Isnin, 1 Julai 2013

Pembangkang perlu beri BN menang percuma di Kuala Besut.

Parti pembangkang tidak perlu bersusah payah untuk bertanding, beri sahaja kemenangan percuma kepada BN.

Sporting lah sikit seperti perlawanan bola sepak dimana berlaku kecedaran dan bola di buang keluar padang atau diberikan kepada penjaga gol.

Start game baru secara gentleman, jimat wang, jimat masa dan jimat tenaga.

Sewaktu penamaan calon nanti biarlah BN seorang saja yang datang, calon bebas pun kita tak mahu.

Buat masa ini pun BN kelebihan satu kerusi speaker menghalang Pas memerintah negeri ini walau pun ditakdir parti itu menang.

BN mempunyai kedudukan 18 kerusi termasuk satu kerusi speaker, manakala pembangkang 15 kerusi dan kalau mereka menang PRK kali ini, kedudukan masih 16-17.

"Sekiranya pembangkang menangpun ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka tetapi akan menyulitkan pembangkang.

Justeru, rakyat Malaysia mengharapkan tiada pertandingan di Kuala Besut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Calon BN Kuala Besut mestilah sihat tubuh badan bukan sahaja disenangi rakyat

UMNO Bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan yang disenangi penduduk Kuala Besut kepada Perdana Menteri untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut tidak lama lagi.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata UMNO mempunyai ramai calon yang layak yang berasal dari Kuala Besut untuk dicalonkan.

"Kita mempunyai ramai calon yang berkaliber dan disenangi rakyat terdiri dari tokoh pendidik, tokoh agama, pegawai pentadbir yang semuanya akan ditentukan oleh PM selepas ini," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan PRK dengan Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan barisan UMNO Perhubungan Negeri di Damai Beach resort di sini hari ini.

Menurutnya, Kuala Besut masih merupakan kawasan luar bandar dan majoriti penduduknya terdiri dari kaum nelayan yang berfikiran sederhana tetapi mesra.

Apapun setakat disenangi dan mesra rakyat sahaja tidak mencukupi. Syarat lain seperti yang disebut dahulu sewaktu banyak PRK 2008-2011) ialah calon mestilah mempunyai tahap kesihatan yang tinggi.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Negara kehilangan seorang lagi tokoh akademik tersohor

Tokoh akademik, Tan Sri Awang Had Salleh, 79, meninggal dunia, sebentar tadi, kata anaknya, Datin Norazlina Awang Had.  Jenazah akan dikebumi di Putrajaya.

Prof. Dr Awang Had Salleh (lahir 24 Jun 1934) ialah ahli akademik dan sasterawan Malaysia. Kerjaya akademiknya memuncak dengan pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia sebelum persaraannya. Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya.Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan. Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975.

Dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang, Awang menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betung, sebuah sekolah rendah di tempat asalnya. Pendidikannya kemudian tergendala, akibat Perang Dunia II. Walaupun demikian, beliau memperoleh keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh negeri Kedah pada tahun 1949,lalu menyertai Sekolah Melayu Seberang Perak. Pada 1951, Awang menyambung pendidikannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak seterusnya sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahagian Atas) daripada Universiti Malaya pada 1964, diselang seberapa tahun sebagai guru Bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star lalu sebagai Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC) yang juga di Alor Star. 

Pada sesi akademik 1963/1964, beliau turut bergerak aktif sebagai Yang Dipertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Pada 1964, Awang menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur lalu menjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada 1974. Selain itu, beliau juga menerbitkan novel sulungnya, Biru Warna, pada 1966. Ringkasan penerbit novel itu berbunyi sebahagiannya seperti yang berikut: "Keindahan rasa selalunya bermain dalam cahaya biru. Dan di tangan seorang seniman, cahaya itu digarapnya menjadi nada untuk muzik, menjadi bahasa untuk sastera, dan menjadi garis untuk lukisan. Dan Awang Had Salleh bukan saja mencipta "Biru Warna", sebuah novel, tetapi juga lukisan dan lagu dengan nama yang sama." Seorang yang berkecenderungan akademik, Awang kemudian memperoleh ijazah-ijazah yang lain sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi daripada Stanford University, California pada tahun 1969 serta juga dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan daripada Lancaster University, United Kingdom.

Pada 1975, Awang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dan kemudian menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia lalu menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia. Sejak 1996, beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam kegiatan penulisan, beliau melibatkan diri dalam penulisan kreatif (cerpen, novel, drama dan puisi) dari tahun 1954 hingga kira-kira tahun 1990. Beliau pernah menulis buku-buku untuk pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kegiatan menulis kertas kerja ilmiah dan rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan masih berterusan hingga sekarang. 

Pada tahun 1978-1980 beliau dipinjamkan ke ITM (kini UiTM) sebagai pengarah.

Pada masa ini, beliau masih meneruskan kegiatan kemasyarakatan dalam beberapa buah pertubuhan sosial dan semenjak bersara, beliau ikut serta dalam sebilangan kecil badan korporat swasta. Sebagai Presiden, beliau terus menerajui Persatuan Suluh Budiman (sejak 1973) dan Persatuan Pendidikan Malaysia (sejak 1975). Penganugerahan negara yang diterima beliau ialah Johan Mangku Negara (JMN), 1975, Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) 1978, dan Panglima Setia Mahkota (PSM), 1982. Penganugerahan akademik yang diterima beliau ialah Honorary Fellow ABE (UK), 1983, HonLLB (Brock) 1986, Distinguished Fellow ISIS (Malaysia) 1990, Hon DLitt (Kebangsaan) 1997, dan gelaran Profesor Emeritus (Universiti Utara Malaysia), 1997.

Pemergian beliau pagi tadi adalah satu kehilangan dalam dunia pendidikan negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 30 Jun 2013

Pas tersepit isu air Kedah Penang

Kerajaan Dap Pulau Pinang enggan membayar dan enggan melayan tuntutan kerajaan Kedah mengenai isu air. Ia bertentangan dengan Akta Air Negara.

Menghairankan ialah reaksi bisu oleh PAS dalam konflik ini.

Sebelum ini PAS dan pembangkang lain sering mengkritik kerajaan Johor yang kononnya menjual air kepada Singapore (Sg) dan membeli semula air yang siap diproses dengan harga yang lebih tinggi tetapi dalam soal air P.Pinang Kedah, mereka seolah-olah tidak bersetuju dengan tuntutan Kedah.

Sila jawab wahai PAS!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apabila Dap gagal merampas Putrajaya

Kerajaan yang memerintah sudah hampir 2 bulan genap usianya. Dewan Rakyat pun sudah mula bersidang,

Pas mula sepi dan hanya Harakah sahaja yang masih menyalak.

Pkr pun sudah sejuk, yang tinggal melalak hanya dua ekor sahaja.

Terus melalak ialah Dap. Kekecewaan Dap cukup jelas dan tempiasnya ialah kepada MCA dan Gerakan.

Kedua-dua parti komponen BN rasa bagaikan cubit peha kiri, peha kanan pun sakit, ini kerana Dap, Mca dan Gerakan parti majoriti Cina. Terutama apabila Najib menyebut bahawa kegagalan BN menguasai 2/3 kerusi parlimen adalah kerana Chinese tsunami.

Najib ada asasnya bila menyebut chinese tsunami, ini kerana wujud taiko-taiko yang kaya raya mendapat projek kerajaan berjuta ringgit akhirnya membantu pakatan pembangkang terutama Dap.

Peruntukan besar disalurkan pada hari-hari terakhir untuk menterbalikan kepercayaan pengundi cina daripada mengundi BN kepada Dap.

Mereka sanggup membawa balik pengundi yang berada di luar negara untuk balik menyokong mereka. Kempen SMS berjaya memadamkan segala rekod kebaikan kerajaan.

Bekas speaker Selangor 2008-2013 menyatakan sudah cukuplah BN memerintah 55 tahun dan sekarang masa untuk mereka pula menjadi pemerintah.

Terdapat juga segelintir komponen BN yang marah apabila Najib menyebut chinese tsunami.

Nasihat TM kepada parti dan orang Cina ialah supaya menolak Dap kerana cakap tak serupa bikin. Parti kuat tipu, parti rasuah dan parti anak beranak seperti Pkr. Rasuah punya pasal TBH terjun bangunan bunuh diri.
Kelmarin Kit Siang dalam dewan menuduh kerajaan Melaka menutup Jongker Walk kononnya membalas dendam terhadap pengundi cina dan Tony Pua pula mencadangkan penutupan bazar Ramadan. Nampak! Betapa sengkeknya otak mereka.

Tindakan KM Melaka adalah kerana ia menyebabkan jalan sesak, peniaga haram tanpa lesen, menjual barangan tiruan dan peniaga haram dari China, dll alasan.

Dap lupa bagaimana zalimnya mereka apabila kerajaan Pulau Pinang menutup dan merampas barangan penjaja Bumiputra di Pulau Pinang dan memberi kebebasan seluas luasnya ruang kepada peniaga Cina. Kenapa Kit Siang tak sebut dalam dewan?

Dap mahukan Malaysia mencontohi Singapore(Sg) dan dalam kempen PRU lalu Dap membawa tukang kempen palsu kononnya dari Sg untuk menghasut orang cina mengundi Dap jika mahu berjaya dan maju seperti Sg.

Dalam kempen Dap membawa agenda rasuah. Kerajaan BN kuat rasuah, tauke dadah dengan mudah merasuah pegawai kerajaan, penjenayah dengan senang lepas dari tangkapan dan hukuman, mereka bandingkan dengan Sg yang tegas dan tiada rasuah.

Oklah, cuma nak tanya satu sahaja soalan kepada Dap, Siapa yang kuat merasuah pegawai kerajaan? Adakah orang melayu?

Terbaru seorang Mak cik penjual nasi lemak disaman 1000 ringgit dengan alasan tiada lesen, bagaimana tauke kilang, tauke ayam kaki dua, tauke kelab malam dll yang berpuluh tahun berniaga tanpa lesen? Sebab mereka kaki rasuah dan dengan itu bebas melakukan kesalahan dan yang dapat nama buruk ialah kerajaan.

Bersambung/......
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 29 Jun 2013

Pas Kg Expo sekali lagi salah guna mimbar masjid

Pada Petang Jumaat, 28 Jun 2013, TM telah menerima satu mesej seperti berikut;

"TGH HARI TADI SAYA SOLAT JUMAAT DI MASJID KG EXPO ,KUTBAH OLEH IMAM RASHID ,OK , YG TAK OK NYA ,HJ MAT KASTAM ,GUNA PEMBESAR SUARA DI DLM MASJID SEBELOM KUTBAH ,ISTIHAR PADA JAMAAH ,BAHAWA ESOK SABTU AKAN DI ADA KAN MESYURAT AGONG ( PAS ) KG EXPO ,PERLANTIKAN PENGERUSI DAN AJK MASJID YG BARU ,TUAN 2 DI JEMPUT HADZIR ,BERTEMPAT DI DEWAN SURAU LAMA ,OK TK"

Jelas menunjukkan Pas Kg Expo masih menggunakan waktu solat Jumaat untuk berpolitik dan hari ini ramai geng Pas dari luar kariah datang untuk bersyuarat.

Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Speaker DUN Perak buka milik MIC, Faham!!!

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Pemilihan Devamany dibuat secara pengundian dengan beliau memperolehi 31 undi berbanding calon pembangkang, V. Sivakumar yang mendapat 28 undi.

Pencalonan Devamany, 56, bagi menggantikan Datuk R. Ganesan dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Dewamany adalah calon BN yang tewas kepada parti PSM di Sungai Siput. Beruntunglah beliau, walaupun kalah tetapi dilantik sebagai speaker.

Ini adalah kali kedua kerusi Speaker dikuasai oleh MIC. Ia adalah kejayaan MIC terutama Datuk Palanivel yang awal-awal lagi sudah memberi amaran kepada Zamry supaya memilih Speaker daripada ahli MIC.

Dewa seolah-olah 'mati hidup balik' kerana perlantikan tersebut.

Pesanan TM kepada MIC ialah janganlah jadikan kerusi speaker sebagai hak milik MIc untuk masa akan datang. Tak mahulah dalam PRU 14, 15, 16 nanti MIC akan menyatakan jawatan Speaker Dun Perak adalah milik kami, tiada siapa boleh mengambil alih jawatan tersebut.

Tetapi jika ada calon Adun MIC menang beberapa kerusi negeri ia tidak menjadi masalah. Apa yang sedihnya ialah sudah dua PRU MIC kalah semua kerusi.

Mulai tahun ini selepas memilihan kepimpinan baru diharapkan MIC akan berubah dan menang banyak kerusi, jika tidak mereka akan terus lenyap dari menjadi parti domain kaum India di Malaysia.

TM berharap Datuk Saravanan, satu satunya calon MP yang menang di Perak menjadi peneraju kepimpinan MIC untuk menarik lebih ramai anak muda bersama parti yang sama-sama telah membangunkan negara sejak sebelum merdeka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 28 Jun 2013

Hakim letak jawatan?

Apakah yang menyebabkan dia lepas jawatan? Tolong jelaskan supaya rakyat tidak keliru.

VT sigham banyak buat keputusan kontroversi sebelum ini, bukan sekali dua.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mandela meninggal dunia

Berita diterima menyatakan Mandela telah meninggal dunia hari ini pada usia 94 tahun. Pihak hospital telah menutup semua alat bantuan pernafasan dan mati dalam keadaan sediakala.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 27 Jun 2013

Ada PRK Kuala Besut

"SEBARAN MEDIA kononnya 'TIADA PRK DLM MASA 60 HARI LEPAS PRU' adalah TIDAK BERASAS! Rujukan SPR & Peguam UMNO: 'PRK KUALA BESUT AKAN DIADAKAN'" - YB DATUK AHMAD MASLAN, Ketua Penerangan UMNO juga Pengerusi Biro Publisiti & Penerangan BN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Riak Tak Bertempat

Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mengingatkan pakatan pembangkang supaya tidak terlalu mendabik dada dan menjaja kononnya mereka berhak membentuk kerajaan selepas memperoleh 51 peratus undi popular pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas.

Bangkit mempersoalkan perkara itu, Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata pakatan pembangkang tidak berhak menuntut mengenai undi popular kerana mereka bertanding mengikut lambang parti masing-masing berbanding BN.

"Setujukah Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bahawa BN memperoleh 48 peratus undi popular atas nama satu parti, satu logo dan satu dasar berbanding pakatan pembangkang yang menggunakan tiga lambang berbeza.

"Sebenarnya undi yang diperoleh pembangkang tidak mengikut dasar, lambang atau parti yang sama, jadi tidak sah untuk dakwa bahawa pakatan pembangkang mendapat undi popular," katanya ketika mencelah semasa Anwar membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat di sini.

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dalam perbahasaannya berterusan mendakwa wujudnya penyelewengan dalam pengendalian PRU13 selain menyatakan gabungan PAS-PKR-DAP mendapat sokongan rakyat berdasarkan undi popular yang diperoleh.

Menghangatkan lagi keadaan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim-Bandar Baharu) kemudiannya bangkit meminta pembangkang supaya menerima kenyataan serta keputusan PRU13 bahawa rakyat telah memilih memberi mandat untuk BN terus menjadi kerajaan.

Muka baharu di Parlimen itu juga menggesa supaya pakatan pembangkang untuk bersama maju ke hadapan, bukan lagi terus mempertikai keputusan PRU13 sambil menyatakan sebarang bantahan mengenainya perlu dilakukan mengikut lunas undang-undang melalui petisyen di mahkamah.

"Malah, semua di sini juga sudah bersetuju siapa yang mendapat majority daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan berhak membentuk kerajaan, jadi terimalah hakikat bahawa yang kalah tetap kalah," katanya.

Anwar kemudiannya berkata permohonan pakatan pembangkang menjadi satu parti sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kira-kira tiga tahun lalu, namun tiada jawapan diperoleh berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, jawapan Anwar itu dipertikai Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) dengan menjelaskan apa yang dibangkitkan Annuar ketika mencelah bukan berkaitan permohonan pendaftaran untuk menyertai pilihan raya tetapi soal undi popular yang sering digunakan pembangkang sebagai hujah bahawa BN ditolak rakyat.

Reezal berkata BN bertanding dalam pilihan raya sebagai sebuah parti tetapi pakatan pembangkang masuk sebagai parti yang 'berpecahbelah' dan 'berdiri sendiri', bukannya 'gabungan yang bersatu' sehingga berlaku pertembungan antara PKR dan PAS di banyak tempat.

"Maka sebab itu, kalau diambil perkiraan populariti mengikut dimensi yang sedikit berbeza dan kalau dikira secara 'berdiri sendiri', Umno telah menang 88 daripada 120 kerusi yang ditandinginya," katanya.

Pada PRU13 yang berlangsung 5 Mei lepas, gabungan PAS-PKR-DAP memenangi 89 kerusi Parlimen.

Persidangan bersambung esok.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 26 Jun 2013

Ratib

https://fbcdn-video-a.akamaihd.net/hvideo-ak-prn1/v/1038810_586616491378870_474111886_n.mp4?oh=ef709b1c9c258cec07094efdf0bba71f&oe=51CC588D&__gda__=1372396809_9ed9aff08519e07e68e022c1a502236d

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Milosuam charged in court

A Malacca based blogger "Milosuam" was charged in the Kota Kinabalu Magistrates Court for posting statements intended to cause fear among the people in the midst of the Sulu intrusion.

Yusuf Al Siddique Suratman, 29, pleaded not guilty to a posting under the heading "Pendatang asing bakal cetus huru hara di Sabah?" (Confidential information: Foreigners to cause chaos in Sabah) in which he claimed that 1,500 foreigners would cause chaos in Sabah with posting of documents purportedly by police.

Yusuf, who was charged on Tuesday under Section 505 of the Penal Code for causing fear and faces a maximum of two-years imprisonment or fine or both if convicted.

Magistrate Edward Paul set trial for July 22-23 and released Yusuf on RM15,000 bail with one local surety.

He was also ordered to surrender his passport to the court.

Senior Federal Counsel Jamil Aripin had told the court that the accused was charged in Kota Kinabalu because the blogpsot was widely read in Sabah.

Yusuf's counsel Erveana Ansari said that they were applying to the Attorney- General's Chambers to transfer the case to Kuala Lumpur.

Earlier, Jamil had objected to bail for Yusof on grounds that Yusuf was from peninsular Malaysia but Erveana argued that there was no reason for the accuse to abscond with a minor offence.

She said that Yusuf was getting married on June 29 and as a non-Sabahan, he would have to spend more money to travel here.

 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

VT Sigham sekali lagi memihak kepada pihak yang lawan kerajaan

Ibu kepada tahanan yang mati dalam lokap, A Kugan, N Indra berjaya memenangi tuntutan saman dikemukakan terhadap polis dan kerajaan Malaysia. 
 
Hakim Mahkamah Tinggi, VT Sigham memerintahkan defendan iaitu kerajaan dan polis membayar ganti rugi berjumlah RM851,700. 
 
Pada 13 Januari tahun lalu, Indra memfailkan saman menuntut ganti rugi RM100 juta dengan menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang ketika itu Ketua Polis Selangor sebagai defendan pertama. 
 
Defendan kedua adalah bekas anggota polis, V Navindran yang didapati bersalah mengakibatkan kecederaan kepada Kugan sebagai defendan kedua dan diikuti bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar dan kerajaan Persekutuan. 
 
Ketika ditahan, Kugan berusia 23 tahun dan adalah suspek kes curi kereta mewah. 
 
Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa semua defendan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anaknya semasa dia dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada PRK di Kuala Besut

Mengikut undang-undang SPR fasal 2 bahagian 5. Tiada PRK jika kematian ADUN dlm 60 hari selepas PRU. ADUN baru dipilih dari parti Bekas ADUN yg meninggal..... Apa-apa pun tunggu pengumuman dari SPR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cara mengerjakan Solat Sunat Istisqa

Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan) adalah solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh.

Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa'. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat.

Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lim Kit Siang buat-buat bodoh

Lim Kit Siang memang Cina rasis dan chauvinist. Hari ini cakap lain. Esok cakap lain.

Ini dalam isu SPR yang menjadi mangsa kekejaman pembangkang saban hari saban tahun.

Dahulu LKS mempertikai tentang sistem pendaftaran pemilih yang kononnya lemah dan membolehkan wujudnya ramai pengundi hantu. SPR harus teliti dalam soal pengundi. Jangan buat kerja cincai-cincai.

Tetapi hari ini lain pula bunyinya. SPR lemah dan lambat, pendaftaran ambil masa lama dan patut mencontohi New Zealand yang hanya mengambil masa satu hari sahaja.

Kenyataan LKS ialah kerana beliau kecewa ramai cina tak daftar diri sebagai pengundi.
Semasa berkempen PRU 12 dan 13 didapati anak-anak cina kategori seluar bell bottom yang bekerja sekalai kuli kedai cat kereta, kedai besi tak mengundi.

Sebab itulah LKS mahu daftar pemilih dipermudahkan. Hari ini daftar esok boleh terus mengundi.

Boleh baca laporan dari portal luar Negara ABNxcess:

DAP Menyeru SPR Untuk Melakukan Hanya Satu Fungsi - Menjalankan Pilihan Raya Yang Bersih Dan Adil

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata: "Di negara-negara lain, pendaftaran pengundi adalah satu proses yang sangat mudah - tetapi di Malaysia, ia adalah satu perkara yang sangat rumit. Mengapa ini boleh terjadi?

"Di New Zealand, pengundi boleh mendaftar pada malam sebelum hari mengundi bagi membolehkan mereka mengundi pada hari berikutnya, tetapi di Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil masa tiga hingga enam bulan sebelum pengundi baru boleh mendaftar dalam daftar pemilih."

Apa punya sialan lah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Institut Budaya Baru

Pada Sabtu lepas TM berkesempatan menghadirkan diri dalam satu program di bukit Kemensah yang terletak beberapa kilometer dari Zoo Negara dan kawasan petempatan mewah Kemensah Height.

Kedatangan TM disambut dengan cuaca panas dan jerubu. Walaupun ia tidak seindah ILMU di Janda Baik tetapi pembinaannya sangat mengkagumkan. Ini pertama kali TM sampai di sana. Sebelum-sebelum ini hanya setakat Kemensah Height sahaja.

TM percaya sewaktu PRU 13 yang lalu institut ini mungkin digunakan semakasimum oleh Umno Selangor. Jika tidak sia-sia lah ia dibangunkan dengan begitu rupa.

TM juga ingin mencadangkan supaya Umno Perak dapat membangunkan institut serupa dan sama seperti apa yang ada di sana.

Difahamkan institut tersebut terlepas daripada gangguan dan tuntutan pembangkang. Terima kasih kepada mantan MB Selangor ( Khir Toyo) yang berpandangan jauh dalam membangunkan Selangor.

Satu lagi usaha beliau ialah membangunkan Petaling Jaya Utara sebagai Zon Internasional. Kini Damansara Perdana, Kota Damansara, Damansara Damai menjadi tumpuan baru.

TM masih ingat awal tahun 2000 semasa TM membeli sebuah rumah di sana ketika itu ia bolehlah disamakan seperti bandar hantu atau tempat jin bertendang. Kini sesak dan sibuk.

Sebut tentang Khir, teringat pula kes banglo beliau yang menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun atas kesalahan memiliki banglo mewah.

Setahu TM, Khir Toyo telah berunding untuk memiliki hartanah tersebut sebelum menjawat jawatan MB lagi tetapi rundingan berlarutan begitu lama dan akhirnya menjadi milik beliau dengan kos yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual.

Kerana satu laporan SPRM oleh Jawa Cina Dap, Khir Toyo didapati bersalah. Bagaimana pula dengan rumah Anwar di Bukit Segambut, rumah ahli-ahli dan bekas Pkr?

Di kawasan mewah Kuala Lumpur banyak rumah agam hendaklah dibina dengan kos bermula RM 7 juta ke atas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kabinet bayangan

Pembangkang menolak cadangan Speaker supaya ditubuhkan kabinet bayangan dengan alasan mudah.

Alasan ialah kerajaan bayangan tidak mendapat maklumat kementerian kerajaan yang memerintah. Mereka mahu maklumat setiap perkara untuk memudahkan mereka berbahas.

Maknanya Khalid Samad mahu satu wakil pembangkang berada dalam setiap kementerian.

Itulah maksudnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK lagi

Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan media menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.

Bermakna satu PRK pertama akan berlaku.

Sebelum ini calon BN Adun Selinsing Perak telah meninggal dunia kerana serangan kuman pada jantung. Di takdirkan arwah kalah dan tiada PRK jika tidak Dun Selinsing lah akan menjadi gelanggang pertama PRK.

Timbul persoalan apabila banyak PRK selepas PRU 12 yang melibatkan Parlimen Kuala Terengganu, Bukit Gantang, dan beberapa Adun di Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain.

Maka timbul cadangan supaya setiap calon akan melalui ujian atau pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Persoalan TM sejak kematian calon BN Selinsing ialah adakah semua calon BN telah menjalani pemeriksaan kesihatan?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.