Malam tadi bertempat Jalan Panggung Wayang Bandar Taiping bersebelahan tapak cashier market satu majlis pelancaran Jentera BN Parlimen Taiping telah diadakan.
Majlis pelancaran jentera BN sebagai tanda simbolik paluan gendang perang menghadapi Pilihanraya ke 13 yang sudah semakin hampir.
Seluruh jentera BN yang hadir telah berjanji akan memikul tanggungjawab bagi merampas kembali kerusi Parlimen Taiping yang dimenangi oleh Dap buat pertama kali pada 2008 akibat tsunami politik.
Kini sumapahan tsunami sudah berakhir, parlimen taiping yang dahulunya diwakili oleh Kavies dari PPP kini kembali kepada Gerakan.
YB Dato Tan Lian Hoe tidak lagi menjadi calon payung terjun seperti sebelum ini. 2004 Tan bertanding di Bukit Gantang dan 2008 ke Gerik.
Kini 2013, Tan kembali ke Taiping dan ia diibaratkan sirih pulang ke gagang, ikan pulang ke lubuk.
Tidak menjadi alasan lagi bagi penduduk Taiping untuk tidak mengundi Calon BN YB Dato Tan Lian Hoe untuk meneruskan kelangsungan agenda politik BN membangunkan Taiping.
Disamping kerusi parlimen, kerusi Dun Pokok Assam dan Dun Aulong perlu dikembalikan kepada BN.
Penduduk di dua Dun tersebut tidak sanggup lagi berada dibawah wakil rakyat yang lemah, pemain wayang, takut membantu rakyat dan menyorok bila bencana dan masalah menimpa rakyat.
Adun Skandal dengan pembantu peribadi seperti adun Aulong perlu disingkirkan dan diganti baru dari kalangan BN.
Begitu juga Adun Dap Pokok Assam, apa jasa beliau kepada pengundi Pokok Assam?
Tak ada satu pun masalah rakyat yang diambil perhatian beliau, penduduk Pokok Assam semuanya terpaksa berjumpa Pengerusi BN Taiping, Yang Berbahgia Dato Shalimin sekiranya penduduk menghadapi masalah.
Kepada jentera BN Taiping, mereka telah berjanji akan bekerja secara berpasukan, bersistem dan progressive demi kemenangan BN kali ini. Kemenangan kepada 1 Malaysia, kemenangan kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan