Khamis, 4 April 2013
Kata YB @khairyKJ dari FB.
Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13.
Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu.Tetapi saya seorang yang agak old-fashioned.
Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga.
Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prinsip yang sama.
Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon. Kita sentiasa berucap tentang perpaduan dan kesetiaan dalam parti, inilah masa untuk kita membuktikannya melalui amalan dan tindakan.
Mungkin pengalaman saya boleh menjadi teladan. Saya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, pangkat Naib Presiden UMNO. Namun saya tidak dilantik dalam Kabinet. Perkara ini dijadikan bahan ejekan bagi musuh-musuh politik terhadap saya.
Walaupun begitu, saya tak pernah erti istilah sedih, kecewa, marah atau merajuk. Selama empat tahun jadi Ketua Pemuda saya terus berjuang dan melaksanakan tugas sebaik mungkin.
Sebab bagi saya yang penting bukan jawatan, tetapi niat kita untuk berkhidmat demi rakyat dan keberkesanan kita untuk membawa kebaikkan kepada rakyat. Marilah sama-sama kita gerak sebagai satu pasukan.
Saya yakin sekiranya barisan kita ampuh, rakyat jua akan lebih yakin untuk memberi mandat besar kepada Barisan Nasional dalam PRU13!"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Malam Suara Anak Muda
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
sms dari kelab penyokong PAS.
Tu lah realitinya apa yang PAS dok buat sampaikan kelab penyokong PAS yang begitu gah tahun 2010 kini mati segan tak mahu dek kerana kerakusan PAS membolot kerusi yang dipertandingkan. Dulu janji nak bagi kuota kerusi pas pada kelab penyokong mereka yang terdiri dari bukan Islam. Sekarang habuk pun takde.
Sedar sedarlah rakyat, PAS tu bukan Ugama tapi sama je dengan parti politik lain. Depa dapat Burit depa balun jugak. Bezanya depa jual Agama demi nak raih undi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anwar Si Bacul dan Penakut lari dari Permatang Pauh
Dalam senyap-senyap Anwar berjaya menghidu lawan beliau di Permatang Pauh.
Menyedari lawan beliau adalah Giant Killer ia menyebabkan Anwar angkat kaki cabut lari dan akan bertanding di Taiping atau Teluk Intan (kawasan majority pengundi cina).
Dalam senyap-senyap BN telah memilih Leftenan Kolonel Dr Hj Mazlan Ismail (50) dari Unit Semboyan Diraja Pakar (AW) sebagai calon P44
Dr Mazlan bekas Timbalan Presiden Syarikat Telekomunikasi Negara ( Telekom), Bekas Ketua Pemuda Pas Permatang Pauh, Naib Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang dan Bekas Pengarah Jentera Pilihanraya Pas Pulau Pinang.
Jumaat ini Dr Mazlan akan menjadi khatib menyampaikan khutbah di masjid yang mana Anwar pernah menyampaikan tazkirah.
Dr Mazlan yang satu ketika dahulu pernah membantu Anwar untuk menang PRK P44 selepas Wan Azizah melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bekas banduan Penjara Sungai Buluh untuk menjadi ketua pembangkang.
Sejak aktiviti sumbang Anwar terdedah satu persatu menyebabkan pengundi beliau di P44 mula hilang kepercayaan terhadap beliau.
Ini termasuklah orang Pas seperti Dr Mazlan dan seluruh pengikut beliau telah converted kepada Umno secara besar-besaran.
Anwar akhir-akhir dilihat tidak berani naik ke mimbar masjid untuk membaca khutbah. Mungkin kerana dosa-dosanya yang lampau, Anwar takut untuk berada di mimbar.
Kemampuan Anwar hari ini hanyalah setakat tazkirah untuk 10 hingga 20 orang sahaja.
Menyedari lawannya seorang yang hebat dalam bidang agama dan mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan
Dr Mazlan akan membuka bilik gerakan P44 di Kubang Ulu untuk PRU 13 ini.
Seluruh kepimpinan Umno Bahagian dan Jentera Pilihanraya Permatang Pauh yang diketuai oleh Dato Jalil menyokong Dr Mazlan sekiranya dicalonkan.
TM optimis Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Razak akan menamakan Dr Mazlan sebagai calon P44.
Anwar terpaksa angkat kaki ke Taiping atau Teluk Intan dan berharap akan sokongan pengundi Dap.
Anwar sewajarnya perlu membatalkan hasrat untuk bertanding dalam PRU 13 kerana rata-rata rakyat Malaysia sudah bersiap sedia untuk mematikan karier politik beliau kali ini.
Rabu, 3 April 2013
Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Taiping
Anwar akan bertanding di Taiping. Lawannya ialah YB Dato Tan Lian Hoe.
Sah, Anwar telah mencongak dan angka matematik menunjukkan dia boleh memang di Taiping.
Selain Dato Tan, Anwar ingin menentang Taipingmali yang menjadi musuh ketatnya dalam media cyber.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jentera BN Dungun Terengganu
Selain mejlis pelancaran jentera Pilihanraya BN satu ceramah mengenai isu-isu politik semasa diadakan dan penceramah ialah : YAB Dato Seri Ahmad Said Menteri Besar, YB Dato Wira Rosli Mat Hassan dan Sdr Lokman Adam Exco Pemuda Umno Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Amanat Dewan Muslimat Pas Pusat kata
1) jangan tinggalkan solat malam walaupun 2 rakaat
2) jangan tinggalkan solat dhuha walaupun 2 rakaat
3) lazimi solat berjamaah
4) membaca al-Quran minima 1 muka sehari
5) banyakkan bersodakah minima rm10 setiap hari
6) berdoa untuk kemenangan islam setiap kali selepas solat 5 waktu.
7) sentiasa dalam keadaan wudu'
8) Perbanyakkan tohmahan dan celaan kepada Umno/BN.
9) Fitnah Rosmah Mansor dengan kisah cincin RM 24 juta/ USD 24 juta?
10) Sokong dan pertahankan kalimah Allah untuk orang Kristian untuk menyokong Pas.
11) Gunakan dan labelkan Umno sebagai Umporno.
12.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 2 April 2013
Isu Lahad Datu dari bekas penasihat Sultan Sulu!
Pendedahan bagaimana Sultan Kiram yang dahulunya tak mampu nak belanja RM 200 untuk rawatan dialysis, kini mampu membeli senjata sniper berharaga Rm 1 juta dan mampu buat penerbangan sewa khas.
Dulu miskin papa kedana. Untuk cerita lebih detail, jom ke ceramah beliau malam ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 31 Mac 2013
Pawagam 1 Malaysia?
Industri filem dan industri kreatif adalah amat penting untuk menjana ekonomi untuk menjadi Malaysia sebagai negara maju . Negara Korea , Thailand dan Filipina telah melonjak sebagai pengeluar pengisisan kreatif yang sungguh advance tapi di mana Malaysia..
Masalah pawagam adalah salah satu masaalah yang kritikal untuk kejayaan Industri Kreatif Malaysia...
Kerajaan telah allocate Rm 250 juta untuk industri kreatif ni .. Dimana bajet ini di belanja ? Kenapa tak guna kan sedikit bajet ini untuk menubuhkan pawagam /Panggung Nasional 1Malaysia?
Setakat ini TIDAK ADA LANGSUNG INISIATIF untuk menubuhkan pawagam yang bukan kepunyaan TAUKE PAWAGAM tapi pawagam yang kepunyaan oleh rakyat Malaysia am nya dan Industri Kreatif tempatan khas nya ..kita ada muzium negara , kita ada galeri negara , kita ada istana budaya tapi kenapa kit tak ada panggung nasional dimana semua pemain dan penggiat pengisian kreatif boleh mempamerkan hasil kreatif mereka dan plaform ini boleh MONETIZE creative contents without sharing with the cinema operator .. Ini juga boleh menggalakan Industri SHORT FILM tempatan berkembang dengan pesat .
Kita juga mesti ingat dengan berjaya nya Malaysian CREATIVE CONTENTS in world market , ini akan menyenangkan produk produk tempatan kita mempunyai BRANDING yang amat KUAT .. lihat Samsung dan KIA bagaiamana branding ini berjaya di pasaran dunia di sebabkan K POP dan FILEM KOREA yang berjaya menembus di pasaran dunia.. so it all starts with branding and propoganda for our products and lifestyle ...
Oleh itu kami mengajak kawan kawan dan aktivis aktivis media baru termasuk sosial media untuk menyokong cadangan menubuhkan PANGGUNG /PAWAGAM NASIONAL di seluruh Malaysia .
Kami berharap dengan ada nya inisiatif kerajaan Malaysia untuk menubuhkan PAWAGAM NASIONAL , kita boleh membawa pengisian kreatif tempatan ke persada dunia .. dan seterusnya memberi BRANDING MALAYSIA yang amat kuat !!!...Insyallah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 29 Mac 2013
Kerja terkutuk oleh pembangkang menjelang PRU 13.
Ingat!! Dakwat itu akan hilang selepas seminggu dari hari dicalitkan. PR cuba halang org Melayu untuk mengundi pada PRU13 yg mana majoriti Melayu sudah kembali menyokong BN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 27 Mac 2013
ANWAR IS DESPERATE…ALLEGATION AGAINST NAJIB BACKFIRES
Prime Minister Najib Tun Razak did not meet brother of Jamalul Kiram 111, Bantilan Esmail Kiram 11 as alleged by Anwar following the photograph that appeared in the internet posted by of course none other than those supporting Anwar.
The reason is simple – to deflect the issue of Anwar meeting with Nur Misuari and the report from Philippines intelligence that he met Misuari few months before the Lahad Datu incursion.
Anwar's meeting with Misuari have been highlighted openly and without any spin which worry him and PKR, added to that was PKR vice-president Tian Chua's statements that the incursion was Umno's made drama.
Anwar and PKR are under pressure and given the gravity of the situation where the party is losing credibility and integrity as well as support, they are now putting the blame on Najib for the incursion.
Knowing the party's skill and expertism in spinning issues and deflecting truth to make-believed lies, they try to turn the table or the focus from Anwar and Tian Chua to Najib.
But with the denial from the Sultanate himself through his spokesman, Anwar is back in trouble and he has to find ways to get out of this.
Make-believed stories now have failed and the party is in dire straits as the pact they formed with DAP and PAS before 2008 general election has hit a snag with the two party going back to their original struggles.
DAP, being a Chinese chauvinistic party is back on its original path while PAS, back to its Islamic struggle which is now being questioned by its own members as the party leaders try to balance between true Islamic teachings and political survival with nits partners.
PKR is without any of that as it has only one objective – to put Anwar as Prime Minister – the rest are irrelevant.
And Anwar, obsessed with his ambition has, from the start surrounded himself with people who are 'intellectual and wizard' in spinning and creating believable stories, has been on such work to create doubts on Najib and the ruling parties as well as on Malay institutions which included the police and armed forces to win votes.
Devoid of real philosophies, he just pumps into the minds of the people all kinds of created make-believed stories that included the photo of Najib and Esmail to deflect the focus on him.
But now, with the denial, Anwar and PKR are in deep trouble because Malaysians who are concerned, regardless of race and religion are getting fed up with his antiques and lies and empty promises.
Anwar is indeed desperate and seeking anything to keep him from drowning.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas melompat gembira bila Dap guna lambang Pas
Pas akan benarkan Dap guna logo Pas sekiranya Dap diharamkan oleh ROS.
Sedih bila Dap tidak berhasrat untuk meletakkan calon menggunakan lambang PKR.
Kenapa Pas dan bukan Pkr?
Jawabnya ialah Dap nampak PKR sudah tak ada harapan untuk hidup, PKR akan bungkus dalam masa terdekat.
Pas akan jadi dominan, kenapa begitu? Sebab Pas adalah Syiah, Kawarij dan Majusi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 26 Mac 2013
Pas kecewa bila lori tak datang
Setiap peserta terdiri daripada pemuda Pas malam ini bayar RM 100 seorang untuk meramaikan dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Program malam ini tak ada permit, dan Unit Amal bersiap sedia untuk bertindak kasar terhadap polis seandainya ada anggota polis menahan mereka.
Menyedari sekatan jalanraya yang dibuat oleh Polis Taiping di hadapan stesen Petronas Kamunting, Lori tersebut telah membatalkan program di Tapak Pasar Malam kerana khuatir ditahan oleh pihak polis.
Lori trailer telah berpatah balik dan melarikan diri melalui Jalan Gunung Semanggol dan kemungkinan menyembunyikan diri di Bukit Gantang atau meneruskan perjalanan ke Lenggung.
Kegagalan untuk muncul di Kamunting adalah kejayaan Taipingmali dan the krew.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 25 Mac 2013
Amalan politik 'songsang' PKR (Utusan)
Kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya umum berkenaan melalui pelbagai manipulasi termasuk menggunakan sentimen perkauman telah memungkinkan PKR menjadi 'besar kepala'.
PKR merasakan parti merekalah yang terbaik dan jauh daripada kesilapan dan kesalahan, apa pun yang berlaku ke atas parti atau pemimpin mereka akan dianggap fitnah dan konspirasi UMNO serta kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kebijaksanaan berhujah dan kepandaian mengalih isu telah memungkinkan segala keburukan PKR termasuklah melibatkan pemimpin-pemimpinnya berjaya diredakan.
Bagaimanapun PKR tidak boleh membohongi dan menipu rakyat melalui strategi politik licik dan songsang mereka selama-lamanya.
Kebenaran tetap kebenaran dan fakta tetap fakta, mungkin pada awalnya PKR akan berjaya menutupi semua itu melalui sandiwara, putar belit dan taktik mengalih isu.
Tetapi ia tidak akan bertahan lama dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah gelanggang terbaik kepada rakyat membuktikan kepada PKR bahawa mereka tidak akan selama-lamanya terpedaya dengan sandiwara parti itu.
Parti seperti PKR yang dilihat mengamalkan pendekatan politik matlamat menghalalkan cara tidak boleh dibiarkan terus wujud kerana mereka tidak menguntungkan negara sebaliknya hanya memporak-perandakan negara.
Peluang yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu tidak digunakan sebaik-baiknya, sebaliknya apa yang kita saksikan dari semasa ke semasa PKR terus mengamalkan politik untuk menanam kebencian rakyat kepada segala usaha baik kerajaan.
Kajilah tidak ada satu pun perkara yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tidak dipandang serong oleh PKR. Segala-galanya akan diperlekeh dan persendakan hatta soal keselamatan negara pun turut menjadi 'mangsa'.
PKR mengajar rakyat politik kebencian dan permusuhan bukannya bersama-sama berganding bahu melakukan pembaikan demi keselamatan negara.
Keadaan itu berlaku kerana PKR sudah kemaruk kuasa, mereka melihat PRU-13 ini adalah penentuan hidup mati parti tersebut dan usaha terakhir untuk memastikan pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.
Sama ada janji yang ditaburkan boleh ditunaikan atau tidak, segala tindakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara atau tidak, ia bukanlah perhitungan utama.
Bagi PKR, apa yang penting mereka mahu memastikan pemerintahan BN berakhir dalam pilihan raya umum kali ini.
Sama ada pemimpin atau penyokong tegar mereka hendak mengakui atau tidak, PKR adalah parti yang penuh dengan konflik, masalah dan 'penyakit', parti seumpama ini kalau terus dibiarkan berada dalam pentas politik negara ia boleh mengakibatkan negara musnah.
PKR berasa kuat bukan kerana kekuatan sendiri tetapi atas bantuan DAP dan Pas. DAP digunakan untuk meraih sokongan masyarakat Cina manakala Pas untuk meraih undi orang Melayu.
PKR tidak ada apa-apa kekuatan selain bijak bercakap, menabur fitnah dan melemparkan serangan buruk kepada kerajaan BN...itu sahaja kepakaran mereka.
Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negeri yang dikuasai oleh mereka dan kemelut dalaman, segala-galanya 'haru-biru', lintang pukang dan berkecamuk.
Tetapi pemimpin-pemimpin utama PKR masih mahu mendabik dada kononnya mereka boleh mentadbir jauh lebih baik berbanding BN.
Sikap politik PKR ini terjadi kerana parti itu bukan ditubuhkan asas perjuangan bagi membela nasib rakyat atau membangunkan negara sebaliknya atas sikap dendam dan kebencian apabila pemimpin utama mereka dipecat daripada kerajaan pada tahun 1998.
Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak bersandiwara dan mengambil kesempatan bagi meraih sokongan politik, ini termasuklah ketika pentadbiran kerajaan BN berada dalam kedudukan lemah.
Bagaimanapun situasi itu sudah berbeza sekarang, pekung yang ada kepada PKR tidak boleh ditutup dengan pelepah kelapa atau pun daun keladi.
Perbalahan
PKR mungkin mahu terus bersandiwara kononnya mereka sebuah parti yang kukuh dan sentiasa mendapat sokongan rakyat tetapi apa yang berlaku sejak 2008 sudah melihat menyaksikan bagaimana PKR kini sedang menuju ke kuburan politik.
Perbalahan dalaman yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka sudah menjadi rahsia umum, khususnya melibatkan Presiden PKR, Datin Seri Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali.
Itulah belum lagi mengambil kira, bagaimana di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan turut berhadapan dengan tekanan termasuklah wujud ura-ura bahawa Azmin akan menggantikan beliau selepas pilihan raya umum akan datang jika PKR masih memerintah.
Begitu juga, penulis difahamkan menjelang pilihan raya umum ini, perebutan menjadi calon-calon semakin hebat dan cantas mencantas semakin ketara.
Malangnya, di atas pentas-pentas ceramah, pemimpin-pemimpin PKR terus menggambarkan seolah-olah parti mereka semakin kuat, kukuh dan berwibawa.
Bagaimanapun, menurut satu sumber, PKR semakin memahami penolakan rakyat khususnya orang Melayu terhadap parti itu.
Mungkin menyedari hakikat inilah pemimpin-pemimpin PKR cuba sedaya-upaya memperalatkan Pas terutamanya untuk membantu mereka memenangi pilihan raya.
Pemimpin-pemimpin PKR tidak risau soal sokongan kaum Cina kerana DAP dikatakan mampu memainkan peranannya dengan berkesan dalam membantu parti itu.
Apa yang meresahkan PKR ialah sokongan orang Melayu yang dilihat kini berada di hujung tanduk.
Namun pemimpin-pemimpin PKR tetap yakin sebagai 'pak turut setia' dalam pakatan pembangkang Pas akan mampu memainkan peranan untuk memastikan semua calon PKR menang.
Sikap Pas inilah yang menyuburkan politik kebencian dan matlamat menghalalkan cara yang diperjuangkan oleh PKR.
PKR percaya apa pun yang dilakukan oleh mereka, ia pasti akan dibela, disokong dan dipersetujui oleh Pas.
Justeru walaupun PKR memahami bahawa sokongan mereka dalam pilihan raya umum nanti akan merudum namun mereka tidak khuatir kerana penyokong-penyokong Pas akan setia memberikan undi mereka kepada calon-calon PKR.
Penyokong Pas akan bertungkus-lumus memastikan calon-calon PKR menang dan bersedia memanjat pokok dan tiang-tiang bagi mengibarkan bendera PKR dan DAP di seluruh pelosok.
Namun PKR belum pasti akan mengenang jasa Pas kerana apa yang lebih penting bagi PKR ialah DAP bukannya Pas. Sebab itulah dalam banyak isu, PKR tidak pernah peduli apa pendirian Pas.
Malahan PKR sentiasa terang-terangan menyokong DAP contohnya dalam isu kalimah Allah dan menyatakan ia kesepakatan bersama.
Dan dalam banyak situasi PKR lebih menyebelahi DAP, namun Pas masih terus mahu bertahan. Justeru orang Melayu perlu memikirkan apakah wajar pakatan pembangkang perlu disokong kerana dengan sikap 'pak turut' Pas sudah pasti parti itu tidak akan berupaya melawan kehendak PKR dan DAP jika benar pakatan itu menang dalam pilihan raya umum nanti.
Ia memandangkan soal politik pakatan pembangkang hanya berkisar soal penguasaan PKR dan DAP bukannya Pas yang dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang'.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas bakal dapat telur ayam di Perak
Mereka hanya bermegah dengan bendera, ceramah dan serban hijau.
Pas Perak merasakan mereka sudah terlalu hebat apabila Nizar berjaya dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke 10.
Pas harus berterima kasih kepada Umno yang menjaga Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Kerana Umnolah Nizar dilantik menjadi MB 10.
Perak mempunyai 59 kerusi Dun dan dalam sejarah Pas, mereka tidak pernah bertanding melebihi 30 kerusi di Perak, tetapi bercakap seolah-olah rakyat mahukan mereka memerintah Perak.
2008, Pas hanya ada 6 kerusi, Pkr 7 dan Dap 18. BN masih mengekalkan 28 kerusi kemenangan.
Pun begitu Pas, Pkr dan Dap bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan pakatan. Pakatan yang dibentuk selepas PRU.
Apapun tsunami politik sudah berlalu, sumpah mahsuri sudah berakhir, kini Najib mempimpin BN dan kembali dengan penuh semangat juang,
Ekonomi meningkat, masalah ekonomi diselesaikan dengan baik. GTP baik. FDI tinggi. Rakyat bertambah yakin dengan usaha Najib.
Rakyat mengakui kesilapan lalu, kesilapan memberi undi pada pembangkang.
Kini semuanya sedar, pilihanraya bukan perkara yang boleh dimain-mainkankan atau cuba try test.
Silap mengundi padah diterima.
Jom undi BN tolak Pas syiah, pkr freemason dan Dap demokratiks sosialis komunis.
http://mynameblackpanther.blogspot.com/2013/03/bukti-pas-pkr-akan-berkubur_25.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Adakah DAP Akan Diharamkan?
Kenyataan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 23 Mac 2013 di atas seakan cuba memberi gambaran dan persepsi negatif kononnya siasatan yang sedang dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) tika ini bertujuan untuk mengharamkan DAP.
Walhal kebenarannya, siasatan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) dilakukan setelah mengambil kira aduan yang dibuat oleh ahli seumur hidup DAP iaitu Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass.
Selain David, seorang lagi ahli parti yang turut melaporkan kepincangan dalam pemilihan CEC DAP yang berlangsung Disember tahun lepas kepada ROS ialah Mahendran Krishnan, Setiausaha untuk cawangan yang sama.
Kedua-dua mereka bukannya ahli UMNO atau mana-mana komponen BN, bukan juga baru sehari dua menjadi ahli DAP tetapi sudah bertahun-tahun bergelumang jatuh bangun dalam parti paling rasis atas dunia itu.
Laporan dan aduan oleh pemimpin Cawangan DAP Cawangan Ladang Paroi itu hanyalah rentetan daripada ketidakpuasan hati mereka dengan perjalanan pemilihan DAP setelah calon yang gagal iaitu Zairil Khir Johari Abdullah (Christopher Ross Lim) tiba-tiba sahaja diubah kedudukannya menjadi ahli CEC yang kononnya dipilih.
Soal komplot atau konspirasi politik sebenarnya langsung tidak wujud, malah kemungkinan DAP akan digantung atau diharamkan juga tidak timbul memandangkan sehingga sekarang siasatan belum pun selesai sebaliknya tergantung disebabkan keengganan pemimpin DAP memberi kerjasama.
Pengerusi ROS, Datuk Abdul Rahman Othman sehari dua lepas menjelaskan pihaknya menghadapi kesukaran menyiasat kes ini berikutan tindakan seorang pemimpin tertinggi DAP sering memberi alasan ketiadaan masa bila mana di minta memberi keterangan.
Dengan keadaan demikian, mana mungkin ROS telah membuat keputusan, kecuali hakikat sebenarnya Kit Siang sengaja memainkan isu yang tidak wujud semata-mata untuk memancing simpati umum sambil menimbulkan persepsi salah terhadap kredibiliti ROS.
Setakat yang diketahui umum hanya dua parti yang pernah dibatalkan pendaftarannya iaitu UMNO pada tahun 1988 diikuti SNAP pada tahun 2002 dan kedua-duanya komponen BN. Ini jelas membuktikan ROS atau pihak yang lebih tinggi misalnya Mahkamah bukannya alat kepada Kerajaan Pusat pimpinan BN.
Justeru itu, Kit Siang atau mana-mana pemimpin DAP tidaklah perlu takut akan bayang-bayang sendiri. Jika DAP merasakan pemilihan CEC tempohari telus dan adil tanpa penyelewengan, mengapa tidak segera memberi kerjasama menjayakan siasatan ROS supaya ahli-ahli DAP tidak dibelenggu tanda tanya.
Ini tidak, belum apa-apa Kit Siang dah memulakan propaganda kosong menyalahkan orang lain semata-mata untuk mengelakkan pandangan serong terhadap parti pimpinannya yang bermasalah. Sendiri menari tunggang terbalik disalahkan lantai yang terjongkang jongkit
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 24 Mac 2013
Gendang Perang BN Taiping Telah Dipalu
Majlis pelancaran jentera BN sebagai tanda simbolik paluan gendang perang menghadapi Pilihanraya ke 13 yang sudah semakin hampir.
Seluruh jentera BN yang hadir telah berjanji akan memikul tanggungjawab bagi merampas kembali kerusi Parlimen Taiping yang dimenangi oleh Dap buat pertama kali pada 2008 akibat tsunami politik.
Kini sumapahan tsunami sudah berakhir, parlimen taiping yang dahulunya diwakili oleh Kavies dari PPP kini kembali kepada Gerakan.
YB Dato Tan Lian Hoe tidak lagi menjadi calon payung terjun seperti sebelum ini. 2004 Tan bertanding di Bukit Gantang dan 2008 ke Gerik.
Kini 2013, Tan kembali ke Taiping dan ia diibaratkan sirih pulang ke gagang, ikan pulang ke lubuk.
Tidak menjadi alasan lagi bagi penduduk Taiping untuk tidak mengundi Calon BN YB Dato Tan Lian Hoe untuk meneruskan kelangsungan agenda politik BN membangunkan Taiping.
Disamping kerusi parlimen, kerusi Dun Pokok Assam dan Dun Aulong perlu dikembalikan kepada BN.
Penduduk di dua Dun tersebut tidak sanggup lagi berada dibawah wakil rakyat yang lemah, pemain wayang, takut membantu rakyat dan menyorok bila bencana dan masalah menimpa rakyat.
Adun Skandal dengan pembantu peribadi seperti adun Aulong perlu disingkirkan dan diganti baru dari kalangan BN.
Begitu juga Adun Dap Pokok Assam, apa jasa beliau kepada pengundi Pokok Assam?
Tak ada satu pun masalah rakyat yang diambil perhatian beliau, penduduk Pokok Assam semuanya terpaksa berjumpa Pengerusi BN Taiping, Yang Berbahgia Dato Shalimin sekiranya penduduk menghadapi masalah.
Kepada jentera BN Taiping, mereka telah berjanji akan bekerja secara berpasukan, bersistem dan progressive demi kemenangan BN kali ini. Kemenangan kepada 1 Malaysia, kemenangan kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
RM185 Juta Tingkatkan Taraf Klinik Di Seluruh Pahang
Menyatakan demikian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata apa yang dilakukan itu adalah demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia untuk rakyat.
"Kerajaan Barisan Nasional telah banyak melaksanakan pembangunan untuk rakyat, dan projek kesihatan di seluruh negara, melibatkan peruntukan berbilion ringgit itu adalah bertaraf dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pengesahan Tapak Cadangan Klinik Kesihatan Kampung Seri Jaya, dekat Maran, di sini, semalam.
Turut hadir Anggota Parlimen Maran Datuk Ismail Mutalib.
Liow berkata Klinik Kesihatan di Seri Jaya itu melibatkan kos sebanyak RM14 juta yang akan dibina di kawasan seluas lima hektar.
"Klinik ini yang dijangka siap dalam tahun 2014 boleh memberikan perkhidmatan kepada kira kira 30,000 penduduk sekitar Seri Jaya, manakala penduduk di Felda New Zealand dan kawasan sekitarnya akan turut mendapat manfaat," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 23 Mac 2013
Dapatkan Kit Jom bertindak segera: percuma
Menarik dan satu pendekatan yang lain dari lain. Itulah antara maklumbalas yang diterima apabila soal selidik yang diadakan secara rambang berhubung kit tindakan 'Jom Bertindak' yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman web 1Malaysia.
Kit Tindakan itu adalah merupakan peralatan asas kepada pengundi sebagai persedian untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang dijangkan akan diadakan tidak lama lagi.
Antara peralatannya ialah sebuah buku berguna yang menyediakan tip-tip mudah tentang panduan mengundi, pin kolar, pen dan beberapa pelekat yang menarik.
Yang paling penting, kit tindakan tersebut diedarkan secara percuma dan pengunjung blog hanya perlu mendaftar di Jom Bertindak.
Ayuh kita war-warkan kepada seluruh masyarakat untuk turut sama mendaftar dan mendapatkan kit tindakan ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 22 Mac 2013
Chua Jui Meng Bakal Letak Jawatan Dalam PKR
Lagi pun, sejak PRU 12 2008 kawasan tersebut sememangnya di tandingi calon PKR sekalipun dalam PRU itu ia dimenangi calon BN, Tan Ah Eng dengan kelebihan kurang 9,000 undi majoriti. Atas faktor itu, maka Chua Jui Meng adalah calon yang betul dan layak untuk mewakili PR di situ.
Bagaimana pun baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah disahkan sebagai calon rasmi mewakili PR di Parlimen Gelang Patah setelah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.
Ia mengejutkan ramai pihak dan langsung di luar dugaan pemimpin dan penyokong PKR sendiri.
Perkembangan itu nyata agak mengecewakan Chua Jui Meng yang baru 4 tahun terjun ke kapal PKR dan turut menyebabkan ramai penyokongnya berpatah hati mengenangkan Anwar sendiri dilihat lebih mengutamakan DAP berbanding PKR.
Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar Nanyang Siang Pau berkemungkinan besar Chua Jui Meng akan bertindak meletakkan jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes dan jika ia menjadi kenyataan, buruk kesannya terhadap prestasi PR kelak.
Pada perkiraan Anwar, tindakannya menyebelahi Lim Kit Siang dengan mengabaikan kehendak Chua Jui Meng mungkin dirasakan betul sementelah lagi kedudukan PKR di Johor jauh lebih lemah berbanding DAP.
Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau pastinya paling bergembira dengan keputusan yang menyebelahi DAP memandang sebelum ini Cheng Hau sudah acap kali bertelagah dengan Chua Jui Meng yang dianggapnya sebagai pengacau dan pernah mensabotaj kekuatan DAP di Johor.
Berikutan pertelingkahan itu, Cheng Hau telah meminta campur tangan pemimpin tertinggi DAP yang dipercayai membawa kepada pengumuman rasmi daripada Anwar yang mengesahkan Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah.
Setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari PKR berhubung peletakan jawatan Chua Jui Meng, tapi dilihat pada tanda-tanda yang menjurus ke arah itu, tidak mustahil PRU 13 yang berbaki sedikit masa lagi bakal menyaksikan PKR tampil dalam keadaan agak tempang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.