Menurut Pengerusi Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, setakat ini tidak ada sebarang bukti yang menjadi asas kepada dakwaan Pakatan Pembangkang berhubung kepada kegagalan dakwat yang didakwa mereka tidak kekal dan mudah luntur dari jari pengundi.
"Biarpun ada dakwaan dakwat itu tidak kekal tetapi ia tidak menjadi sebarang isu besar sekiranya tidak ada kejadian mengundi dua kali. Kita perlu ingat, dakwat kekal itu hanyalah satu elemen keselamatan tambahan yang didesak oleh Pakatan agar ia digunakan ketika PRU.
"Pembangkang hari ini cuba mainkan isu dakwat tersebut tidak kekal tetapi mereka hingga hari ini tidak dapat buktikan sebarang kejadian mengundi dua kali akibat kegagalan dakwat itu kekal di jari pengundi," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Justeru itu katanya, isu dakwat kekal ini tidak boleh dijadikan dasar hujah bahawa berlakunya penipuan dan penyelewengan undi dalam PRU ke 13 baru-baru ini.
"Isu dakwat kekal ini sama seperti isu blackout, isu kotak undi, isu 40 ribu warga Bangladesh, yang sehingga ke hari ini tidak ada bukti sama sekali yang dikemukakan oleh pembangkang untuk mengesahkan dakwaan mereka.
"Sebaliknya, SPR pula yang mengesahkan bahawa gambar yang menunjukkan berlakunya blackout ketika pengiraan undi itu adalah gambar lakonan yang dibuat-buat oleh pembangkang," jelasnya lagi.
Justeru itu beliau meminta agar rakyat di negara ini tidak tertipu dengan permainan licik politik pembangkang yang sanggup menabur fitnah dan cerita-cerita yang tidak benar untuk memburukkan kerajaan yang ada hari ini.
"Pembangkang sehingga ke hari ini tidak habis-habis memfitnah dan membuat tohmahan tentang keburukan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya untuk membentuk persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.
"Tetapi sehingga ke hari ini, kita lihat mereka hanya bercakap kosong tanpa disertai sebarang bukti apa yang mereka dakwakan itu. Mereka pusing keliling negara, cakap itu dan ini pada rakyat tapi semuanya kosong.
"Pembangkang berpolitik bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi mempergunakan rakyat untuk kepentingan agenda politik peribadi mereka," tegasnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan