Ahad, 31 Mac 2013

Pawagam 1 Malaysia?

Jika anda seorang penerbit , anda perlu memujuk tuan punya pawagam untuk mendapatkan tarikh tayangan filem anda dan paling teruk anda kena promote filem anda dengan bajet anda sendiri dan bila dapat hasil kutipan tiket , anda kena berkongsi 50% dengan tuan punya pawagam .. semua kos yang lain seperti MARKETING dan PROMO ,Penerbit saja yang tanggung .. Tauke Panggung Wayang langsung tak ambil PORT .

Industri filem dan industri kreatif adalah amat penting untuk menjana ekonomi untuk menjadi Malaysia sebagai negara maju . Negara Korea , Thailand dan Filipina telah melonjak sebagai pengeluar pengisisan kreatif yang sungguh advance tapi di mana Malaysia..

Masalah pawagam adalah salah satu masaalah yang kritikal untuk kejayaan Industri Kreatif Malaysia...

Kerajaan telah allocate Rm 250 juta untuk industri kreatif ni .. Dimana bajet ini di belanja ? Kenapa tak guna kan sedikit bajet ini untuk menubuhkan pawagam /Panggung Nasional 1Malaysia?

Setakat ini TIDAK ADA LANGSUNG INISIATIF untuk menubuhkan pawagam yang bukan kepunyaan TAUKE PAWAGAM tapi pawagam yang kepunyaan oleh rakyat Malaysia am nya dan Industri Kreatif tempatan khas nya ..kita ada muzium negara , kita ada galeri negara , kita ada istana budaya tapi kenapa kit tak ada panggung nasional dimana semua pemain dan penggiat pengisian kreatif boleh mempamerkan hasil kreatif mereka dan plaform ini boleh MONETIZE creative contents without sharing with the cinema operator .. Ini juga boleh menggalakan Industri SHORT FILM tempatan berkembang dengan pesat .

Kita juga mesti ingat dengan berjaya nya Malaysian CREATIVE CONTENTS in world market , ini akan menyenangkan produk produk tempatan kita mempunyai BRANDING yang amat KUAT .. lihat Samsung dan KIA bagaiamana branding ini berjaya di pasaran dunia di sebabkan K POP dan FILEM KOREA yang berjaya menembus di pasaran dunia.. so it all starts with branding and propoganda for our products and lifestyle ...

Oleh itu kami mengajak kawan kawan dan aktivis aktivis media baru termasuk sosial media untuk menyokong cadangan menubuhkan PANGGUNG /PAWAGAM NASIONAL di seluruh Malaysia .

Kami berharap dengan ada nya inisiatif kerajaan Malaysia untuk menubuhkan PAWAGAM NASIONAL , kita boleh membawa pengisian kreatif tempatan ke persada dunia .. dan seterusnya memberi BRANDING MALAYSIA yang amat kuat !!!...Insyallah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan