Jelas beliau, pakatan pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) patut menyuluh muka mereka di cermin terlebih dulu sebelum meminta Tan Sri Aziz meletakkan jawatan sebagai pengerusi SPR.
"Saya tak nampak di mana salah SPR sehingga mereka desa pengerusi badan tersebut meletakkan jawatan. Jika mereka kata SPR tak betul, sepatutnya Pakatan tidak boleh menerima kemenangan mereka di tiga buah negeri dalam PRU ke 13 baru-baru ini.
"Kalau kita lihat keputusan pilihanraya baru-baru ini, BN tidak dapat majoriti dua pertiga. Bahkan kerusi yang dimenangi pakatan juga meningkat. Jika SPR tidak telus dan menyebelahi BN, sudah tentu BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam PRU yang lepas," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Jika mahu bercakap soal ketelusan menurutnya lagi, kepimpinan pembangkang terutama PKR dan DAP jangan buat-buat lupa berapa banyak penyelewengan yang berlaku ketika proses pemilihan parti mereka.
"Kepimpinan PKR jangan buat-buat lupa berapa banyak berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan cabang dan ranting PKR. Kalau tak berlaku penyelewengan, masakan sampai ahli-ahli PKR bergaduh sesama sendiri sampai berlakunya acara baling kerusi?
"Itu belum lagi kita cerita tentang ada dakwaan individu yang bukan ahli dibenarkan mengundi ketika proses pemilihan PKR. Malah ada juga isu kertas undi yang tidak sah tetapi diterima oleh kepimpinan tertinggi PKR.
"Kalau mahu dibandingkan dengan SPR, penyelewengan ketika proses pemilihan parti PKR 100 kali lebih teruk lagi. Begitu juga dengan pemilihan CEC DAP. Ia lebih memalukan apatah lagi ia berlaku di dalam sebuah parti yang konon-kononnya bersih dan telus," tegasnya.
Beliau seterusnya menasihati kepimpinan pembangkang agar terlebih dulu membetulkan proses pemilihan di dalam parti masing-masing yang diselubungi oleh penyelewangan dan salah guna kuasa, sebelum menuduh pihak lain tidak telus, menipu dan sebagainya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan