Insiden tembak sampai mati dari jarak dekat menjadi-jadi, apabila kerap berlaku pembunuhan, parti pembangkang mencemuh kerajaan.
Kononnya Malaysia bukan lagi sebuah negara yang selamat, mereka menyeru agar rakyat memakai jeket kalis peluru apabila berada di luar rumah. Akhbar Singapura juga mengambil kesempatan mencemuh negara dengan malebelkan nyawa teramat murah di Malaysia.
Akan tetapi setelah PDRM berjaya menumpaskan kumpulan gangster Hindu 04 di Pulau Pinang, parti pembangkang sekali lagi mencemuh kerajaan dan polis kerana bertindak diluar batas dengan membunuh kumpulan gangster tersebut.
Kumpulan 04, 08 dan lain-lain adalah nama kumpulan gangster Hindu yang cukup menggerunkan.
Di Taiping, beberapa tahun lalu pernah berlaku satu pembunuhan kejam keatas seorang pengusaha jual beli barangan lusuh di hadapan rumahnya di Simpang. Mangsa yang dilabelkan sebagai seorang yang baik dan seorang sami sebenarnya adalah ahli kumpulan samseng.
Di Pulau Pinang kaum keluarga samseng 04 telah bertindak dengan mengadakan perarakan khas mayat samseng dengan meletakkan banner 04 di kenderaan yang membawa mayat. Ia seolah-olah satu amaran kepada polis. Begitu juga dengan contengan Rest in peace 04 di dinding Ibu pejabat polis seolah-olah satu signal kepada. Polis.
Beberapa tahun lalu juga seorang samseng berbangsa India telah mati dalam insiden tembak di hadapan stesen minyak BP Jalan Kamunting Taiping. Ia juga menyebabkan keluarga mangsa cuba membawa mayat dan diarak di seluruh bandar Taiping. Tetapi apabila dihalang oleh polis, mereka memaki hamun ACP Yusuf Mat Diah tanpa ada rasa hormat kepada penjawat awam lebih-lebih yang bergelar Ketua Polis Daerah.
Nga Kor Ming dalam facebooknya, bukan main lagi mengkritik polis dan kerajaan apabila banyak berlaku kes tembak dan bunuh dari jarak dekat.
Kini merekalah yang membela mangsa dan selepas ini ramailah peguam akan mengambil kes untuk melawan kerajaan dan polis.
Sebagai rakyat Malaysia marilah kita dokong 5 prinsip rukun negara dan kami menyokong tindakan polis dalam menjaga keamanan negara.
Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan