Sabtu, 15 Jun 2013
Punca kekalahan Pas Kamunting
sebelum ini TM mendedahkan punca Pas ditolak di Kamunting ialah kerana Calonnya menerima dana yang besar daripada Dap.
Kedua ialah kerana membawa artis untuk berceramah.
Ketiga kerana calon berlakon dalam cerita pendek bersama Bob Lokman yang jelas tidak boleh diterima oleh pengundi.
Keempat wujudnya sokongan dan kerjasama dengan kumpulan Syiah.
Dan sebab lain ialah Allah tidak mengizinkan Pas menang.
Beberapa hari sebelum hari mengundi calon telah meminta rakannya mengadakan solat hajat.
Rakan beliau menerima permintaan atas dasar seorang kawan, walaupun solat hajat tersebut mahukan dia menang tetapi rakannya yang mengimamkan majlis solat tersebut telah memohon agar Allah menunjukkan kewajaranNya siapa yang sepatutnya menjadi pemimpin yang boleh diterima dan memberi khidmat kepada rakyat khasnya kawasan Kamunting.
Ada juga majlis solat hajat oleh Pas yang diadakan di surau dan masjid supaya diberikan kemenangan kepada parti Islam yang dapat menegakkan syiar Islam dan ternyata hajat mereka ditunaikan dengan kemenangan kepada BN.
Selepas selesai pengiraan undi Allah telah memilih Dato Zahir sebagai wakil rakyat. Begitulah ketentuan Allah yang sebagai tanda kesyukuran Dato Zahir segera ke Mekah untuk menunaikan Umrah.
Pun begitu Pas dijangka akan membuat petisyen untuk kerusi N16 kerana tak puas hati undi pos atau undi awal tetapi telah membatalkan hasrat mereka pada saat akhir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 14 Jun 2013
Kalau blackout guna lilin lah
Rafizi Ramli, berdegil dan perhimpunan itu tetap dibuat di Padang Merbok.
TM mencadangkan supaya puak-puak ini buat dikubur Jepun dekat DBP dan peserta wajib membawa lilin atau lampu suluh sempena malam blackout.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Berita menggegarkan kepala lutut Anwar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Asal Usul blackout
Pertama kali beliau blackout apabila ditahan oleh polis dan akibat terkena penumbuk pertama mata kirinya blackout seminggu.
Kedua kali blackout ialah apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun.
Blackout ketiga ialah selepas terkantoi dengan china doll dalam gelap dan paling terkantoi blackout ialah apabila ada bapok tua cium ketiak raja pembohong sendiri.
Bila aktiviti tersebar di internet, raja pembohong terus blackout berminggu-minggu.
Gagal menjatuhkan kerajaan menyebabkan raja pembohong terus blackout sampai sekarang. Meracau setiap malam agar hamba-hamba pecacai percaya cerita dongengnya tentang blackout adalah bukan salah dia sendiri tetapi salah china doll, salah bapok tua, salah semua orang.
Akhirnya hamba pecacai lupa segala cerita asal usul blackout sampai lupa terlupa jam mahal tertinggal dalam bilik kerana otak dah blackout.
Berkat mendoakan dan suka sangat dengan blackout, tak lama lagi akan datang lah blackout yang sebenarnya. Sama ada dalam lubang najis atau blackout dalam lubang kubur.
Itulah serba sedikit asal perkataan blackout dari raja pembohong parti kuat rogol.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 13 Jun 2013
Malaysia bumi bertuah
Bertuah bumi Malaysia ...
Azan berkumandang di mana-mana. Juga di TV dan radio. Ditambah dengan bacaan ayat2 Quran sebelum dan selepasnya. Ada pejabat kerajaan dan swasta menyiarkan bacaan quran setiap pagi sebelum mulakan tugas. Masjid dan surau di merata tempat, hinggakan di stesyen minyak, hotel dan pusat beli-belah pun ada. Pekerja bebas untuk beribadah, malah majikan boleh dikenakan tindakan jika menghalang pekerjanya bersolat. Pakaian menutup aurat tidak dilarang, malah digalaknya. Dan berpurdah atau tutup semua pun boleh. Kuliah-kuliah magrib, isyak, subuh, zuhur, asar dimana-mana, termasuk di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Saban tahun diadakan tilawah al-quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dan hari-hari besar Islam juga diraikan dimana-mana ...
Bertuah bumi Malaysia ...
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151654090337630&set=a.275633477629.143560.528382629&type=1&relevant_count=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rafizi Oh Rafizi
Butir-butir atau alasan petisyen belum diumumkan. Cuma mungkin 3 isu utama seperti isu dakwat, isu 40 ribu pengundi Bangla dan undi pos.
Selepas ini Rafizi tak boleh bercakap lagi mengenai PRU kerana ia adalah satu kesalahan atau lebih senang disebut prejudice.
Maka 22 Jun perhimpunan Blackout 505 akan menjadi majlis ceramah Mengumpul dana RM 1.5 juta untuk kos perbicaraan termasuk kos guaman.
Seronoklah majlis peguam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 12 Jun 2013
Dari Email: isu panas CIMB
Sila buat lapuran tuan pada Bank Negara dengan SEGERA
2013/4/30 mohd zaki <masterzaki@gmail.com>
1. Dimaklumkan lebih kurang 5 petang pada 29 April 2013 saya telah memasukkan RM300 ke dalam mesin cash deposit di ATM CIMB Cawangan Kajang. Bayaran itu adalah untuk menjelaskan bayaran kereta Perodua Kenari saya yang berjumlah RM264.00 sebulan.
2. Namun tadi saya telah menghubungi pusat panggilan auto finance CIMB di no 03-22956688 pada 30 April 2013 jam 12.00 tengahari untuk pengesahan bayaran yang telah saya bayar semalam.
3. Secara logiknya, bayaran bulanan yang dipersetujui dalam perjanjian hire-purchase adalah RM264.00. Dan saya telah membayar RM300.00 ke dalam mesin atm cash deposit. Sepatutnya ada lebihan wang sebanyak RM36.00 yang dimasukkan ke dalam bayaran bulanan yang akan datang.
4. Namun saya difahamkan oleh pegawai perkhidmatan yang menjawab panggilan telefon tadi, bernama Cik Yana, CIMB Bank tidak lagi mengkreditkan wang lebihan yang dibayar oleh pelanggan ke dalam bayaran ansuran bulan yang akan datang.
5. Jadi ke mana lebihan wang saya disalurkan?Jika wang lebihan RM36.00 itu untuk seorang pelanggan macam saya, cuba pihak tuan kalikan dengan jumlah pelanggan CIMB yang mungkin mencecah 2 juta orang, maka jumlah wang yang diambil oleh CIMB bank ini berjumlah RM72 juta. Bukankah ini satu penyelewengan salah yang dilakukan oleh pihak bank?
6. Pegawai CIMB berkenaan menyatakan duit lebihan itu akan dikumpulkan sehingga genap jumlah yang sama dengan bayaran ansuran bulanan iaitu untuk kes saya sebanyak RM264.00 barulah lebihan wang itu akan dimasukkan dalam akaun saya.
7. Soalan saya, sehingga wang itu dikumpulkan genap menjadi sama nilai dengan bayaran bulanan itu, maka di mana wang itu diletakkan? Sepatutnya ke dalam akaun pinjaman pelanggan juga, namun ia tidak berlaku. Kerana dimaklumkan bahawa wang lebihan itu tidak dikira sebagai bayaran ansuran untuk bulan akan datang. Jadi di mana wang lebihan itu diletakkan?
8. Kemudian pihak CIMB Bank menganiaya pelanggan kerana di mesin atm cash deposit, wang seperti RM1 atau sen tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin, jadi bagaimana pelanggan mahu menggenapkan bayaran bulanan seperti kes saya yang berjumlah RM264(dan ada sen). Sudah pasti pelanggan akan membayar lebih iaitu RM300 bagi menggenapkan nilai tersebut. Tetapi wang lebihan itu tidak pula dikira untuk bayaran ansuran bulan akan datang. Jadi di mana keadilannya untuk pelanggan?
9. Pelanggan tidak dibenarkan membuat bayaran ansuran bulanan kereta di kaunter kerana menyusahkan pegawai yang bertugas di kaunter, maka kami disuruh membuat bayaran di atm mesin cash deposit, tetapi perlu membuat bayaran lebih sebab mesin tidak boleh menerima nilai genap Ringgit dan sen. Jadi soalan saya, adakah ini cara terbaru CIMB Bank mengambil keuntungan berjuta ringgit dengan cara menzalimi pelanggan?
10. Saya juga ingin memaklumkan CIMB membuat undang-undang baru ini tanpa memaklumkan kepada pelanggan secara bertulis atau tanpa notis surat. Maka ini semua adalah satu kesalahan yang berat yang dilakukan oleh pihak CIMB kepada pelanggan. Mengambil duit pelanggan tanpa pengetahuan pelanggan. Wang lebihan yang dikatakan dikumpulkan itu mungkin akan dimasukkan ke dalam akaun tertentu yang memberi keuntungan kepada CIMB dengan cara mudah.
11. Saya memohon pihak bank negara menjalankan siasatan dengan segera ke atas tindakan CIMB Bank yang menzalimi rakyat jelata dan pelanggan bank khususnya.
Pohon lain-lain pendapat semua sahabat.
Pengguna 1 satu suara, satu kekuatan,
Terima kasih.
M. Zaki A. Lati
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 11 Jun 2013
Pas gila bukan semaacam
Pendapatan ialah 27 kali ganda 5 kali sehari. Siap dengan Elaun Perjalanan 1 langkah ke masjid 1 pahala + hapus 1 dosa. Ia juga termasuk dengan bonus mingguan iaitu Khutbah Jumaat, kuliah subuh dan kuliah magrib.
Kelayakan untuk jawatan kosong tertulis, Baligh, Tidak Gila, Lelaki dan Perempuan yang tidak uzur Syarie.
Untuk itu hadir ke ke masjid berdekatan untuk temuduga datang waktu subuh sampai isya.
Tarikh tutup, sebelum kiamat dan telefon nombor 24434 ( ikut rakaat).
Hahaaha! Hebat Pas Taman Mewah. Cuma nak tanya satu saja. Dulu Pas kata haram undi calon bukan Islam tetapi Pas Bukit Gantang undi calon PKR al-Jubury iaitu kapiaq makan babi cina Johor.
Apa pun kalau dok dengar ceramah maki hamun tak akan dapat pahala pun. Pas kata ulama waris nabi tetapi ularmak Pas dok maki orang, nak dapat apa?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
BN Perak tidak akan buat petisyen
Dengan demikian tamat spekulasi yang menyatakan BN Perak akan membuat petisyen dan kita tunggu apakah pula reaksi pembang Perak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 10 Jun 2013
Ajaran Al-Arqam
Kumpulan yang diharamkan sejak 1994 dikatakan tidak menjejaskan keselamatan negara kata TKPN DS Bakri Zinin.
Polis memantau dari sudut keselamatan dan ancaman kepada negara. Akan tetapi bagaimana pula tentang ajaran mereka yang semakin berkembang dikalangan generasi ketiga pengikut kumpulan ini?
Apa peranan JAKIM dan apa peranan Jabatan Agama Islam setiap negeri. Kenapa tidak didakwa pemimpin mereka di mahkamah syariah?
Bukan saja Al-Arqam yang mengancam aqidah umat Islam tetapi ajaran Syiah turut mengancam umat Islam. Apakah tindakan Jabatan Agama Islam?
Sekarang Arqam mengadakan sidang parlimen roh pulak. Sikit hari lagi ada pula majlis yakazah atau majlis kahwin ramai-ramai, pilih saja yang mana suka terus kawin.
Ayuh Jakim bertindaklah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ekoran pendedahan media mengenai pondan di Taiping
Polis sering membuat tangkapan atas salah laku berpakaian 'cross dressing' biasanya mereka akan buat operasi pada Jumaat malam dan dihadapkan ke mahkamah pada hari Isnin. Pada ketika itu misai dan janggut mula memanjang.
Polis pun sudah muak untuk menangkap mereka dan mengadapkan mereka ke mahkamah.
Mahkamah pun mungkin sudah fed up dengan kes cross dressing ini.
Kebanyakan pondan ini adalah orang luar dari dan ada juga yang berasal dari luar bandar termasuk dari Kedah, Penang dan Sarawak.
Terdapat juga pondan yang melacurkan diri untuk membeli dadah dan ramai diantara mereka adalah pengidap HIV/Aids.
Pihak jabatan agama Islam pun dilihat tidak bertindak untuk memperbetulkan aqidah pondan ini sebaliknya lebih berminat ke arah aktiviti politik dan menerjah bilik-bilik hotel untuk menangkap kes khalwat.
Kes pondan pernah dibongkar oleh TV3 beberapa tahun lalu.
Link berikut ada butiran kisah pondan di Taiping.
http://t.co/cS6YBJ13VG
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 9 Jun 2013
Kenapa MIC nak boikot kerajaan negeri Perak?
Sebelum PRU yang lalu juga kecoh kononnya Dr Zambry akan mengurangkan kerusi MIC kepada 2 kerusi Dun berbanding 4 pada 2008.
Dalam PRU lepas MIC hanya menang satu kerusi Parlimen di Tapah yang di wakili oleh Datuk M. Saravanan dan kalah buat kali kedua di Sungai Siput yang diwakili oleh Datuk SK. Devasamy.
2008 MIC juga kalah semua 4 kerusi iaitu di Pasir Panjang, Behrang, Hutan Melintang dan Sungkai.
2013 sekali lagi MIC kalah disemua 3 kerusi Dun iaitu Buntong, Jelapang dan Hutan Melintang
Oleh yang demikian MIC wajar mengukuhkan semula kedudukan parti sebelum bercakap soal boikot.
Dalam tahun 2010 MIC hanya berjaya mendaftar pengundi sebanyak 179 orang sahaja. Ia menunjukkan MIC Perak berada ditahap yang sangat lemah.
Nasihat TM kepada MIC ialah jangan menuntut apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri sebaliknya perlu pulihkan parti untuk PRU 14.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas elak imej 'Lebai Malang'
Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, kenyataan bercelaru kepimpinan Pas hari ini dalam pelbagai isu, termasuk isu himpunan haram anjuran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai satu permainan politik selamat parti tersebut.
"Pas tahu, majoriti rakyat, khususnya umat Islam menolak pendekatan Ketua Pembangkang yang cuba membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat dengan mengadakan himpunan haram yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.
"Sebab tu kita dapat lihat sikap dan pendirian Pas yang tidak konsisten berhubung isu-isu seperti ini dilihat sebagai satu cara politik selamat di mana mereka cuba memenangi hati rakyat dan dalam masa yang sama, cuba untuk menjaga perhubungan parti gabungan di dalam pakatan," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Menurutnya, dengan pendekatan sebegitu, Pas berharap agar imej Lebai Malang yang menghantui parti tersebut selama ini dapat diubah agar parti tersebut dilihat mempunyai pengaruh dan kuasa mengatasi DAP dan PKR di dalam gabungan Pakatan Pembangkang.
"Tetapi malangnya, bagi saya apa yang dilakukan oleh Pas itu lebih menampakkan kelemahan dari sudut pendirian mereka. Rakyat melihat kepimpinan Pas tidak konsisten dalam menyatakan pendirian mereka dan hakikatnya mereka masih tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.
"Sudah jelas bahawa selama ini Pas yang berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, namun yang berkuasa ialah DAP dan PKR.
"Lebih malang lagi apabila Pas ternyata hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk DAP dan PKR. Apabila terbentuk kerajaan, mereka tidak diberikan sebarang jawatan bak pepatah melukut di tepi gantang,"tegasnya.
Jelasnya lagi, hari ini rakyat sudah melihat betapa malangnya Pas apabila parti tersebut membuat keputusan untuk bergabung bersama DAP dan PKR serta menolak sebarang usaha perpaduan bersama UMNO.
"Sudah banyak perkara yang akan tercicir daripada perjuangan parti tersebut. Pas begitu banyak berkorban prinsip dan perjuangan mereka demi untuk DAP dan PKR.
"Saya yakin, sekiranya Pas terus bersama Pakatan Pembangkang, lebih banyak lagi agenda perjuangan mereka yang akan tercicir. Jangan kelak nanti yang dikendong tak dapat dan yang dikejar pula keciciran," ujarnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 8 Jun 2013
Harun Din kata demo Blackout seperti perhimpunan di Mekah!
Beliau membayangkan perhimpunan yang kerap dilakukan pembangkang umpama umat Islam berhimpun di Mekah, lapor Harakahdaily.
Haron berkata beliau menyokong sebarang perhimpunan aman selagi ia tidak mencetuskan sebarang malapetaka walaupun PAS sebelum ini menolak cadangan itu.
"Lagipun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpunan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dinamakan sebagai demonstrasi tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhimpunan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong," kata beliau.
Pakatan pembangkang enggan mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti mudah 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen lalu mengajak rakyat seluruh negara untuk turun berhimpun menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beberapa siri perhimpunan yang diberi nama 'Blackout505' diadakan di seluruh negara berjaya mengumpul jumlah besar rakyat yang majoritinya berbangsa Cina mendakwa berlaku penyelewengan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan PRU13.
Antara dakwaan-dakwaan termasuk dakwat kekal yang mudah ditanggalkan, mengimport pengundi hantu, jumlah kertas undi yang dikeluarkan melebihi pengundi dan gambar insiden 'lampu padam' yang masih gagal dibuktikan kesahihannya.
Sehubungan dengan itu kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil inisiatif meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas Parlimen dwi-partisan untuk tujuan pemantauan.
Namun setakat ini pembangkang enggan menyatakan sebarang komitmen terhadap cadangan tersebut malah berhasrat untuk memboikot majlis angkat sumpah sidang Parlimen ke-13 pada 24 Jun ini.
SPR menipu pengundi
Haron dalam pada itu mendakwa SPR telah 'menipu' pengundi berhubung kredibiliti dakwat kekal yang digunapakai pada pilihan raya umum lalu.
Katanya istilah dakwat kekal yang didakwa mampu bertahan untuk tempoh tertentu bagaimanapun gagal dibuktikan oleh SPR. Justeru membangkitkan persoalan sama ada wujud unsur penipuan.
"Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR.
"Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi," katanya.
Pada hari mengundi 5 Mei lalu, Haron yang merupakan calon PAS kawasan Parlimen Arau antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditangannya tidak kekal selepas membuang undi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rajagopal salah lagi
Begitulah bunyi berita radio petang tadi. Bekas pemain handalan negara tahun 70 dan 80an Khalid Ali juga mengkritik perlawanan persahabatan dengan kelab yang diwakili oleh pemain bertaraf hobi yang diwakili pekerja ladang, penjual insurance, dan lain-lain.
Tindakan Rajagopal memalukan dan membazirkan wang rakyat kerana tidak tahu memilih lawan untuk menguji pasukan negara.
Atas tindakan yang memakan diri sendiri dan menjatuhkan maruah pasukan negara, maka wajarlah Rajagopal meninggalkan pasukan kebangsaan. FAM perlu lah mencari pengganti baru.
FAM juga patut dipersalahkan kerana membenarkan pasukan bola sepak kebangsaan membazirkan wang dengan cara salah dan merugikan negara. Apabila media tempatan mereka memalukan kita.
Tunggu apa reaksi FAM selepas ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 7 Jun 2013
Isu SJKC
tolong jawab...
==
Mohamad Saifullah wrote:
Sebelum ini ultra kiasu mensyaratkan, guru-guru bukan Cina yang mengajar BM dan BI di SJKC mesti mendapat kredit bahasa Cina dalam SPM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk mengajar di SJKC. Kerajaan terpaksa akur kerana mahukan undi mereka.
Sebahagian besar guru-guru BM dan BI bukan Cina telah dikeluarkan daripada SJKC. Begitu juga dengan kerani-kerani Melayu pun di sana perlu menguasai bahasa Cina.
Saya tidak faham, kenapa dan mengapa kerajaan tunduk dan akur kepada desakan ini, sedangkan semua sekolah ini berada dalam sistem pendidikan negara berpaksikan perlembagaan, menjunjung agenda negara.
Semua gaji mereka dan prasarana disediakan oleh kerajaan. PRU13 membuktikan, bahawa pemberian tidak dibalas.
Apakah kita akan teruskan permainan ini?Ingatan saya kepada kepada yang menerajui kerajaan, jangan terlalu mengemis untuk mendapat simpati mereka. Jika madu yang diberi, tuba yang dibalas, segerakan Bahasa Melayu sebagai pengantar.
Gunakan akta pelajaran 1996 untuk kuatkuasakan Bahasa Melayu di semua jenis sekolah, walaupun kuasa untuk menghapus sekolah vernakular sudah tidak ada lagi, kerana peruntukan akta tersebut telah dihapuskan dengan kewujudan akta pelajaran 1996.
Psss..........: sapa nak tolong jwb ni????
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas masih main wayang
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh yang menasihati ahli Pas agar tidak terlibat dengan himpunan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan itu, namun kenyataan itu bagi saya hanyalah sekadar pandangan peribadi yang tidak menjadi dasar kepada pendirian parti.
Sewaktu program Blackout pertama, Tantawi mengadakan majlis kesyukuran merayakan kemenangannya di Temerloh Pahang, tetapi pada program blackout di Amcorp Mall, Tantawi mengetuai kumpulan Pemuda Pas dan ramai pemimpin Pas seperti Mat Sabu, Husam Musa, Salehudin Ayub muncul dipentas untuk 'menghasut' rakyat menjatuhkan kerajaan.
Husam pernah membayangkan kerajaan boleh jatuh dengan sendiri jika kerajaan lemah itu lemah dan jika kerajaan jatuh jangan disalahkan pembangkang pula.
Dalam Islam terutama dalam ilmu fiqah sunnah jelas melarang usaha menjatuhkan kerajaan seperti yang dirancangkan oleh Anwar Ibrahim.
Sistem demokrasi telah pun digunapakai untuk menentukan kerajaan yang memerintah pada 5 Mei sebulan lalu. Keputusan PRU 13 menyaksikan pembangkang kekal menguasai 3 negeri tetapi kerana gagal menguasai Putrajaya menyebabkan Anwar berusaha menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan secara demo jalanan.
16 Jun depan, Anwar mengajak penyokongnya berhimpun di Kuala Lumpur untuk membantah keputusan PRU 13 dan sekaligus mahukan kerajaan dijatuhkan dengan hanya 'perhimpunan blackout'.
Dap Pulau Pinang lain cerita pula, mereka berpuas hati dengan keputusan PRU 13, namun LKS dan beberapa ekor Dap Selangor sahaja yang masih tak puas hati kerana gagal ke Putrajaya.
Bekas Speaker Selangor pula di Amcorp Mall berkata "Apa lagi BN mahu? Cukuplah 55 tahun jadi kerajaan, bagilah kepada kita pulak".
Masalahnya ialah BN masih dipilih oleh rakyat dan BN menang 133 kerusi, Dap, Pas dan Pkr hanya dapat 89 kerusi. Kalau BN menang dengan kelebihan satu atau dua kerusi pun BN tetap akan menjadi kerajaan.
So, apa nak sibuk-sibuk buat rusuhan dan kecoh. Kepada parti Pas pula tolong buat keputusan tentang hukum haram menjatuhkan kerajaan melalui rusuhan. Apakah Pas masih berpegang kepada ideology Syed Qutb dan Hasan Al-bana?
Bersambung/....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.