Jumaat, 7 Jun 2013

Isu SJKC

Emma Harith wrote:

tolong jawab...
==
Mohamad Saifullah wrote:

Sebelum ini ultra kiasu mensyaratkan, guru-guru bukan Cina yang mengajar BM dan BI di SJKC mesti mendapat kredit bahasa Cina dalam SPM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk mengajar di SJKC. Kerajaan terpaksa akur kerana mahukan undi mereka.

Sebahagian besar guru-guru BM dan BI bukan Cina telah dikeluarkan daripada SJKC. Begitu juga dengan kerani-kerani Melayu pun di sana perlu menguasai bahasa Cina.

Saya tidak faham, kenapa dan mengapa kerajaan tunduk dan akur kepada desakan ini, sedangkan semua sekolah ini berada dalam sistem pendidikan negara berpaksikan perlembagaan, menjunjung agenda negara.

Semua gaji mereka dan prasarana disediakan oleh kerajaan. PRU13 membuktikan, bahawa pemberian tidak dibalas.

Apakah kita akan teruskan permainan ini?Ingatan saya kepada kepada yang menerajui kerajaan, jangan terlalu mengemis untuk mendapat simpati mereka. Jika madu yang diberi, tuba yang dibalas, segerakan Bahasa Melayu sebagai pengantar.

Gunakan akta pelajaran 1996 untuk kuatkuasakan Bahasa Melayu di semua jenis sekolah, walaupun kuasa untuk menghapus sekolah vernakular sudah tidak ada lagi, kerana peruntukan akta tersebut telah dihapuskan dengan kewujudan akta pelajaran 1996.

Psss..........: sapa nak tolong jwb ni????
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan