Ahad, 30 Jun 2013

Apabila Dap gagal merampas Putrajaya

Kerajaan yang memerintah sudah hampir 2 bulan genap usianya. Dewan Rakyat pun sudah mula bersidang,

Pas mula sepi dan hanya Harakah sahaja yang masih menyalak.

Pkr pun sudah sejuk, yang tinggal melalak hanya dua ekor sahaja.

Terus melalak ialah Dap. Kekecewaan Dap cukup jelas dan tempiasnya ialah kepada MCA dan Gerakan.

Kedua-dua parti komponen BN rasa bagaikan cubit peha kiri, peha kanan pun sakit, ini kerana Dap, Mca dan Gerakan parti majoriti Cina. Terutama apabila Najib menyebut bahawa kegagalan BN menguasai 2/3 kerusi parlimen adalah kerana Chinese tsunami.

Najib ada asasnya bila menyebut chinese tsunami, ini kerana wujud taiko-taiko yang kaya raya mendapat projek kerajaan berjuta ringgit akhirnya membantu pakatan pembangkang terutama Dap.

Peruntukan besar disalurkan pada hari-hari terakhir untuk menterbalikan kepercayaan pengundi cina daripada mengundi BN kepada Dap.

Mereka sanggup membawa balik pengundi yang berada di luar negara untuk balik menyokong mereka. Kempen SMS berjaya memadamkan segala rekod kebaikan kerajaan.

Bekas speaker Selangor 2008-2013 menyatakan sudah cukuplah BN memerintah 55 tahun dan sekarang masa untuk mereka pula menjadi pemerintah.

Terdapat juga segelintir komponen BN yang marah apabila Najib menyebut chinese tsunami.

Nasihat TM kepada parti dan orang Cina ialah supaya menolak Dap kerana cakap tak serupa bikin. Parti kuat tipu, parti rasuah dan parti anak beranak seperti Pkr. Rasuah punya pasal TBH terjun bangunan bunuh diri.
Kelmarin Kit Siang dalam dewan menuduh kerajaan Melaka menutup Jongker Walk kononnya membalas dendam terhadap pengundi cina dan Tony Pua pula mencadangkan penutupan bazar Ramadan. Nampak! Betapa sengkeknya otak mereka.

Tindakan KM Melaka adalah kerana ia menyebabkan jalan sesak, peniaga haram tanpa lesen, menjual barangan tiruan dan peniaga haram dari China, dll alasan.

Dap lupa bagaimana zalimnya mereka apabila kerajaan Pulau Pinang menutup dan merampas barangan penjaja Bumiputra di Pulau Pinang dan memberi kebebasan seluas luasnya ruang kepada peniaga Cina. Kenapa Kit Siang tak sebut dalam dewan?

Dap mahukan Malaysia mencontohi Singapore(Sg) dan dalam kempen PRU lalu Dap membawa tukang kempen palsu kononnya dari Sg untuk menghasut orang cina mengundi Dap jika mahu berjaya dan maju seperti Sg.

Dalam kempen Dap membawa agenda rasuah. Kerajaan BN kuat rasuah, tauke dadah dengan mudah merasuah pegawai kerajaan, penjenayah dengan senang lepas dari tangkapan dan hukuman, mereka bandingkan dengan Sg yang tegas dan tiada rasuah.

Oklah, cuma nak tanya satu sahaja soalan kepada Dap, Siapa yang kuat merasuah pegawai kerajaan? Adakah orang melayu?

Terbaru seorang Mak cik penjual nasi lemak disaman 1000 ringgit dengan alasan tiada lesen, bagaimana tauke kilang, tauke ayam kaki dua, tauke kelab malam dll yang berpuluh tahun berniaga tanpa lesen? Sebab mereka kaki rasuah dan dengan itu bebas melakukan kesalahan dan yang dapat nama buruk ialah kerajaan.

Bersambung/......
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan