Rabu, 12 Jun 2013

Dari Email: isu panas CIMB

 
Sila  buat lapuran tuan pada Bank Negara dengan SEGERA


2013/4/30 mohd zaki <masterzaki@gmail.com>
 
1. Dimaklumkan lebih kurang 5 petang pada 29 April 2013 saya telah memasukkan RM300 ke dalam mesin cash deposit di ATM CIMB Cawangan Kajang. Bayaran itu adalah untuk menjelaskan bayaran kereta Perodua Kenari saya yang berjumlah RM264.00 sebulan.

 2. Namun tadi saya telah menghubungi pusat panggilan auto finance CIMB di no 03-22956688 pada 30 April 2013 jam 12.00 tengahari untuk pengesahan bayaran yang telah saya bayar semalam.

 3. Secara logiknya, bayaran bulanan yang dipersetujui dalam perjanjian hire-purchase adalah RM264.00.  Dan saya telah membayar RM300.00 ke dalam mesin atm cash deposit. Sepatutnya ada lebihan wang sebanyak RM36.00 yang dimasukkan ke dalam bayaran bulanan yang akan datang.

 4. Namun saya difahamkan oleh pegawai perkhidmatan yang menjawab panggilan telefon tadi, bernama Cik Yana, CIMB Bank tidak lagi mengkreditkan wang lebihan yang dibayar oleh pelanggan ke dalam bayaran ansuran bulan yang akan datang.

 5. Jadi ke mana lebihan wang saya disalurkan?Jika wang lebihan RM36.00 itu untuk seorang pelanggan macam saya, cuba pihak tuan kalikan dengan jumlah pelanggan CIMB yang mungkin mencecah 2 juta orang, maka jumlah wang yang diambil oleh CIMB bank ini berjumlah RM72 juta. Bukankah ini satu penyelewengan salah yang dilakukan oleh pihak bank?

 6. Pegawai CIMB berkenaan menyatakan duit lebihan itu akan dikumpulkan sehingga genap jumlah yang sama dengan bayaran ansuran bulanan iaitu untuk kes saya sebanyak RM264.00 barulah lebihan wang itu akan dimasukkan dalam akaun saya.

 7. Soalan saya, sehingga wang itu dikumpulkan genap menjadi sama nilai dengan bayaran bulanan itu, maka di mana wang itu diletakkan? Sepatutnya ke dalam akaun pinjaman pelanggan juga, namun ia tidak berlaku. Kerana dimaklumkan bahawa wang lebihan itu tidak dikira sebagai bayaran ansuran untuk bulan akan datang. Jadi di mana wang lebihan itu diletakkan?

 8. Kemudian pihak CIMB Bank menganiaya pelanggan kerana di mesin atm cash deposit, wang seperti RM1 atau sen tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin, jadi bagaimana pelanggan mahu menggenapkan bayaran bulanan seperti kes saya yang berjumlah RM264(dan ada sen). Sudah pasti pelanggan akan membayar lebih iaitu RM300 bagi menggenapkan nilai tersebut. Tetapi wang lebihan itu tidak pula dikira untuk bayaran ansuran bulan akan datang. Jadi di mana keadilannya untuk pelanggan?

 9. Pelanggan tidak dibenarkan membuat bayaran ansuran bulanan kereta di kaunter kerana menyusahkan pegawai yang bertugas di kaunter, maka kami disuruh membuat bayaran di atm mesin cash deposit, tetapi perlu membuat bayaran lebih sebab mesin tidak boleh menerima nilai genap Ringgit dan sen. Jadi soalan saya, adakah ini cara terbaru CIMB Bank mengambil keuntungan berjuta ringgit dengan cara menzalimi pelanggan?

 10. Saya juga ingin memaklumkan CIMB membuat undang-undang baru ini tanpa memaklumkan kepada pelanggan secara bertulis atau tanpa notis surat. Maka ini semua adalah satu kesalahan yang berat yang dilakukan oleh pihak CIMB kepada pelanggan. Mengambil duit pelanggan tanpa pengetahuan pelanggan. Wang lebihan yang dikatakan dikumpulkan itu mungkin akan dimasukkan ke dalam akaun tertentu yang memberi keuntungan kepada CIMB dengan cara mudah.

11. Saya memohon pihak bank negara menjalankan siasatan dengan segera ke atas tindakan CIMB Bank yang menzalimi rakyat jelata dan pelanggan bank khususnya.

Pohon lain-lain pendapat semua sahabat.

Pengguna 1 satu suara, satu kekuatan,

Terima kasih.

M. Zaki A. Lati
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan