Isnin, 5 Disember 2011

YAB Dr Zambry Dianugerah Ahli Kehormat 1AGENDA



PDFPrintE-mail
Written by Art   
Monday, 05 December 2011 09:22
1AGENDA pada 2hb Disember 2011 yang lalu telah menganugerahkan Ahli Kehormat Kelas Pertama kepada YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak.

YAB Datuk Seri Dr Zambry menerima Baju Rasmi 1AGENDA sebagai tanda simbolik Anugerah dari YDP 1AGENDA sambil diperhatikan oleh Setiausaha Agung 1AGENDA, Saudara Shukri Ahmad (kanan sekali).
Anugerah telah disampaikan sendiri oleh YBhg Tuan Yang Di Pertua 1AGENDA, Saudara Zul Azhar bin Cha semasa Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Perak dengan Anak-anak Perantauan Perak yang diadakan di Dewan Utama Wisma Belia di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

1AGENDA mengiktiraf penglibatan YAB Datuk Seri Dr Zambry di laman sosial terutama twitternya kerana media sosial merupakan ruang baru komunikasi tanpa sempadan di antara Pemimpin dan rakyat.
YAB Datuk Seri Dr Zambry yang id twitternya @ZambryAbdKadir merupakan Pemimpin (Menteri Besar) pertama yang dianugerahkan Ahli Kehormat ini.
Keikhlasan dan ketelusan YAB Datuk Seri Dr Zambry untuk sentiasa mengemaskini status dan aktiviti beliau adalah contoh yang baik serta wajar diikuti oleh semua Pemimpin tanpa mengira pangkat dan jawatan sepertimana yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.
Interaksi dua hala antara Pemimpin dan rakyat dilihat menjadi satu trend baik, yang membantu kepada penyelesaian masalah dan penyampaian maklumat yang tepat serta cepat.
Sebagai NGO yang secara langsung memantau aktiviti media social agar tidak ada pemilik atau mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan fitnah serta pembohongan yang membawa kepada perpecahan dan keruntuhan negarabangsa, 1AGENDA mengalu-alukan lebih ramai rakyat untuk aktif di semua laman media social.
1AGENDA berharap dan menyeru agar lebih ramai Pemimpin mengikuti langkah YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan YAB Datuk Seri Dr Zambry kerana media social merupakan medium terbaik untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan cepat serta bukti ketelusan Pemimpin kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan