masing dan hanya menunggu masa untuk melepaskan tembakan.

"Semangat luar biasa rakyat mengagumkan apabila sanggup menggadai nyawa, bersedia untuk kembali ke jalanan," menurut laporan itu lagi.

Dalam kejadian di Masjid Al Fath, Ramsis, sekurang-kurangnya 35 orang tahanan terbunuh semasa dalam perjalanan ke penjara.

Laporan mengatakan, kesemua tahanan itu ditahan selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan melakukan tembakan rambang peluru hidup untuk meleraikan mereka.

Tindakan kejam itu dilakukan selepas pihak keselamatan mendakwa, ribuan rakyat terbabit melanggar perintah berkurung dikeluarkan kerajaan sementara pada 14 Ogos lalu.  

Susulan kejadian itu, Ikhwanul mengeluarkan kenyataan kematian tersebut adalah satu 'pembunuhan' yang kini mencecah 800 nyawa.

Di Iskandariah, puluhan ribu menyertai enam perarakan mega di beberapa kawasan di daerah tersebut.

Keadaan mula kecoh apabila pasukan tentera dan polis membuat kepungan di Masjid Al Qaed Ibrahim dan menghalang laungan azan Asar.

Tentera dan kumpulan Tamarod bertindak menawan masjid tersebut dan melakukan tangkapan terhadap puluhan rakyat termasuk pelajar.

Al-Sisi ucap tahniah

Dalam satu kenyataan, Abdel Fattah memuji 'peranan mulia' dilakukan pasukan tentera dan polis untuk melindungi keselamatan negara.

"Saya berjanji menggunakan kuasa penuh terhadap mereka yang mahu memusnahkan Mesir. Tentera tidak berniat merampas kuasa. Tetapi penyokong Ikhwanul ingkar. Kami tidak akan berdiri diri melihat kemusnahan negara dan rakyat.

Kami telah memberikan banyak peluang untuk menamatkan krisis ini secara aman," katanya ketika sidang media pertama sejak operasi gempur penyokong Mursi, semalam.

Abdel Fattah berkata, beliau tidak menghalang pasukannya daripada menyerang musuh yang kini meragut 600 nyawa seperti angka dikeluarkan oleh kerajaan sementara.

Beliau juga berikrar untuk berdiri teguh dalam menghadapi keganasan Ikhwanul Muslimin dan Jamarod.

Menurutnya, beliau juga tidak akan bersekongkol dengan mereka yang bersubahat dalam krisis ini.

"Tentera dan polis kini adalah penjaga negara. Rakyat akan memilih pemimpin akan datang. Sebelum ini, rakyat Mesir berhasrat mahu mengubah dunia dan saya memberitahu mereka, jika anda mahu untuk membina Mesir dan menukar masa depan pilihlah kerajaan tentera kerana hanya kami dapat merealisasikan impian itu," katanya.

Sementara itu, Kabinet Sementara Mesir difahamkan, mengadakan mesyuarat tertutup dipengerusikan  Presiden sementara Adly Mansour, untuk membubarkan Ikhwanul.

Kementerian Dalam Negeri pula dalam kenyataan mendakwa, lebih 1,004 ahli Ikhwanul ditahan dan melabelkan gerakan terbabit sebagai 'elemen rusuhan, selepas Ketua Al-Qaedah Ayman al-Zawahiri ditahan di Masjid Al-Fath, Ramsis, kelmarin.

Lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan

Pagi semalam, Pasukan Keselamatan Iskandariah menahan pimpinan kanan Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Dr Hamdi Hassan, Dr Ahmad An Nili dan Jurutera Majdi Bahi.

Sehingga kini, penangkapan tujuan pembersihan itu masih berterusan di Wardian.

Pakatan anti rampasan kuasa dalam kenyataan melaporkan, sekurang-kurangnya 38 penyokong Ikhwanul terbunuh ketika cuba melarikan diri dari konvoi penjara.

"Pembunuhan 38 tahanan itu berlaku ketika operasi pemindahan ke penjara Abu Zaabal. Mereka ditembak dengan peluru hidup dan gas pemedih mata yang dilepaskan dari tingkap," memetik laporan itu.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, peguam bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang digulingkan dalam kebangkitan pada 2011, Fareed El-Deeb berkata, Hosni akan dibebaskan dari penjara dalam tempoh 48 jam selepas pendakwaan terhadap kes rasuah digugurkan semalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bahan Kempen Lokman Adam, Yang Lain Mana?

http://www.youtube.com/watch?v=zZQSwjKWm3s&feature=youtube
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 20 Ogos 2013

PTPTN

Isu pinjaman ini adalah isu tak berkesudahan, Pinjam mahu tetapi bila bayar balik, jadi liat dan kalau boleh tak mahu bayar terus.

Pernah berlaku satu kisah seorang Benggali Sigh saman kerajaan kerana Imegresen melarang beliau meninggalkan negara untuk makan angin di luar negara.

Kereta besar, rumah besar, gaji besar tetapi hutang PTPTN sengaja tak mahu bayar.

Rata-rata yang enggan membayar hutang ialah anak-anak Pas, Dap dan Pkr. Kalau anak orang BN mereka bayar.

Pernah sekali anak seorang Umno yang termakan hasutan pembangkang turut enggan membayar hutang tetapi membayar setelah kena lecture oleh ibunya.

Kata anak kepada ibu " kerajaan sepatutnya menjadikan PTPTN sebagai biasiswa dan tak perlu bayar balik"

Jawab emaknya " hang mengaji pun malas, tak bersungguh, cuba dapat 1st Class, satu sen pun tak payah bayar balik, dia jadi biasiswa, ini lah rosak otak dok dengar cakap Rafizi Lembu"

Akhir anak terdiam dan kini membayar pinjaman ikut jadual.

Tindakan KJ yang membantah disenaraikan juga tidak tetap. Kj sepatutnya menyokong usahan kerajaan.

Menentang untuk menarik golongan muda? Kalau nak tarik golongan muda pemuda mestilah rajin turun ke kampung-kampung. Sejak beberapa tahun lalu bilangan ahli Umno yang hadir ke persidangan cawangan dan bahagian semakin mengecil. Dahulu zaman 90an setaip kali persidangan bilangan pemudalah yang paling ramai.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Takziah: Bekas AJK Veteran Umno Taiping.

Ucapan takziah kepada keluarga allahyarhan EN Che Mei Bin Che Rose 79 tahun, AJK Veteran Umno Bahagian Taiping yang kembali kerahmatullah awal pagi tadi di rumah beliau di Kampung Pokok Assam Taiping.

Semasa muda arwah pernah berkhidmat sebagai 'AC' atau polis bantuan pada zaman pemerintahan British. Al-Fatihah untuk arwah semoga mendapat rahmat Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 19 Ogos 2013

Fandi Ahmad tinggalkan JDT Harimau Selatan

Fandi Ahmad buat keputusan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) berkuat kuasa serta-merta, hari ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Merbok milik BN

Parlimen Merbok kekal milik Barisan Nasional (BN) selepas Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen dikemukakan oleh calon PKR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Virus Zeus serang facebook untuk curi maklumat kad kredit

Hacker menggunakan virus Zeus untuk mewujudkan 'likes' dan 'pengikut' palsu di Facebook, Twitter, Instagram, dan lain-lain media sosial yang kononnya ia adalah pengguna yang asal atau genuin. 

Virus Zeus adalah perisian pertama yang berniat jahat yang ditemui setakat ini di mana ia digunakan untuk menghantar pengesahan palsu. Virus ini biasanya digunakan untuk mencuri data kad kredit.

Read more: http://sebastianphiu.blogspot.com/2013/08/virus-likes-palsu-di-facebook-curi.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 18 Ogos 2013

Kes bom di Kelantan, seorang lagi ditahan

Polis hari ini menahan seorang lagi suspek kes letupan bom yang mengorbankan seorang kerani di Taman Sri Periuk, Tumpat pada 11 Ogos lalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Lokman Adam terus maju ke hadapan dalam kempen NKPUM

Nampaknya undian awal dalam blog TM jelas menunjukkan Saudara Lokman Adam bakal memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang baru.

Calon lain seperti Nazir Husin, Mohd Iruan Zulkifli dan Khairul Azwan bolehlah menarik diri awal-awal.

Saingan Lokman setakat hari ini ialah Shaik Hussein Mydin pun begitu TM tidak menyokong Shaik kerana beliau dari negeri yang kalah.

Eloklah Shaik tumpukan kepada Umno negeri dan tarik balik orang Melayu Pulau Pinang yang sesat dalam perjuangan aljub dan Pas Pis Pus.

Jika berjaya Shaik boleh diangkat ke jawatan yang lebih tinggi daripada jawatan NKPUM.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.