Rabu, 21 Ogos 2013

Ramai menyokong pemberontakan Ikhwanul Muslimin di Mesir

Krisis politik di Mesir berada di episod paling puncak. Ini bermakna ikhwanul muslimin berada dipersimpangan iaitu kemenangan atau kekalahan, seperti lambung duit syiling. Krisis ini juga boleh disamakan menang jadi arang, kalah jadi abu.

Jika Ikhwanul Muslimin berjaya meneruskan pemberontakan ia akan membawa kepada peperangan saudara dan Mesir akan musnah seperti negara-negara Islam lain di benua Afrika, contoh terdekat ialah Somalia yang mendapat perhatian misi bantuan kemanusian oleh Malaysia sehingga menyebabkan seorang wartawan foto kita maut terkena tembakan.

Kini Mesir dikancah peperangan. Kemungkinan besar akan ada campur tangan barat secara total seperti yang dilakukan mereka di negara lain.

Penyokong Ikhwanul Muslimin ada diseluruh dunia termasuk dirantau Asia Tenggara seperti Indonesia dan Malaysia.

Di Malaysia ia terdiri daripada sekutu fahaman Syed Qutb dan Hasan al-Bana yang membawa satu fahaman politik baru yang didokong oleh Ikhwanul Muslimin dan Pas di Malaysia.

Ikhwanul Muslimin banyak berbohong dan banyak menfitnah dan sanggup melakukan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai

Di Malaysia juga facebooker,blogger dan juga wartawan seperti Liza Hassan dari Sinar Harian dilihat pro kepada doktrin Hassan al-Bana.

Ikhwanul Muslimin telah menuduh dan menfitnah Panglima Angkatan Tentera iaitu Al-Sisi sebagai satu nama seperti sebuah pertubuhan politik. Pada hal Al-Sisi adalah sebahagian daripada nama beliau dan tidak ada kena mengena dengan pertubuhan yang menentang Ikhwanul Muslimin.

Brotherhood of Islam mengengkari arahan perintah berkurung yang dikuat kuasa pada 14 Ogos dan meneruskan demontrasi menuntut dikembalikan kuasa kepada mereka dan mengangkat semula Morsi sebagai Presiden mereka.

Apabila pihak kerajaan bertindak menyuraikan mereka yang berdemo di jalanraya telah menyebabkan pemberontak mencari perlindungan di masjid.

Sejak awal lagi ikhwanul menuduh pihak tentera dengan sengaja menembak dan membunuh rakyat dan melabelkan mereka yang mati sebagai syahid.

Syahidkah mereka jika mengengkari arahan dan menentang pemerintah?

Inilah pembohongan puak-puak ikhwanul dan tindakan mereka sama seperti yang pernah dilakukan oleh peserta demo di Kuala Lumpur yang menjadikan Masjid Negara sebagai tempat perlindungan apabila diserang dengan gas pemedih mata oleh FRU.

Anak-anak muda Pas juga diajak keluar berdemo dan dijanjikan syahid jika mati dalam rusuhan bershit 1.0, bershit 2.0 dan bershit 3.0.

Kerajaan Mesir kini sedang mengkaji untuk mengharamkan pertubuhan Ikhwanul muslimin yang diasaskan oleh Syed Qutb dan Hasan al-Bana yang ternyata sesat dan menyimpang dari ajaran Islam.

Kerajaan Malaysia juga patut mengharamkan Pas kerana banyak menyeleweng dan memutarbelitkan agama untuk kepentingan politik mereka.

Satu lagi pembohongan Ikhwan ialah menuduh al-Sisi telah menutup pintu Raffah di Gaza, padahal perbuatan tersebut dilakukan oleh Mursi.

Sebab itu pejuang palestine menyifatkan kemenangan Mursi adalah kemenangan Rejim Zionis.

Hari ini satu lagi kempen dilakukan oleh Ikhwan dalam menarik sokongan dunia ialah dengan bahan kempen 4 jari ( 4RABIA) yang mahukan Ikhwanul terus bertahan sehingga Mursi dikembalikan kuasa.

Padahal sebelum ini Ikhwanullah yang sesungguh-sungguh meruntuhkan sistem demokrasi Mesir.

Berikut adalah tulisan akhbar Sinar yang menyokong Ikhwanul di Mesir.

Al-Sisi tagih darah rakyat

Oleh: LIZA HASAN
Tarikh: August 20, 2013
KAHERAH - MESIR. Demi menyelamatkan nyawa jutaan rakyat Mesir, Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan semua perarakan dan demonstrasi dibatalkan terutama di kawasan panas, Maadi dan Al-Misr Jadidah.

Ikhwanul dalam kenyataan kelmarin berkata, kehadiran penembak tepat di kawasan itu memungkinkan lebih ramai nyawa terkorban.

Perhimpunan di seluruh negara itu masih menempatkan matlamat sama iaitu menuntut kuasa Presiden Mohamed Mursi dikembalikan dan mengecam tindakan kejam tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.

"Rancangan perarakan ke Mahkamah Perlembagaan dan perhimpunan anti-tentera di Dataran Roxi dibatalkan atas faktor keselamatan," memetik kenyataan itu.

Demi menuntut kematian, jutaan rakyat semalam, meneruskan rancangan berarak ke Mahkamah Perlembagaan dengan berhimpun dapat dilihat di Helwan, Giza.

Media Al-Jazeera melaporkan, pada masa sama, puluhan penembak tepat mengambil ruang masing-masing dan hanya menunggu masa untuk melepaskan tembakan.

"Semangat luar biasa rakyat mengagumkan apabila sanggup menggadai nyawa, bersedia untuk kembali ke jalanan," menurut laporan itu lagi.

Dalam kejadian di Masjid Al Fath, Ramsis, sekurang-kurangnya 35 orang tahanan terbunuh semasa dalam perjalanan ke penjara.

Laporan mengatakan, kesemua tahanan itu ditahan selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan melakukan tembakan rambang peluru hidup untuk meleraikan mereka.

Tindakan kejam itu dilakukan selepas pihak keselamatan mendakwa, ribuan rakyat terbabit melanggar perintah berkurung dikeluarkan kerajaan sementara pada 14 Ogos lalu.  

Susulan kejadian itu, Ikhwanul mengeluarkan kenyataan kematian tersebut adalah satu 'pembunuhan' yang kini mencecah 800 nyawa.

Di Iskandariah, puluhan ribu menyertai enam perarakan mega di beberapa kawasan di daerah tersebut.

Keadaan mula kecoh apabila pasukan tentera dan polis membuat kepungan di Masjid Al Qaed Ibrahim dan menghalang laungan azan Asar.

Tentera dan kumpulan Tamarod bertindak menawan masjid tersebut dan melakukan tangkapan terhadap puluhan rakyat termasuk pelajar.

Al-Sisi ucap tahniah

Dalam satu kenyataan, Abdel Fattah memuji 'peranan mulia' dilakukan pasukan tentera dan polis untuk melindungi keselamatan negara.

"Saya berjanji menggunakan kuasa penuh terhadap mereka yang mahu memusnahkan Mesir. Tentera tidak berniat merampas kuasa. Tetapi penyokong Ikhwanul ingkar. Kami tidak akan berdiri diri melihat kemusnahan negara dan rakyat.

Kami telah memberikan banyak peluang untuk menamatkan krisis ini secara aman," katanya ketika sidang media pertama sejak operasi gempur penyokong Mursi, semalam.

Abdel Fattah berkata, beliau tidak menghalang pasukannya daripada menyerang musuh yang kini meragut 600 nyawa seperti angka dikeluarkan oleh kerajaan sementara.

Beliau juga berikrar untuk berdiri teguh dalam menghadapi keganasan Ikhwanul Muslimin dan Jamarod.

Menurutnya, beliau juga tidak akan bersekongkol dengan mereka yang bersubahat dalam krisis ini.

"Tentera dan polis kini adalah penjaga negara. Rakyat akan memilih pemimpin akan datang. Sebelum ini, rakyat Mesir berhasrat mahu mengubah dunia dan saya memberitahu mereka, jika anda mahu untuk membina Mesir dan menukar masa depan pilihlah kerajaan tentera kerana hanya kami dapat merealisasikan impian itu," katanya.

Sementara itu, Kabinet Sementara Mesir difahamkan, mengadakan mesyuarat tertutup dipengerusikan  Presiden sementara Adly Mansour, untuk membubarkan Ikhwanul.

Kementerian Dalam Negeri pula dalam kenyataan mendakwa, lebih 1,004 ahli Ikhwanul ditahan dan melabelkan gerakan terbabit sebagai 'elemen rusuhan, selepas Ketua Al-Qaedah Ayman al-Zawahiri ditahan di Masjid Al-Fath, Ramsis, kelmarin.

Lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan

Pagi semalam, Pasukan Keselamatan Iskandariah menahan pimpinan kanan Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Dr Hamdi Hassan, Dr Ahmad An Nili dan Jurutera Majdi Bahi.

Sehingga kini, penangkapan tujuan pembersihan itu masih berterusan di Wardian.

Pakatan anti rampasan kuasa dalam kenyataan melaporkan, sekurang-kurangnya 38 penyokong Ikhwanul terbunuh ketika cuba melarikan diri dari konvoi penjara.

"Pembunuhan 38 tahanan itu berlaku ketika operasi pemindahan ke penjara Abu Zaabal. Mereka ditembak dengan peluru hidup dan gas pemedih mata yang dilepaskan dari tingkap," memetik laporan itu.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, peguam bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang digulingkan dalam kebangkitan pada 2011, Fareed El-Deeb berkata, Hosni akan dibebaskan dari penjara dalam tempoh 48 jam selepas pendakwaan terhadap kes rasuah digugurkan semalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan