Sabtu, 7 Januari 2012

Sampah Oh Sampah !!!

Penduduk Shah Alam dan Klang hari ini mengalami masalah sampah. Menurut penduduk, sudah 2 minggu sampah tidak dikutip oleh kerajaan Selangor.

Masalah ini tidak pernah berlaku dibawah pengurusan Alam Flora.

Malam tadi syarikat-syarikat kecil yang mendapat tender mengutip sampah meluahkan rasa kecewa mereka kerana kerajaan negeri menamatkan kontrak mereka.

Jelas menunjukkan sikap tamak kerajaan negeri di bawah pembangkang gagal menguruskan negeri Selangor.

Baru urus sampah sudah bermasalah, itu pun ada hati nak uruskan air.

Negeri lain berusaha untuk menswastakan urusan sampah dan air tetapi Selangor undur ke belakang dan semua nak buat sendiri.

Selain sampah, jalan-jalan perbandaran juga semakin teruk. Berlubang dan rosak sana sini tanpa ada usaha untuk membaiki semula.

Jalan perlu penyelenggaraan kerap dan berkala. Bukan turap sekali dan harap jalan tersebut kekal baik untuk 3 atau 4 tahun.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan